Permohonan dan Semakan Temuduga Kursus Pendidikan Lepasan SPM (KPLSPM) – Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, PISMP Ambilan Jun 2013

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, PISMP 2013 dibuka mulai 22 Mac 2013 sehingga 31 Mac 2013. (ditutup)

Semakan Keputusan Panggilan ke Temuduga boleh dibuat mulai 6 Mei 2013 (tarikh yang tertangguh).


Sila Klik di sini untuk semakan panggilan temuduga, mulai 6 Mei – 17 Mei 2013 (Ditutup)
Sila Klik di sini untuk semakan tawaran kepada calon berjaya, mulai 10.00 am  17 Jun 2013 hingga 20 Jun 2013, 11.59 pm,  (Ditutup)
Sila Klik di sini untuk semakan tawaran kepada calon gantian ke-1, mulai 10.00 am  3 Julai 2013.

Sila Klik di sini untuk semakan tawaran kepada calon gantian ke-2.

Jika berjaya dipanggil untuk temuduga :

Sila baca di SINI untuk tips penting menghadiri temuduga.

Semak keputusan MUET Mac 2013.

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa menghadiri temuduga :

• surat tawaran panggilan temuduga, sila cetak surat tersebut. (Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga.)
• borang butiran diri (resume) dan helaian pernyataan hasrat untuk mengikuti kursus pendidikan.

Link untuk mendapatkan dokumen-dokumen ini akan terpapar pada laman aplikasi apabila keputusan semakan  disahkan berjaya untuk panggilan temuduga.

Perkara Penting Semasa Temuduga :

• Calon yang menghadiri temuduga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)
• Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada taraf pencapaian skor akademik, prestasi dalam temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
• Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan utama anda dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
• Calon boleh menyemak keputusan tawaran ke IPG secara online pada tarikh yang akan ditetapkan.
• Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diberi setelah calon melapor diri di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

Tarikh Penting Kursus PISMP 2013

 

Sebarang pertanyaan atau aduan, sila kemukakan secara rasmi dengan menghubungi KPKPM melalui talian 03 – 7723 7070 atau emel ke  kpkpm@moe.gov.my.

 

Lain-lain :

Semakan Panggilan Temu Duga kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM/STPM/Setaraf