Segala persoalan tentang perihalan pengambilan pelajar Program Matrikulasi KPM 2014/2015

1.  Di manakah saya boleh meneruskan pengajian saya setelah lulus Program Matrikulasi KPM?

J :  Pelajar boleh menyambung pengajian di mana-mana IPTA dalam negara dan IPT luar negara (yang disenaraikan dalam brosur) berdasarkan kelulusan (PNGK-Purata Nilai Gred Kumulatif) yang diperolehi.

2.   Bilakah tarikh pendaftaran pelajar rayuan?

J :  Pelajar akan mendaftar pada 12 Jun 2014 di semua Kolej Matrikulasi seluruh Malaysia.


.
3.   Bagaimanakah saya dapat mengetahui keputusan rayuan tersebut?

J :  Pelajar boleh menyemak keputusan permohonan pada 6 Jun 2014 dengan menggunakan salah satu daripada cara berikut :
a. Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036/4100 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.

b. Melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia – www.moe.gov.my

c. SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888

4.  Bagaimanakah cara membuat permohonan rayuan bagi Program Matrikulasi KPM?

J :  Rayuan dibuat melalui internet dan tidak perlu datang ke Bahagian Matrikulasi. Pemohon yang datang sendiri perlu membawa:

a. Salinan keputusan SPM yang disahkan ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk mengisi borang rayuan.
b. Surat permohonan rayuan secara rasmi dan dilampirkan 1 salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.

6.  Apakah syarat kelayakan minimum?

J ;  Syarat berikut diperlukan untuk memasuki Program Matrikulasi KPM bermula pada sesi 2013/2014 :

Jurusan Sains

C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
B Matematik
C Kimia
C Matematik Tambahan
C Dalam mana-mana satu (1) yang berikut:
1) Fizik         2) Biologi

Jurusan Teknikal

C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
B Matematik
C Kimia
C Matematik Tambahan
C Fizik
C PKA/PKE/PKM/TK
E Kimia
B Lukisan Kejuruteraan

Jurusan Perakaunan

C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
C Matematik
C Dalam mana-mana dua (2) yang berikut:        1) Perakaunan 2) Ekonomi Asas 3) Perdagangan 4) Sains Tambahan 5) Peng. Keusahawanan 6) Sains 7)Fizik 8) Biologi 9) Kimia 10) PKA/PKE/PKM/TK/LK
E Matematik Tambahan

7.  Bagaimanakah proses pemilihan pelajar dibuat?

J:  Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan meritokrasi. Pengiraan merit mengambil kira 90% akademik dan 10% kokurikulum

8.  Bagaimanakah cara untuk mengetahui keputusan permohonan kemasukan Program Matrikulasi Sesi 2013/2014?

J : Pelajar boleh menyemak keputusan permohonan pada 25 April 2013 dengan menggunakan salah satu daripada cara berikut :
a. Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036/4100 pada waktu pejabat bermula 4.00 petang.
b. Melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia – www.moe.gov.my
c. SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888

Pemohon digalakkan melayari laman sesawang kerana calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di kolej matrikulasi.

9.  Bilakah tarikh pelajar mendaftar di kolej-kolej matrikulasi?

Tarikh pendaftaran pelajar bagi pengambilan sesi 2013/2014 ialah pada :

1. 27 Mei 2013 bagi PST dan PDT Di Kolej Matrikulasi di Semenanjung Malaysia
2. 26 Mei 2013 ( pelajar dari negeri Pahang sahaja) dan 27 Mei 2013 ( pelajar dari luar negeri Pahang sahaja)
3. 26 Mei 2013 di Kolej Matrikulasi Sarawak.
4. 19 Mei 2013 di Kolej Matrikulasi Labuan.

10.  Bolehkah saya menangguh pendaftaran pada 26/27 Mei 2013?

J :  Pelajar tidak boleh menangguh pendaftaran. Jika ada sebab yang kritikal dan munasabah, sila mohon daripada Pengarah Kolej anda ditempatkan sebelum hari pendaftaran. Maksimum penangguhan hanya 3 hari. Jika melebihi 3 hari, rayuan perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.

11.  Bilakah saya boleh membuat rayuan sekiranya tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM?
J :  Rayuan boleh dilakukan bermula 25 April 2013 – 9 Mei 2013  melalui INTERNET sahaja

12.  Bilakah tarikh tutup permohonan?

10hb Oktober setiap tahun.

13.  Bagaimanakah cara memohon untuk mengikuti Program Matrikulasi KPM?

J :  Permohonan hanya menggunakan kaedah atas talian sahaja ( Internet). Pelajar-pelajar perlu membeli Nombor Pengenalan Individu (NPI) di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebanyak RM6.00 bagi tujuan tersebut.

14. Berapakah yuran pendaftaran Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2013/2014?

J :  Yuran Pendaftaran Program Matrikulasi KPM

Jurusan Program Satu Tahun Program Dua Tahun
Sains RM550.00 RM550.00
Perakaunan RM480.00  -
Teknikal RM 550.00  -


15.  Adakah saya dibenarkan untuk menangguh pengajian? 

J :  Penangguhan pengajian tidak dibenarkan kecuali kes kesihatan yang memerlukan rawatan berterusan. Walau bagaimanapun pelajar perlu mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan sebelum memohon penangguhan pengajian. Kelulusan penangguhan pengajian hanya diberikan sekali sahaja dan hanya diluluskan oleh pihak Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.

16.   Apakah mata pelajaran yang dikira merit?

J :

Sains Teknikal Perakaunan
1. Matematik 1. Matematik 1. Matematik
2. Matematik Tambahan 2. Matematik Tambahan 2. tiga drpd mp berikut:
3. dua drpd mp berikut: 3. Fizik/Kimia Matematik Tambahan
Fizik 4. Mata Pelajaran Teknik- PKA/PKE/PKM/TK/LK Prinsip Perakaunan
Kimia Ekonomi Asas
Biologi Perdagangan
Pengajian Keusahawanan
Sains
Sains Tambahan
Fizik
Kimia
Biologi
Mata Pelajaran Teknik-
PKA/PKM/PKE/TK/LK

Bersambung ….

 

Segala persoalan tentang Program Matrikulasi diceritakan di sini. Jika terdapat soalan lain yang belum dijawab, sila hantar kepada emel berikut :  zalina@bm.matrik.edu.my

 

Maklumat berkaitan :
web.moe.gov.my/bmkpm
moe.gov.my/v/kolej-matrikulasi