Segala persoalan tentang perihalan pengambilan pelajar Program Matrikulasi 2018/2019 (part 2)

Bersambung dari …. 

Segala persoalan tentang perihalan pengambilan pelajar Program Matrikulasi KPM 2018/2019 




17.   Bolehkah saya menangguh pendaftaran?

J:  Jika tempoh penangguhan kurang daripada 5 hari dengan sebab munasabah (spt kematian, kemalangan dll), permohonan rasmi perlu dibuat melalui Pengarah kolej (secara bertulis).
Jika 5 hari ATAU lebih, permohonan rasmi secara bertulis perlu dibuat melalui Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya.

18.   Bilakah saya boleh membuat rayuan sekiranya tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM?

J : Rayuan boleh dilakukan secara dalam talian dalam tempoh  sekitar 26 April – 11 Mei tahun semasa, sebaik sahaja anda mengetahui anda tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM, atau

boleh datang sendiri bersama salinan keputusan SPM yang disahkan ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk mengisi borang rayuan (kaunter rayuan disediakan dalam tempoh tersebut, atau

menulis surat permohonan rayuan secara rasmi dan melampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.

19.  Bagaimanakah saya dapat mengetahui keputusan rayuan tersebut? 

Keputusan rayuan boleh diketahui pada ~7 Jun 2018 mulai jam 1200 dan anda boleh menggunakan salah satu daripada cara berikut :

  1. Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang. atau
  1. Dalam laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia – www.moe.gov.my atau sini. atau
  1. SMS dengan menaip MOE <jarak> MAT <jarak> NO. K.P dan hantar kepada 15888.

20.  Bolehkah saya memohon pertukaran Jurusan/Aliran selepas mendapat tawaran?

  1. Hanya pertukaran Jurusan Sains kepada Perakaunan sahaja dibenarkan. Surat rayuan perlu dihantar kepada pengarah kolej anda mendaftar.
  2. Pertukaran Jurusan Perakaunan kepada Sains tidak dibenarkan.
  3. Pertukaran  dari  Aliran  Teknikal  kepada  Jurusan  Sains  atau  sebaliknya  perlu  disalurkan  kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya.

21.  Saya memohon Jurusan Sains semasa mengisi borang permohonan secara dalam talian dan saya berjaya ditawarkan Jurusan Sains.  Namun sekarang saya lebih berminat dalam Jurusan Perakaunan.  Apa yang perlu saya lakukan?

J :  Permohonan menukar jurusan boleh dilakukan di kolej masing-masing melalui Pengarah kolej. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada kekosongan dan juga tertakluk kepada nisbah Jurusan Sains kepada Jurusan Perakaunan iaitu 80:20 di setiap kolej.

22.   Adakah pelajar dari Sabah, Sarawak dan Labuan boleh di tempatkan ke Semenanjung Malaysia?

J  :  Ya, hanya pelajar Jurusan Teknikal sahaja dari Sabah, Sarawak dan Labuan akan di tempatkan ke Semenanjung Malaysia.

23.   Bolehkah saya mohon pertukaran kolej?

J  : Tidak dibenarkan kecuali bagi kes khas seperti sakit kronik yang memerlukan rawatan berpanjangan, adik beradik kembar ditempatkan di kolej Matrikulasi berlainan dan lain-lain yang munasabah. Permohonan perlulah dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya.

24.   Adakah saya dibenarkan untuk menangguh pengajian ?

J  :Penangguhan pengajian tidak dibenarkan kecuali bagi kes kesihatan kronik yang memerlukan rawatan berterusan. Walau bagaimanapun pelajar perlu mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan sebelum memohon penangguhan pengajian. Kelulusan penangguhan ini hanya dibenarkan sekali sahaja dan perlu mendapat kelulusan pengarah kolej tempat anda mendaftar.

25.  Adakah saya dikenakan denda jika berhenti daripada pengajian?

J  :Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM dikehendaki membayar penalti mengikut dasar pelanggaran perjanjian pelajar KECUALI:

a) Pelajar mengikuti sebarang program ijazah pertama dalam negara

b) Pelajar  mengikuti  program di Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (luar negara).

c) Pelajar mengikuti Program Asasi Undang-undang, persediaan perubatan, persediaan farmasi dan persediaan pergigian di IPTA.

d) Pelajar mendapat tajaan ke luar negara oleh kerajaan, agensi-agensi kerajaan atau pihak-pihak lain yang diiktiraf.

e) Pelajar mengikuti Program Tahmidi perubatan, farmasi dan pergigian di USIM.

f) Pelajar mengalami masalah kesihatan yang disokong oleh Laporan Perubatan hospital kerajaan.

g) Sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Pelanggaran Perjanjian Program Matrikulasi.

26.  Di manakah saya boleh menyambung pengajian setelah lulus Program Matrikulasi KPM? 

J  :  Pelajar boleh menyambung pengajian di mana-mana Universiti Awam (UA/IPTA) dalam dan luar negara berdasarkan kelulusan (PNGK-Purata Nilai Gred Kumulatif) yang diperolehi.

27.  Jika saya telah klik ‘terima’ pada tawaran matrikulasi, adakah saya masih akan menerima tawaran dari UPU?

J :   Ya.  UPU masih akan memberi tawaran kepada pelajar yang layak.



Semakan Tawaran Kemasukan ke Program Matrikulasi KPM Klik Sini

Segala persoalan tentang Program Matrikulasi diceritakan di sini. Jika terdapat soalan lain yang belum dijawab, sila hantar kepada emel berikut :  zalina@bm.matrik.edu.my

 

Maklumat berkaitan :
http://myschoolchildren.com/category/after-form-5/
http://myschoolchildren.com/category/education-news/

Comments: 41

  1. Assalamualaikum .. Kak boleh ke yg dapat program dua tahun untuk course sains nak tukar kpd perakaunan yg cuma setahun?? Boleh ke kak? Please respond..

  2. Salam, saya ingin tanya, berapa markah minimum yang diperlukan untuk mengelakkan diri daripada ditendang keluar daripada matrikulasi dan sekiranya saya tidak lulus adakah saya masih akan ditawarkan ke ipta?

  3. Kenapa saya minta KM gmbg, KM Melaka n KM Negeri 9,tapi saya dapat KM Perlis…..jauhlah…tak mampu nak tanggung perbelanjaan pergi balik….

  4. Apakah perbezaan antara Modul 1,II.dan III bagi jurusan sains ?
    Bagi pelajar yang merancang lanjutkan Ijazah dalam perubatan,Modul manakah paling sesuai ? Thanks

  5. maaf,adik sy mendpt jurusan sains pdt di matrikulasi pahang. soalan sy, bolehkah adik sy memohon pertukaran ke akaun memandangkan akaun ialah pst. terima kasih.

  6. Salam, nak tanya.. Kalau kita dapat matrik jurusan teknikal, nak tukar kepada jurusan sains pilihan dua. Adakah boleh?

  7. Salam, saya pelajar kmm, mcm mane nak buat pertukaran ke kolej matrikulasi lain selain sebab seperti yg telah dinyatakan?

  8. boleh tak pelajar dari kelas sains & tak ambil lukisan teknikal kat sekolah mohon aliran teknikal matrik? ade peluang tak utk masuk aliran ni?

  9. saya ingin menukar ke matrik yang menawarkan proagam perakaunan 2tahun.bagaimana cara? untuk pengetahuan,saya pelajar jurusan perakaunan dan tiada asas dalam jurusan tersebut

  10. salam.jika sy ingin ke kolej komuniti adakah pihak matrikulasi akan membenarkn sy untuk lanjutkn pengajian sy kat sana..?

  11. Kalau Saya telah dipilih untuk masuk ke matriks, tetapi saya nak menolak, adakah procedure dia? atau tidak menghadirkan diri pada hari pendaftaran saja?

  12. Salam…adik saya mendapat tawaran ke matrikulasi pahang untuk jurusan sains…sepatutnya adik saya perlu mendaftar pada 12 jun 2013…tetapi kami sekeluarga telah menghadapi masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan dan menyebabkan adik saya gagal mendaftar pada tarikh yang ditetapkan….jadi,soalan saya…bolehkah kami merayu kepada pihak KPM ?

    @
    Boleh

  13. Kalu dapat modul satu tapi hendak tukar ke modul 2, ada apa2 borang pertukaran atau perlu buat surat sendiri?

  14. nak tnye..knape ade rkn sye dpt tukar petempatan kolej matrikulasi dari negeri johor ke kedah?& pertukaran jurusan sains ke akaun perlu ke sediakan surat?

  15. Anak saya telah tersalah mmilih jurusan Sains instead of. Teknikal memandangkan beliau dari sekolah teknik. Setlah confirm menjadi plajar matriks, boleehkah anak saya menukar jurusan Sains kepada jurusan Teknikal?

  16. Sy dah dapat metrik teknikal kt pahang…tp sy bukan dari sekolah teknik…apa yg sy risau ialah sy tidak pernah belajar pengajian kejuruteraan awm/tknkl…tetapi sy bljr lkisn kjuruteraan…patot ke sy pergi metrik??

  17. Slm.solan sy bolehkah sy membuat penangguhan byrn yrn pendaftarn?soalan seterusnya bolehkah saya membuat tuntutan yrn sekiranya sy ingin menarik diri drp progrm matrikulasi.

  18. jika saya berada dalam matrikulasi aliran sains, bolehkah saya melanjutkan degree saya dalam kursus undang undang apabila memohon di universiti tempatan nanti?

  19. anak saya dapat tawaran matrik kelantan tapi penempatan sementara di kedah changlun dimanakah perlu kami pergi pada hari pendaftaran nanti …tk.

  20. kalu dah bayar duit yuran pendaftaran matrikulasi yang RM550 (teknikal) lepas tu kalu x jadi pergi ke matrikulasi adakah bayaran yuran tersebut “burn” atau di pulangkan semula?

  21. bolehkah saya membuat rayuan untuk menukar kolej matrikulasi. contohnya, sy dapat kolej matrikulasi pahang, tapi ingin tukar ke kedah?

    • tak boleh dik. adik den dah cubo dah, melainkn ade sobab yang kuek untuk pindah. ko ni x baco borang pendaftaran or laman sesawang matriks ko?

  22. Semasa dalam matriks, saya ingin menerima tawaran UPU, adakah saya masih dikenakan denda jika saya berhenti?

  23. bagi pelajar yg mendapat tawaran ke KMTPahang, mereka wajib ke mendaftar online dahulu sebelum mendaftar di kolej?

    @
    Ya

  24. kalau kita telah terima tawaran,tetapi ingin terima tawaran dari upu dan tidak hadir pada hari pendaftaran…adakah denda tetap akan akan dikenakan?

    • Tidak melapor diri membawa erti MENOLAK tawaran. jadi semua penangguhan pendaftaran perlu didahului dengan panggilan telefon dan jika disetujui, disusuli dengan surat rasmi.

  25. permohonan pertukaran jurusan dibuat sebelum pendaftaran atau selepas masuk pendaftaran

    • kalau belum mendaftar bererti bukan lagi pelajar. macam mana nak mohon pertukaran? juga permohonan pertukaran tidak semestinya diluluskan.

  26. betul ke kalau kita dah tekan terima pada tawaran matriks, kita tidak akan mendapat tawaran upu?

Please share to benefit others by clicking the share buttons bar (top or bottom)

Comments are closed.