Segala persoalan tentang perihalan pengambilan pelajar Program Matrikulasi (part 2)

Bersambung dari …. 

Segala persoalan tentang perihalan pengambilan pelajar Program Matrikulasi KPM 2016/2017

17.   Bolehkah saya menangguh pendaftaran?

J:  Jika tempoh penangguhan kurang daripada 5 hari dengan sebab munasabah (spt kematian, kemalangan dll), permohonan perlu dibuat melalui Pengarah kolej (secara bertulis).
Jika 5 hari ATAU lebih, permohonan perlu dibuat melalui Pengarah BMKPM (secara bertulis).

18.   Bilakah saya boleh membuat rayuan sekiranya tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM?

J : Rayuan boleh dilakukan secara dalam talian bermula 14 – 27 April 2016 sebaik sahaja anda mengetahui anda tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM, atau

boleh datang sendiri bersama salinan keputusan SPM yang disahkan ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk membuat rayuan, atau

menulis surat permohonan rayuan secara rasmi dan melampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.

19.  Bagaimanakah saya dapat mengetahui keputusan rayuan tersebut? 

Keputusan rayuan boleh diketahui bermula 18 Jun 2016 dan anda boleh menggunakan salah satu daripada cara berikut :

  1. Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4042 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.
  1. Dalam laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia – www.moe.gov.my
  1. SMS dengan menaip MOE <jarak> MAT <jarak> NO. K.P dan hantar kepada 15888. Pendaftaran pelajar rayuan ialah pada 24 Jun 2016.

20.  Bolehkah saya memohon pertukaran Jurusan/Aliran selepas mendapat tawaran?

  1. Hanya pertukaran Jurusan Sains kepada Perakaunan sahaja dibenarkan. Surat rayuan perlu dihantar kepada pengarah kolej anda mendaftar.
  2. Pertukaran Jurusan Perakaunan kepada Sains tidak dibenarkan.
  3. Pertukaran  dari  Aliran  Teknikal  kepada  Jurusan  Sains  atau  sebaliknya  perlu  disalurkan  kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.

21.  Saya memohon Jurusan Sains semasa mengisi borang permohonan secara dalam talian dan saya berjaya ditawarkan Jurusan Sains.  Namun sekarang saya lebih berminat dalam Jurusan Perakaunan.  Apa yang perlu saya lakukan?

J :  Permohonan menukar jurusan boleh dilakukan di kolej masing-masing melalui Pengarah kolej. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada kekosongan dan juga tertakluk kepada nisbah Jurusan Sains kepada Jurusan Perakaunan iaitu 80:20 di setiap kolej.

22.   Adakah pelajar dari Sabah, Sarawak dan Labuan boleh di tempatkan ke Semenanjung?

J  :  Ya, hanya pelajar Jurusan Teknikal dari Sabah, Sarawak dan Labuan akan di tempatkan ke Semenanjung.

23.   Bolehkah saya mohon pertukaran kolej?

J  : Tidak dibenarkan kecuali bagi kes khas seperti sakit kronik yang memerlukan rawatan berpanjangan, adik beradik ditempatkan di kolej Matrikulasi berlainan dan lain-lain yang munasabah. Permohonan dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.

24.   Adakah saya dibenarkan untuk menangguh pengajian ?

J  :Penangguhan pengajian tidak dibenarkan kecuali bagi kes kesihatan kronik yang memerlukan rawatan berterusan. Walau bagaimanapun pelajar perlu mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan sebelum memohon penangguhan pengajian. Kelulusan penangguhan ini hanya dibenarkan sekali sahaja dan perlu mendapat kelulusan pengarah kolej tempat anda mendaftar.

25.  Adakah saya dikenakan denda jika berhenti daripada pengajian?

J  :Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM dikehendaki membayar penalti mengikut dasar pelanggaran perjanjian pelajar KECUALI:

a) Pelajar mengikuti program ijazah pertama di luar negara

b) Pelajar  mengikuti  program  ijazah  pertama  kelolaan  Bahagian  Pendidikan  Guru,  Kementerian Pendidikan Malaysia.

c) Pelajar mengikuti mana-mana Program Asasi atau ijazah dalam negara dengan tajaan JPA, MARA, agensi kerajaan dan korporat.

d) Pelajar mengalami masalah kesihatan yang berlarutan selepas pernah diluluskan sekali penangguhan dengan sokongan laporan perubatan hospital kerajaan/ hospital pakar swasta sahaja.

e) Sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Pelanggaran Perjanjian Program Matrikulasi.

26.  Di manakah saya boleh menyambung pengajian setelah lulus Program Matrikulasi KPM? 

J  :  Pelajar boleh menyambung pengajian di mana-mana IPTA dalam dan luar negara berdasarkan kelulusan (PNGK-Purata Nilai Gred Kumulatif) yang diperolehi.

27.  Jika saya telah klik ‘terima’ pada tawaran matrikulasi, adakah saya masih akan menerima tawaran dari UPU?

J :   Ya.  UPU masih akan memberi tawaran kepada pelajar yang layak.

Semak Tawaran Program Matrikulasi Melalui Hyperlink ini..

Segala persoalan tentang Program Matrikulasi diceritakan di sini. Jika terdapat soalan lain yang belum dijawab, sila hantar kepada emel berikut :  zalina@bm.matrik.edu.my

 

Maklumat berkaitan :

Comments: 41

  1. betul ke kalau kita dah tekan terima pada tawaran matriks, kita tidak akan mendapat tawaran upu?

  2. permohonan pertukaran jurusan dibuat sebelum pendaftaran atau selepas masuk pendaftaran

    • kalau belum mendaftar bererti bukan lagi pelajar. macam mana nak mohon pertukaran? juga permohonan pertukaran tidak semestinya diluluskan.

  3. kalau kita telah terima tawaran,tetapi ingin terima tawaran dari upu dan tidak hadir pada hari pendaftaran…adakah denda tetap akan akan dikenakan?

    • Tidak melapor diri membawa erti MENOLAK tawaran. jadi semua penangguhan pendaftaran perlu didahului dengan panggilan telefon dan jika disetujui, disusuli dengan surat rasmi.

  4. bagi pelajar yg mendapat tawaran ke KMTPahang, mereka wajib ke mendaftar online dahulu sebelum mendaftar di kolej?

    @
    Ya

  5. Semasa dalam matriks, saya ingin menerima tawaran UPU, adakah saya masih dikenakan denda jika saya berhenti?

  6. bolehkah saya membuat rayuan untuk menukar kolej matrikulasi. contohnya, sy dapat kolej matrikulasi pahang, tapi ingin tukar ke kedah?

    • tak boleh dik. adik den dah cubo dah, melainkn ade sobab yang kuek untuk pindah. ko ni x baco borang pendaftaran or laman sesawang matriks ko?

  7. kalu dah bayar duit yuran pendaftaran matrikulasi yang RM550 (teknikal) lepas tu kalu x jadi pergi ke matrikulasi adakah bayaran yuran tersebut “burn” atau di pulangkan semula?

  8. anak saya dapat tawaran matrik kelantan tapi penempatan sementara di kedah changlun dimanakah perlu kami pergi pada hari pendaftaran nanti …tk.

  9. jika saya berada dalam matrikulasi aliran sains, bolehkah saya melanjutkan degree saya dalam kursus undang undang apabila memohon di universiti tempatan nanti?

  10. Slm.solan sy bolehkah sy membuat penangguhan byrn yrn pendaftarn?soalan seterusnya bolehkah saya membuat tuntutan yrn sekiranya sy ingin menarik diri drp progrm matrikulasi.

  11. Sy dah dapat metrik teknikal kt pahang…tp sy bukan dari sekolah teknik…apa yg sy risau ialah sy tidak pernah belajar pengajian kejuruteraan awm/tknkl…tetapi sy bljr lkisn kjuruteraan…patot ke sy pergi metrik??

  12. Anak saya telah tersalah mmilih jurusan Sains instead of. Teknikal memandangkan beliau dari sekolah teknik. Setlah confirm menjadi plajar matriks, boleehkah anak saya menukar jurusan Sains kepada jurusan Teknikal?

  13. nak tnye..knape ade rkn sye dpt tukar petempatan kolej matrikulasi dari negeri johor ke kedah?& pertukaran jurusan sains ke akaun perlu ke sediakan surat?

  14. Kalu dapat modul satu tapi hendak tukar ke modul 2, ada apa2 borang pertukaran atau perlu buat surat sendiri?

  15. Salam…adik saya mendapat tawaran ke matrikulasi pahang untuk jurusan sains…sepatutnya adik saya perlu mendaftar pada 12 jun 2013…tetapi kami sekeluarga telah menghadapi masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan dan menyebabkan adik saya gagal mendaftar pada tarikh yang ditetapkan….jadi,soalan saya…bolehkah kami merayu kepada pihak KPM ?

    @
    Boleh

  16. Kalau Saya telah dipilih untuk masuk ke matriks, tetapi saya nak menolak, adakah procedure dia? atau tidak menghadirkan diri pada hari pendaftaran saja?

  17. salam.jika sy ingin ke kolej komuniti adakah pihak matrikulasi akan membenarkn sy untuk lanjutkn pengajian sy kat sana..?

  18. saya ingin menukar ke matrik yang menawarkan proagam perakaunan 2tahun.bagaimana cara? untuk pengetahuan,saya pelajar jurusan perakaunan dan tiada asas dalam jurusan tersebut

  19. boleh tak pelajar dari kelas sains & tak ambil lukisan teknikal kat sekolah mohon aliran teknikal matrik? ade peluang tak utk masuk aliran ni?

  20. Salam, saya pelajar kmm, mcm mane nak buat pertukaran ke kolej matrikulasi lain selain sebab seperti yg telah dinyatakan?

  21. Salam, nak tanya.. Kalau kita dapat matrik jurusan teknikal, nak tukar kepada jurusan sains pilihan dua. Adakah boleh?

  22. maaf,adik sy mendpt jurusan sains pdt di matrikulasi pahang. soalan sy, bolehkah adik sy memohon pertukaran ke akaun memandangkan akaun ialah pst. terima kasih.

  23. Apakah perbezaan antara Modul 1,II.dan III bagi jurusan sains ?
    Bagi pelajar yang merancang lanjutkan Ijazah dalam perubatan,Modul manakah paling sesuai ? Thanks

  24. Kenapa saya minta KM gmbg, KM Melaka n KM Negeri 9,tapi saya dapat KM Perlis…..jauhlah…tak mampu nak tanggung perbelanjaan pergi balik….

  25. Salam, saya ingin tanya, berapa markah minimum yang diperlukan untuk mengelakkan diri daripada ditendang keluar daripada matrikulasi dan sekiranya saya tidak lulus adakah saya masih akan ditawarkan ke ipta?

  26. Assalamualaikum .. Kak boleh ke yg dapat program dua tahun untuk course sains nak tukar kpd perakaunan yg cuma setahun?? Boleh ke kak? Please respond..

Searching for books? 10 million titles HERE. FREE shipping worldwide!

Comments are closed.