Panduan Mengisi Borang Pendaftaran Calon Persendirian SPM (Bulan November)

SENARAI  MATA PELAJARAN DITAWARKAN

spm-cp-pic

Arahan Am Pendaftaran Mata Pelajaran
1. Tarikh pendaftaran peperiksaan SPM bermula 1 Mac tahun peperiksaan.
2. Calon hanya dibenarkan mendaftar maksimum 12 mata pelajaran termasuk mata pelajaran teras dan elektif.
3. Calon hendaklah memastikan mata pelajaran yang didaftar tidak bertindih waktu peperiksaannya. Sila rujuk Jadual Waktu Peperiksaan SPM yang dipaparkan di portal rasmi Lembaga Peperiksaan.
4. Mata pelajaran 1223 hendaklah digugurkan sekiranya Calon mendaftar dua mata pelajaran berikut; 5227 dan 5228.
5. Mata pelajaran 1511 hendaklah digugurkan sekiranya Calon mendaftar dua daripada mata pelajaran berikut; 4531, 4541, 4551.
6. Calon yang pertama kali atau melebihi tempoh tiga (3) tahun SPM / SPMU terakhir wajib melaksanakan Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) bagi mata pelajaran 1103, 1119, 6351 dan 6354 serta Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) bagi 2361 dan 5227.
7. Calon diminta menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri jika belum menerima Jadual Waktu dan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan SPM dalam tempoh sebulan sebelum tarikh peperiksaan dan surat pemberitahuan ULKCP.
8. Calon yang membuat pembetulan maklumat mata pelajaran antara 16 April hingga 15 Mei tahun peperiksaan akan dikenakan bayaran RM30.00 bagi setiap mata pelajaran. Calon tidak dibenarkan membuat sebarang pembetulan maklumat mata pelajaran selepas 15 Mei tahun peperiksaan.
9. Calon yang membuat pembetulan maklumat Calon selepas 15 April tahun peperiksaan akan dikenakan bayaran RM 30.00 bagi setiap permohonan.
1O.Semua bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan Kiriman Wang / Wang Pos / Bank Draf atas nama Akauntan Negara Malaysia.

PANDUAN MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
Calon hendaklah membaca semua arahan dengan teliti sebelum mengisi Borang Pendaftaran Peperiksaan. Borang hendaklah diisi dengan tulisan tangan Calon sendiri menggunakan pena mata bola sahaja.

1.Tahun – Tulis tahun semasa Calon menduduki peperiksaan SPM.
2. Nama Calon – Tulis nama calon dengan HURUF BESAR seperti yang tercatat dalam kad pengenalan / dokumen pengenalan diri (dokumen dilampirkan).
3. Nombor Kad Pengenalan – Tulis nombor kad pengenalan MyKad, MyPR, MyKAS / nombor tentera / nombor polis. Jika tiada tulis nombor janaan LP.
4.Nombor-nombor Lain Pengenalan Diri – Tulis nombor pasport / nombor sijil kelahiran / nombor pendaftaran pengangkatan / nombor permit belajar dan lain-lain bagi Calon yang menggunakan nombor janaan LP.
5. Tarikh Lahir – Tulis tarikh lahir Calon seperti yang tercatat dalam kad pengenalan / dokumen pengenalan diri. Gunakan satu petak bagi setiap satu angka tarikh lahir. Tulis angka 0 pada petak sebelah kiri nombor jika nombor bagi hari atau bulan lahir Calon satu digit.
6. Jantina – Pilih dan tulis kod berikut: 1 – Lelaki 2 – Perempuan
7. Keturunan – Tulis keturunan Calon.
8. Agama – Tulis agama Calon.
9. Jenis Kemasukan – Pilih dan tulis kod seperti berikut:
  ………………… 8 – Calon baharu              9 – Calon mengulang
10. Kod Peperiksaan Terakhir – Pilih dan tulis kod seperti berikut:
Calon Baharu:
Kod 5 – Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM –
Calon Mengulang (dokumen dilampirkan):
Kod 1 – Mempunyai sijil mana-mana peperiksaan SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC.
Kod 2 – Pernah menduduki SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC atau mempunyai sijil SAP/GCE/Pernyataan Keputusan SPM dan gagal Bahasa Melayu.
Kod 3 – Pernah menduduki SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC atau mempunyai sijil SAP/GCE/Pernyataan Keputusan SPM dan gagal Sejarah.
Kod 4 – Pernah menduduki SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC atau mempunyai sijil SAP/GCE/Pernyataan Keputusan SPM dan gagal Bahasa Melayu dan Sejarah.
Kod 6 – Pernah menduduki SPM / SPM(V) / MCE / SC / FMC pada atau sebelum tahun 1999 dan masih belum memperoleh sijil SPM / SPM(V) / MCE / SC / FMC.

11.Jenis Kecacatan – Pilih dan tulis kod seperti berikut: (dokumen dilampirkan)
A – Masalah Pembelajaran
B – Kurang Upaya Penglihatan (Buta)
C – Kurang Upaya Pelbagai
D – Kurang Upaya Pertuturan
F – Kurang Upaya Fizikal
P – Kurang Upaya Pendengaran
R – Kurang Upaya Penglihatan (Rabun)

12. Tahun Peperiksaan SPM / SPMU Terakhir
13. Angka Giliran SPM / SPMU Terakhir – Tulis tahun dan angka giliran yang calon gunakan dalam peperiksaan SPM / SPMU terakhir (dokumen dilampirkan).
14. Warganegara – Tuliskan warganegara Calon bagi calon bukan warganegara Malaysia.
15. Alamat           16. Poskod               17. Bandar          18. Negeri
-Tulis alamat surat menyurat calon dengan lengkap iaitu nombor rumah, jalan, taman / kampung, poskod, bandar dan negeri.

19. Nombor Telefon (Wajib diisi oleh calon) – Tulis nombor telefon Calon yang boleh dihubungi.
20. Alamat E-mel (Wajib diisi oleh calon) – Tuliskan alamat e-mel Calon yang boleh dihubungi.
21. Pendaftaran Mata PeJajaran (Rujuk senarai mata peJajaran di atas dan dibaca bersama-sama dengan draf Jadual Waktu Peperiksaan SPM tahun peperiksaan) – lsikan kod kertas, nama mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektif serta jumlah mata pelajaran yang didaftarkan dalam ruangan yang disediakan.
22.Keterangan Bayaran – Tulis maklumat bayaran bagi mata pelajaran yang didaftarkan. Tulis maklumat tentang Kiriman Wang / Wang Pos / Bank Draf atas nama Akauntan Negara Malaysia untuk bayaran tersebut. Bayaran Asas RM20.00, 1119 Bahasa lnggeris – RM 20.50, mata pelajaran tanpa PBS* – RM10.50 dan mata pelajaran dengan PBS** – RM12.00. Tuliskan jumlah bayaran.
23. Pilihan Pusat Peperiksaan – Tulis nama sekolah (disenaraikan oleh pihak JPN sahaja) yang dipilih untuk menduduki peperiksaan.
24. Pengakuan Calon – Calon hendaklah membaca pernyataan Pengakuan Calon. Calon dinasihat menyemak butiran maklumat diri, maklumat mata pelajaran dan bayaran (untuk sekolah swasta dan persendirian). Setelah itu turunkan tanda tangan Calon dan tarikh.

Download Borang Pendaftaran

 

 

Please share to benefit others by clicking the share buttons bar (top or bottom)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *