Panduan Mengisi Borang Pendaftaran SPM – Calon Sekolah

spm-wajib
spm-elektif




PANDUAN MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEPERIKSAAN SPM
Calon hendaklah membaca semua arahan dengan teliti sebelum mengisi Borang Pendaftaran Peperiksaan. Borang hendaklah diisi dengan tulisan tangan calon sendiri menggunakan pena mata bola sahaja.
1. Tahun – Tulis tahun semasa calon menduduki peperiksaan SPMU.
2. Nama Calon – Tulis nama calon dengan HURUF BESAR seperti yang tercatat dalam kad pengenalan / dokumen pengenalan diri (dokumen dilampirkan).
3. Nombor Kad Pengenalan – Tulis nombor kad pengenalan MyKad, MyPR, MyKAS / nombor tentera / nombor polis. Jika tiada tulis nombor janaan LP.
4. Nombor-nombor Lain Pengenalan Diri – Tulis nombor pasport / nombor sijil kelahiran / nombor pendaftaran pengangkatan / nombor permit belajar dan lain-lain bagi calon yang menggunakan nombor janaan LP.
5. Tarikh Lahir – Tulis tarikh lahir calon seperti yang tercatat dalam kad pengenalan / dokumen pengenalan diri. Gunakan satu petak bagi setiap satu angka tarikh lahir. Tulis angka 0 pada petak sebelah kiri nombor jika nombor bagi hari atau bulan lahir calon satu digit.
6. Jantina – Pilih dan tulis kod seperti berikut:     1 – Lelaki         2 – Perempuan
7. Keturunan – Tulis keturunan calon.
8. Agama – Tulis agama calon.
9. Jenis Kemasukan – Pilih dan tulis kod seperti berikut:        8 – Calon baharu
……………9 – Calon Mengulang (dengan kebenaran JPN sahaja).

10. Kod Peperiksaan Terakhir – Pilih dan tulis kod seperti berikut:

0 – Murid tingkatan lima Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan / Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pendidikan Malaysia / Sekolah Menengah Agama Negeri / Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia /  Sekolah Menengah Agama Rakyat dan telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
1 – Pernah menduduki peperiksaan SPM / SPM(V) / SPMVM / MCE (dokumen dilampirkan).

11. Jenis Kecacatan – Pilih dan tulis kod seperti berikut:- (dokumen dilampirkan)

A – Masalah Pembelajaran
B – Kurang Upaya Penglihatan (Buta)
C – Kurang Upaya Pelbagai
D – Kurang Upaya Pertuturan
F – Kurang Upaya Fizikal
P – Kurang Upaya Pendengaran
R – Kurang Upaya Penglihatan (Rabun)

12. – Tidak perlu diisi oleh calon.
13. – Tidak perlu diisi oleh calon.
14. Warganegara – Tuliskan warganegara bagi calon bukan warganegara Malaysia.
15. Alamat           16. Poskod                     17. Bandar         18. Negeri
– Tulis alamat surat menyurat calon dengan lengkap iaitu nombor rumah, jalan, taman / kampung, poskod, bandar dan negeri.
19. Nombor Telefon  – Tulis nombor telefon.
20. Alamat E-mel  – Tuliskan alamat e-mel.
21. Pendaftaran Mata Pelajaran (Rujuk senarai mata pelajaran di atas dan dibaca bersama-sama dengan draf Jadual Waktu Peperiksaan SPM tahun peperiksaan) – lsikan kod, nama mala pelajaran wajib dan mala pelajaran elektif serta jumlah mala pelajaran yang didaftar dalam ruangan yang disediakan.
22. Keterangan Bayaran – Tulis maklumat bayaran bagi mata pelajaran yang didaftar oleh calon sekolah swasta. Tulis juga maklumat tentang Kiriman Wang / Wang Pos / Bank Draf atas nama Akauntan Negara Malaysia untuk bayaran tersebut. Bayaran Asas RM20.00, 1119 Bahasa lnggeris- RM 20.50, mala pelajaran tanpa PBS*- RM10.50 dan mala pelajaran dengan PBS**- RM12.00. Tuliskan jumlah bayaran.
23. – Tidak perlu diisi oleh calon.
24. Pengakuan Calon – Calon hendaklah  membaca pernyataan  Pengakuan Calon. Calon dinasihat menyemak  butiran maklumat  diri, maklumat mala pelajaran  dan bayaran (untuk sekolah swasta). Setelah itu turunkan tandatangan calon dan tarikh.

Download Borang Pendaftaran

Please share to benefit others by clicking the share buttons bar (top or bottom)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *