Semakan Temuduga KPLSPM – PISMP 2013 (Kursus Pendidikan Lepasan SPM – Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)

Permohonan dan Semakan Temuduga Kursus Pendidikan Lepasan SPM (KPLSPM) – Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, PISMP Ambilan Jun 2013

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, PISMP 2013 dibuka mulai 22 Mac 2013 sehingga 31 Mac 2013. (ditutup)

Semakan Keputusan Panggilan ke Temuduga boleh dibuat mulai 6 Mei 2013 (tarikh yang tertangguh).


Sila Klik di sini untuk semakan panggilan temuduga, mulai 6 Mei – 17 Mei 2013 (Ditutup)
Sila Klik di sini untuk semakan tawaran kepada calon berjaya, mulai 10.00 am  17 Jun 2013 hingga 20 Jun 2013, 11.59 pm,  (Ditutup)
Sila Klik di sini untuk semakan tawaran kepada calon gantian ke-1, mulai 10.00 am  3 Julai 2013.

Sila Klik di sini untuk semakan tawaran kepada calon gantian ke-2.

Jika berjaya dipanggil untuk temuduga :

Sila baca di SINI untuk tips penting menghadiri temuduga.

Semak keputusan MUET Mac 2013.

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa menghadiri temuduga :

• surat tawaran panggilan temuduga, sila cetak surat tersebut. (Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga.)
• borang butiran diri (resume) dan helaian pernyataan hasrat untuk mengikuti kursus pendidikan.

Link untuk mendapatkan dokumen-dokumen ini akan terpapar pada laman aplikasi apabila keputusan semakan  disahkan berjaya untuk panggilan temuduga.

Perkara Penting Semasa Temuduga :

• Calon yang menghadiri temuduga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)
• Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada taraf pencapaian skor akademik, prestasi dalam temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
• Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan utama anda dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
• Calon boleh menyemak keputusan tawaran ke IPG secara online pada tarikh yang akan ditetapkan.
• Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diberi setelah calon melapor diri di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

Tarikh Penting Kursus PISMP 2013

 

Sebarang pertanyaan atau aduan, sila kemukakan secara rasmi dengan menghubungi KPKPM melalui talian 03 – 7723 7070 atau emel ke  kpkpm@moe.gov.my.

 

Lain-lain :

Semakan Panggilan Temu Duga kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM/STPM/Setaraf

Comments: 14

  1. saya dapat ipg, tapi sekarang saya ada di tingkatan 6 atas. maksudnya, saya tinggal satu sem saja lagi nak habiskan stpm. saya rasa rugi kalau saya tinggalkan stpm. saya juga ada ambil repeat paper. jadi bolehkah saya buat penangguhan ipg? atau saya hanya datang untuk ambil pereksa stpm sem 3 dan ulang di sekolah.

    @
    kalau dah rasa rugi kenapa nak tinggalkan stpm? Biasanya semua jenis tawaran tidak membenarkan penangguhan (kecuali anda mempunyai alasan yang sangat bagus). Fikir dengan teliti dahulu sebelum buat apa-apa keputusan.

  2. Anak saya Muhammad Amirul Harith b Mohd Rosdi telah diinterview 14 Mei 2013 di Kampus Dato’ Razali , dapat 8A pun tidak menjaminkan apa2, anak sorang guru, cucu seorang guru masih tidak layak lagi…anak saya memang berpengalaman di sekolahnya selalu menjadi rakan sebaya kepada adik2 sebagai guru tuisyen ad math dan math besar harapan ibu dan ayah anak mewarisi ayah dan atuk…tapi apa kan daya nama tak terpilih

  3. Assalamulaikum

    anak masih tak berjaya untuk calon gantian pun . Masih ada harapan ke untuk rayuan
    terimakasih

  4. semakan tawaran PISMP ambilan Jun 2013 sudah keluar pun, tetapi saya tidak dapat tawaran itu. saya dapat 3A dalam SPM. Saya amat berminat untuk menjadi seorang guru. adakah saya dapat peluang untuk mendapat tawaran kali kedua.saya suka dalam bidang jasmani…………..

  5. RAYUAN PERMOHONAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
    (PISMP)AMBILAN JUN 2013
    Merujuk kepada perkara di atas,saya PAVETHRA A/P RAJA SEEKAR,950224-10-6656 ingin memohon agar saya terpilih dalam program ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian.
    2. Saya telah menghadiri temuduga pada 16 May 2013 di Insitut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,Jalan Yacoob Latiff,Bandar Tun Razak 56000,Kuala Lumpur,W.Persekutuan Kuala Lumpur.Kursus yang dipohon adalah S041M000P-MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (SJKT).Untuk makluman tuan /puan saya telah mengajar kepada pelajar –pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada 5 orang di rumah selepas tamat spm.Saya amat meminati bidang perguruan ini kerana saya dapat melahirkan saya ingin berkhidmat kepada masyarakat.Dengan terlibat dalam bidang perguruan ini,saya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan akhlak.
    3.Oleh itu,saya berharap rayuan saya ini dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan/puan.Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amat diharapkan dan dihargai.
    Sekian,terima kasih.
    Yang Benar,
    ……………………………….
    PAVETHRA A/P RAJA SEEKAR
    KP( 950224-10-6656)
    AG (BA129A074)

    • Sebarang bentuk rayuan rasmi tanpa tandatangan pemohon adalah tidak sah. sila hubungi KPKPM melalui talian 03 – 7723 7070 atau emel pertanyaan ke kpkpm@moe.gov.my.

    • RAYUAN PERMOHONAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
      (PISMP)AMBILAN JUN 2013

      Merujuk kepada perkara di atas,saya THAMAIYANTHI A/P RATNAM,941108-08-5056 ingin memohon agar saya terpilih dalam program ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian.

      2. Saya telah menghadiri temuduga pada 16 May 2013 di Insitut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,Jalan Yacoob Latiff,Bandar Tun Razak 56000,Kuala Lumpur,W.Persekutuan Kuala Lumpur.Kursus yang dipohon adalah S041M000P-MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (SJKT). Untuk makluman tuan /puan saya telah mengajar kepada pelajar –pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada 10 orang di rumah selepas tamat SPM. Sya juga mendapat 7A dan 3B dalam SPM 2012. Saya amat meminati bidang perguruan ini kerana saya dapat melahirkan saya ingin berkhidmat kepada masyarakat. Dengan terlibat dalam bidang perguruan ini,saya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan akhlak.

      3.Oleh itu,saya berharap rayuan saya ini dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan/puan. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amat diharapkan dan dihargai.

      Sekian,terima kasih.
      Yang Benar,
      ……………………………….
      THAMAIYANTHI A/P RATNAM
      KP( 941108085056)
      AG (AE081A023)

  6. semakan tawaran PISMP ambilan Jun 2013 sudah keluar pun, tetapi saya tidak dapat tawaran itu. saya dapat 7A dalam SPM. Saya amat berminat untuk menjadi seorang guru. adakah saya dapat peluang untuk mendapat tawaran kali kedua.

  7. Tuan,ada tak peluang untuk membuat rayuan kemasukan ke IPGM ? Kalau ada mohon perjelaskan lebih lanjut.Ini kerana anak saya amat berminat untuk menjadi seorang guru.Kelayakannya cukup seperti yang disiarkan di iklan akhbar-akhbar tetapi tidak dipanggil untuk temuduga.

    • PISMP ambilan Jun 2013 adalah untuk segelintir pelajar lepasan SPM cemerlang (9A dan ke atas sahaja). Kami tidak ada maklumat rayuan tentang ambilan Jun ini.

Please share to benefit others by clicking the share buttons bar (top or bottom)

Leave a Reply to PAVETHRA A/P RAJA SEEKAR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *