Panduan Mengisi Borang Pendaftaran Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa
Calon hendaklah membaca semua arahan dengan teliti sebelum mengisi Borang Pendaftaran Peperiksaan. Borang hendaklah diisi dengan tulisan tangan calon sendiri menggunakan pena mata bola sahaja.
1. Tahun – Tulis tahun semasa calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA)
2. Nama Calon – Tulis nama calon dengan HURUF BESAR seperti yang tercatat dalam kad pengenalan / dokumen pengenalan diri (dokumen dilampirkan).
3. Nombor Kad Pengenalan – Tulis nombor kad pengenalan MyKad, MyPR, MyKAS / nombor tentera / nombor polis. Jika tiada tulis nombor janaan LP.
4. Nombor-nombor Lain Pengenalan Diri – Tulis nombor pasport / nombor sijil kelahiran / nombor pendaftaran pengangkatan / nombor permit belajar dan lain-lain bagi calon yang menggunakan nombor janaan LP.
5. Tarikh Lahir – Tulis tarikh lahir calon seperti yang tercatat dalam kad pengenalan / dokumen pengenalan diri. Gunakan satu petak bagi setiap satu angka tarikh lahir. Tulis angka 0 pada petak sebelah kiri nombor jika nombor bagi hari atau bulan lahir calon satu digit.
6. Jantina – Pilih dan tulis kod seperti berikut: 1 – Lelaki 2 – Perempuan
7. Keturunan – Tulis keturunan calon.
8. Agama – Tulis agama calon
9. Jenis Kemasukan – Pilih dan tulis kod seperti berikut: 9 – Calon baharu
10. – Tidak perlu diisi oleh calon.
11. Jenis Kecacatan – Pilih dan tulis kod seperti berikut: (dokumen dilampirkan)
A – Masalah Pembelajaran
B – Kurang Upaya Penglihatan (Buta)
C – Kurang Upaya Pelbagai
D – Kurang Upaya Pertuturan
F – Kurang Upaya Fizikal
P – Kurang Upaya Pendengaran
R – Kurang Upaya Penglihatan (Rabun)
12.– Tidak perlu diisi oleh calon.
13.- Tidak perlu diisi oleh calon.
14. Warganegara – Tuliskan warganegara calon bagi calon bukan warganegara Malaysia.
15. Alamat 16. Poskod 17. Bandar 18. Negeri
– Tulis alamat surat menyurat calon dengan lengkap iaitu nombor rumah, jalan, taman / kampung, poskod, bandar dan negeri.
19. Nombor Telefon – Tulis nombor telefon
20. Alamat E-mel – Tulis alamat e-mel.
21. Pendaftaran Mata Pelajaran (Rujuk senarai mata pelajaran di atas)
– Isikan kod, nama mata pelajaran dan jumlah mata pelajaran yang didaftar dalam ruangan yang disediakan.
22. – Tidak perlu diisi oleh calon.
23. – Tidak perlu diisi oleh calon.
24. Pengakuan Calon – Calon hendaklah membaca pernyataan pengakuan calon. Calon dinasihat menyemak butiran maklumat diri, maklumat mata pelajaran dan bayaran. Setelah itu turunkan tandatangan calon dan tarikh.