Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah: Mulai 7 – 24 Julai 2022 .Tarikh mula Sem 1: Ogos 2022 (Sek Kumpulan A), Ogos 2022 (Sek Kumpulan B), Tarikh Rayuan Kemasukan ke T6 : 7 – 24 Julai 2022
Pelbagai soalan dan perkara penting tentang Kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah
Syarat Kelayakan Kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah
Gred Pemarkahan Sekolah-sekolah harian (UPSR, PT3, SPM, STPM) di Malaysia
Senarai Sekolah yang Menawarkan Kelas Tingkatan Enam di Semua Negeri di Seluruh Malaysia
Persoalan Penting Tentang Program Matrikulasi KPM
Semakan Tawaran Kemasukan ke Program Matrikulasi.
Tarikh-tarikh Penting bagi Pelajar Lepasan SPM, STPM dan Setaraf
Membuat Rayuan Jika Anda TIDAK ditawarkan tempat di Tingkatan 6 Bawah
.
Tarikh pendaftaran pelajar baru Tingkatan 6 Bawah tahun 2021 adalah pada ~ Julai 2020
Pelajar yang berjaya boleh mencetak surat tawaran dengan “klik hantar” selepas permohonan berjaya dipaparkan dan membawanya bersama semasa mendaftar. Dokumen yang perlu dibawa :
i). Surat Tawaran ii). Keputusan SPM tahun semasa
iii). Kad Pengenalan iv). Sijil Kelahiran v). Sijil Berhenti Sekolah
Pelajar yang sedang menunggu tawaran daripada UPU juga perlu melapor diri dahulu di sekolah yang ditetapkan.
Untuk pelajar yang sedang menghadiri kursus Program Latihan Khidmat Negara dan mendapat tawaran Tingkatan 6 bawah dikehendaki memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan supaya pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN dibenarkan..
Pelajar yang telah ditawarkan tempat di Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan tempat di Tingkatan 6 bawah. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau mana-mana sekolah yang menawarkan kelas Tingkatan 6.
Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370.
Selamat meneruskan penjelajahan alam pendidikan anda !
MAKLUMAT PENTING STPM FORMAT BAHARU
Trial STPM All State
ONE Circle STPM.
Please share this page in your Facebook, Twitter, Google +1 or email the link to your friends. Let more people get the correct information.
Assalamualaikum.nak tanya,kwn saya ni mulanya tidak mahu masuk form6.sebab lebih minat dengan politeknik.tetapi apabila keputusan upu keluar,kawan saya tidak dpt msuk ke politeknik.skrg,dia mahu merayu untuk masuk form6 tetapi malangnya tarikh semakan tawaran ke form6 dan rayuan sudah tamat.so,macam mana mau merayu di form6?
@
agak sukar.
Nasihat kepada semua pembaca : Sepatutnya terima F6 dahulu, kalau dapat tawaran lain boleh tinggalkan F6 tanpa apa-apa kommmitmen. Jika semua permohonan yg lain kandas, masuk ke F6. (Fakta: Terima F6 tidak menpengaruhi peluang dapat tawaran yg lain.)
salam , laman web apa untuk menyemak kemasukan tingkatan 6 bawah 2017 ?
asalammualaikum sya nk tanya adakah sya boleh membuat rayuan kerna tidak hadir pada tarikh pendaftaran tingkatan 6
@
cuba telefon sekolah, mohon maaf dan minta didaftarkan. Atau lebih baik, hadirkan diri di sekolah untuk uruskan.
assalamualaikum , saya tidak dapat ke tingkatan 6 dan tidak dapat ke mana mana matrikulasi atau upu . saya sudah menghantar borang rayuan ke sekolah tetapi penolong kanan tingkatan 6 kata saya kena buka satu laman web untuk klik tiada penempatan tetapi saya tidak tahu link untuk klik tiada penempatan . so saya mau minta tolong kalau ada sesiapa tahu tolong inform ke saya . sekian terima kasih .
@
dapatkan URL laman web dari penolong kanan itu.
salam, seperti yang admin nyatakan hari lapor diri adalah hari pertama mula kelas. adakah kelas akan diadakan sehingga petang? ibu bapa yang ikut sekali camne?
tumpang tanye….kalau surat berhenti sekolah hilang….ape perlu dibuat…esok dh kene daftar TT
@
dapatkan salinan photocopy yg disahkan dari sekolah.
Salam. Nak tanya pasal salinan dokumen yang perlu dibawa tu perlu pengesahan PPD juga?
@salsabila
boleh disahkan oleh PK sekolah
salam,saya nak tanya 2 mei 2017 ini perlu melapor diri di sekolah yg ditetapkan..selepas 2 mei ini ada sebarang aktiviti atau orientasi?satu lagi bila sesi persekolahan bermula?
@
sebenarnya PdP perlu dijalankan mulai hari pertama, tetapi biasanya 2 minggu pertama, aktiviti suai kenal & pelbagai yg lain
Salam nak brtnya saya clon spm 2015 , saya dpt twrn kmskn form 6 2016 ttpi sya tdk hdir krna sya mmsuki ipts dan skrg sya quit ats sbb trtntu. Untuk kmsukn f6 2017 adakah saya diterima?
Assalamualaikum,
setelah membuat semakan via onlne, nama anak saya tidak tersenarai utk ke Tingkatan 6.
boleh saya tahu kenapa sbb jikalau mengikut perkiraan mata utk 3 subject terbaik dia mendapat 8 mata.
mohon penjelasan. Terima kasih.
@anis
Salah satu kemungkinan ialah beliau ditawarkan Program Matrikulasi KPM.
jika masuk asrama, masa pendaftaran tu ke bawak barang barang asrama or keeseokan harinya datang balik?
admin nk tanya kalau saya tak tekan “terima” untuk tingkatan 6 adakah akan menjejaskan UPU saya ???
@
Tidak
kalau saya umur 19 tahun in, macam mana boleh saya apply untuk tingkatan 6 sebagai public candidate?
Assalam
Saya nak tanya, anak saya adalah seorg pelajar bukan warga negara malaysia. Baru nak menduduki SPM tahun nie. Perlukah anak saya memohon untuk masuk ke tingkatan 6 lepas mendapat keputusan SPM nyer tahun depan atau KPM akan automatik menawarkan sekiranyer anak saya layak?
Ribuan terima kasih.
kelayakan untuk memohon t.6 adalah 20 tahun pda 1 januari..tahun ini tarikh 1/12/2016 saya baru genap 20 tahun..sekiranya saya ingin memohon t.6 pada tahun dpan, adakah saya masih layak atau tidak?
@
Calon lahir 1996 sepatutnya masuk T6 pada 2014. Tahun 2017 peluang terakhir anda.
blh lg ke daftar..anak sy layak baru jer check kemasukan tingkat 6
saya telah belajar di tinggkata 6 sesi mei 2015 tetapi masuk politeknik january 2016..adalakah saya dapat masuk balik tingkatan 6 sesi mei2016
assalammualaikum?sya dah terambil keputusan utk berhenti tingkatan 6 pada hari orentasi…bolehkah sya mohon semula utk ke tingkatan 6 semula?
@
hanya boleh harapkan yang terbaik. mohon sejuta maaf dari pihak sekolah kerana kecuaian (kejahilan?) sendiri ….
saya nak tanya 4 mei tarikh melaporkan diri adakah saya perlu memakai baju sekolah ?terima kasih.
@
tidak perlu. Datang dengan pakaian kemas.
kalau saya dapat tawaran kemasukan upu semasa saya belajar di tingkatan 6 macam mana?
@
maka tinggalkan T6 jika lebih berminat dengan tawaran UPU.
masa pendaftaran untuk tingkatan 6 boleh datang sendiri ke? atau wajib bawa ibu bapa sebab masing masing sibuk nak luangkan masa..
soalan kedua , dokumen yang perlu dibawa tak boleh bawa salinan ke??
klau mcm kite nak mintak tukar kolah sebelum daftar form 6 kena gi kat ppd ke
kena tunggu pendaftaran form6 jugak??baru g kat ppd?
@
lapor diri dahulu sebelum boleh buat permohonan pertukaran sekolah
Tarikh utk melapor diri untuk form 6 ialah 4 mei 2016. saya ingin tahu bilakah sesi persekolahan form 6 bermula? adakah bermula pada 4 mei 2016 juga?soalan kedua saya sedang menunggu keputusan rayuan matriks Yang akan keluar pada 18 Jun 2016.adakah saya perlu melapor diri ke form 6 sementara waktu
@Mesha
Biasanya PdP kelas tingkatan 6 bawah hanya dapat berjalan dengan lancar 1 minggu selepas 4 Mei 2016.
SEMUA calon yang mendapat tawaran dinasihatkan lapor diri. Sekiranya SEMUA alternatif yang lain kandas, masih ada tempat pembelajaran di tingkatan 6!
sekiranya saya tidak mendapat surat tawaran untuk ke tingkatan 6 yg sepatutnya saya dapat kerana kesilapan alamat yang didaftarkan di sekolah saya, bagaimanakah saya ingin melapor diri bagi kemasukan ting 6 tanpa surat tawaran itu?
@Alvin
Semakan online akan menunjukkan sama ada berjaya atau tidak. Tidak ada kaitan secara langsung dengan alamat yang didaftarkan.
bilakah tarikh bermulanya sekolah..
‘SILA RUJUK JPN/PPD MENGIKUT ALAMAT
KEDIAMAN’ adakah ini bermaksud saya harus kembali ke sekolah asal saya?Tetapi sekolah saya tidak ada jurusan kemanusiaan semasa pendaftaran spm…
@
http://myschoolchildren.com/nama-sekolah-tidak-dinyatakan-dalam-surat-tawaran-tingkatan-6/
SILA RUJUK JPN/PPD MENGIKUT ALAMAT
KEDIAMAN ,kenapa tidak ada alamat?
@
mengikut alamat kediaman kamu semasa pendaftaran SPM 2015
Oleh itu,saya perlu melaporkan diri pada 4 mei di pdd untuk mengetahui sekolah saya?
saya telah menyemak kemasukan form 6, tetapi tiada apa-apa penempatan sekolah bagi saya…adakah ini berkaitan dengan permohonan politeknik premier??
@
jika nama sekolah tidak dinyatakan dalam surat tawaran, rujuk PPD dalam kawasan kamu untuk memgetahui sekolah manakah yang ditempatkan.
Adakah kami kena pergi ke PPD sana untuk mengetahui sekolah?
@
Baca SINI
macam mana tau tempat yg ditawarkan ? surat tawaran hanya tulis SILA RUJUK JPN/PPD MENGIKUT ALAMAT KEDIAMAN
@
rujuk PPD dalam kawasan kamu untuk memgetahui sekolah manakah yang ditempatkan. Memang sebilangan kecil surat tawaran T6 tidak dinyatakan nama sekolah.
Klau calon yang mmpunyai masalah kad pengenalan smasa peperiksaan dan telah mndpt kad pengenlan slepas slip keputusan spm dy akan dpt twaran ke? sdngkan dlm knyataan kemasukan spm dy bukan warganagara ….adakah kpm akan bgi dy tawaran tingktn 6?
macam mana tahu tempat yang ditawarkan untuk belajar Tingkatan 6 rendah?
@
dalam surat tawaran telah dinyatakan sekolah mana seseorang calon ditawarkan: contoh
Saya nak masuk form 6 sesi 2016/2017 . Bilakah tarikh utk mendapa surat tawaran and bila saya boleh mula
Belajar …. i am really confused.
@
tawaran T6 adalah automatik jika layak.
nak masuk stpm bagi tahun 2016 ni kena apply online atau pergi sekolah dan membuat permohonan? saya confused.
@
rujuk http://myschoolchildren.com/soalan-lazim-tentang-kemasukan-ke-tingkatan-6-bawah/