Arahan Am Pendaftaran Mata Pelajaran SPMU
1. Peperiksaan ini ditawarkan kepada calon yang pernah menduduki dan mempunyai keputusan bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.
2. Tarikh pendaftaran peperiksaan SPMU bermula 1 Mac tahun peperiksaan.
3. Calon hendaklah mendaftarkan peperiksaan SPMU secara dalam talian melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan. Calon yang tidak mendaftar secara dalam talian selepas tamat tempoh pendaftaran adalah dikira tidak mendaftar SPMU walaupun telah membuat bayaran. Segala bayaran tidak akan dikembalikan.
4. Calon yang belum memperolehi persijilan SPM atau melebihi tempoh tiga (3) tahun SPM / SPMU terakhir, calon wajib melaksanakan Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) bagi mata pelajaran 1103 Bahasa Melayu.
5. Calon yang membuat pembetulan maklumat mata pelajaran antara 16 April hingga 15 Mei tahun peperiksaan akan dikenakan bayaran RM30.00 bagi setiap mata pelajaran. Calon tidak dibenarkan membuat sebarang pembetulan maklumat mata pelajaran selepas 15 Mei tahun peperiksaan.
6. Calon yang membuat pembetulan maklumat calon selepas 15 April tahun peperiksaan akan dikenakan bayaran RM 30.00 bagi setiap permohonan pembetulan.
7. Semua bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan Kiriman Wang / Wang Pos / Bank Draf atas nama Akauntan Negara Malaysia.
PANDUAN MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
Calon hendaklah membaca semua arahan dengan teliti sebelum mengisi Borang Pendaftaran Peperiksaan. Borang hendaklah diisi dengan tulisan tangan calon sendiri menggunakan pena mata bola sahaja.
1. Tahun – Tulis tahun semasa calon menduduki peperiksaan SPMU.
2. Nama Calon – Tulis nama calon dengan HURUF BESAR seperti yang tercatat dalam kad pengenalan / dokumen pengenalan diri (dokumen dilampirkan).
3. Nombor Kad Pengenalan – Tulis nombor kad pengenalan MyKad, MyPR, MyKAS / nombor tentera / nombor polis. Jika tiada tulis nombor janaan LP.
4. Nombor-nombor Lain Pengenalan Diri – Tulis nombor pasport / nombor sijil kelahiran / nombor pendaftaran pengangkatan / nombor permit belajar dan lain-lain bagi calon yang menggunakan nombor janaan LP.
5. Tarikh Lahir – Tulis tarikh lahir calon seperti yang tercatat dalam kad pengenalan / dokumen pengenalan diri. Gunakan satu petak bagi setiap satu angka tarikh lahir. Tulis angka 0 pada petak sebelah kiri nombor jika nombor bagi hari atau bulan lahir calon satu digit.
6. Jantina – Pilih dan tulis kod seperti berikut: 1 – Lelaki 2 – Perempuan
7. Keturunan – Tulis keturunan calon.
8. Agama – Tulis agama calon.
9. Jenis Kemasukan – Pilih dan tulis kod seperti berikut: 9 – Calon mengulang.
10. Kod Peperiksaan Terakhir – Pilih dan tulis kod seperti berikut: (dokumen dilampirkan)
1 – Mempunyai sijil mana-mana peperiksaan SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC.
2 – Pernah menduduki SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC atau mempunyai sijil SAP / GCE / Pernyataan Keputusan SPM dan gagal Bahasa Melayu.
3 – Pernah menduduki SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC atau mempunyai sijil SAP / GCE / Pernyataan Keputusan SPM dan gagal Sejarah.
4 – Pernah menduduki SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC atau mempunyai sijil SAP / GCE / Pernyataan Keputusan SPM dan gagal Bahasa Melayu dan Sejarah.
6 – Pernah menduduki SPM / SPM(V) / MCE / SC / FMC pada atau sebelum tahun 1999 dan masih belum memperoleh sijil SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC.
11. Jenis Kecacatan – Pilih dan tulis kod seperti berikut:- (dokumen dilampirkan)
A – Masalah Pembelajaran
B – Kurang Upaya Penglihatan (Buta)
C – Kurang Upaya Pelbagai
D – Kurang Upaya Pertuturan
F – Kurang Upaya Fizikal
P – Kurang Upaya Pendengaran
R – Kurang Upaya Penglihatan (Rabun)
12. Tahun Peperiksaan SPM I SPMU Terakhir.
13. Angka Giliran SPM I SPMU Terakhir – Tulis tahun dan angka giliran yang calon gunakan dalam peperiksaan SPM I SPMU terakhir (dokumen disertakan).
14. Warganegara – Tuliskan warganegara bagi calon bukan warganegara Malaysia.
15. Alamat 16. Poskod 17. Bandar 18. Negeri
– Tulis alamat surat menyurat calon dengan lengkap iaitu nombor rumah, jalan, taman / kampung, poskod, bandar dan negeri.
19. Nombor Telefon (Wajib diisi oleh calon) – Tulis nombor telefon rumah atau telefon bimbit calon yang boleh dihubungi.
20. Alamat E-mel (Wajib diisi oleh calon) – Tuliskan alamat e-mel calon yang boleh dihubungi.
21. Pendaftaran Mata Pelajaran – lsikan kod, nama mata pelajaran dan jumlah mata pelajaran yang didaftar dalam ruangan yang disediakan.
22. Keterangan Bayaran – Tulis maklumat bayaran bagi mata pelajaran yang didaftarkan. Tulis juga maklumat tentang Kiriman Wang / Wang Pos / Bank Draf atas nama Akauntan Negara Malaysia untuk bayaran tersebut. Bayaran Asas RM20.00, mata pelajaran tanpa PBS*- RM10.50 dan mata pelajaran dengan PBS**- RM12.00. Tuliskan jumlah bayaran.
23. Pilihan Pusat Peperiksaan – Tulis nama sekolah (disenaraikan oleh pihak JPN sahaja) yang dipilih untuk menduduki Peperiksaan SPMU.
24. Pengakuan Calon – Calon hendaklah membaca pernyataan Pengakuan Calon. Calon dinasihat untuk menyemak butiran maklumat diri, maklumat mata pelajaran dan bayaran. Setelah itu turunkan tandatangan calon dan tarikh.