Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Tahun 2016 (Lower Sixth Intake)

Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Tahun 2016 : Mulai 14 Jun 2016.

Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah: Mulai 14.04.2016 jam 1230. (Tutup).

Pelbagai soalan dan perkara penting tentang Kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah

Syarat Kelayakan Kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah

Gred Pemarkahan Sekolah-sekolah harian (PT3, SPM, STPM) di Malaysia

Senarai Sekolah yang Menawarkan Kelas Tingkatan Enam di Semua Negeri di Seluruh Malaysia

.

Persoalan Penting Tentang Program Matrikulasi KPM 

Semakan Tawaran Kemasukan ke Program Matrikulasi.  

Tarikh-tarikh Penting bagi Pelajar Lepasan SPM, STPM dan Setaraf  

Membuat Rayuan Jika Anda TIDAK ditawarkan tempat di Tingkatan 6 Bawah

Membuat permohonan pertukaran sekolah tingkatan 6 bawah jika ditawarkan di sekolah yang tidak disukai.

tawar-T6-16

.
Tarikh pendaftaran pelajar baru Tingkatan 6 Bawah tahun 2016 adalah pada 4 hb Mei 2016

Pelajar yang berjaya boleh mencetak surat tawaran dengan  “klik hantar” selepas permohonan berjaya dipaparkan dan membawanya bersama semasa mendaftar. Dokumen yang perlu dibawa :

i). Surat Tawaran        ii). Keputusan SPM 2015
iii). Kad Pengenalan       iv). Sijil Kelahiran         v). Sijil Berhenti Sekolah

Pelajar yang sedang menunggu tawaran daripada UPU juga perlu melapor diri dahulu di sekolah yang ditetapkan.

Untuk pelajar yang sedang menghadiri kursus Program Latihan Khidmat Negara dan mendapat tawaran Tingkatan 6 bawah dikehendaki memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan supaya pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN dibenarkan..

Pelajar yang telah ditawarkan tempat di Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan tempat di Tingkatan 6 bawah. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau mana-mana sekolah yang menawarkan kelas Tingkatan 6.
Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370.

Selamat meneruskan penjelajahan alam pendidikan anda !

 

Maklumat berkaitan :

MAKLUMAT PENTING STPM FORMAT BAHARU
Trial STPM All State

ONE Circle STPM
.

Please share this page in your Facebook, Twitter, Google +1 or email the link to your friends. Let more people get the correct information.

Comments: 22

  1. Saya nak masuk form 6 sesi 2016/2017 . Bilakah tarikh utk mendapa surat tawaran and bila saya boleh mula
    Belajar …. i am really confused.

    @
    tawaran T6 adalah automatik jika layak.

  2. macam mana tahu tempat yang ditawarkan untuk belajar Tingkatan 6 rendah?

    @
    dalam surat tawaran telah dinyatakan sekolah mana seseorang calon ditawarkan: contoh

  3. Klau calon yang mmpunyai masalah kad pengenalan smasa peperiksaan dan telah mndpt kad pengenlan slepas slip keputusan spm dy akan dpt twaran ke? sdngkan dlm knyataan kemasukan spm dy bukan warganagara ….adakah kpm akan bgi dy tawaran tingktn 6?

  4. macam mana tau tempat yg ditawarkan ? surat tawaran hanya tulis SILA RUJUK JPN/PPD MENGIKUT ALAMAT KEDIAMAN

    @
    rujuk PPD dalam kawasan kamu untuk memgetahui sekolah manakah yang ditempatkan. Memang sebilangan kecil surat tawaran T6 tidak dinyatakan nama sekolah.

  5. saya telah menyemak kemasukan form 6, tetapi tiada apa-apa penempatan sekolah bagi saya…adakah ini berkaitan dengan permohonan politeknik premier??

    @
    jika nama sekolah tidak dinyatakan dalam surat tawaran, rujuk PPD dalam kawasan kamu untuk memgetahui sekolah manakah yang ditempatkan.

  6. SILA RUJUK JPN/PPD MENGIKUT ALAMAT
    KEDIAMAN ,kenapa tidak ada alamat?

    @
    mengikut alamat kediaman kamu semasa pendaftaran SPM 2015

  7. sekiranya saya tidak mendapat surat tawaran untuk ke tingkatan 6 yg sepatutnya saya dapat kerana kesilapan alamat yang didaftarkan di sekolah saya, bagaimanakah saya ingin melapor diri bagi kemasukan ting 6 tanpa surat tawaran itu?

    @Alvin
    Semakan online akan menunjukkan sama ada berjaya atau tidak. Tidak ada kaitan secara langsung dengan alamat yang didaftarkan.

  8. Tarikh utk melapor diri untuk form 6 ialah 4 mei 2016. saya ingin tahu bilakah sesi persekolahan form 6 bermula? adakah bermula pada 4 mei 2016 juga?soalan kedua saya sedang menunggu keputusan rayuan matriks Yang akan keluar pada 18 Jun 2016.adakah saya perlu melapor diri ke form 6 sementara waktu

    @Mesha
    Biasanya PdP kelas tingkatan 6 bawah hanya dapat berjalan dengan lancar 1 minggu selepas 4 Mei 2016.

    SEMUA calon yang mendapat tawaran dinasihatkan lapor diri. Sekiranya SEMUA alternatif yang lain kandas, masih ada tempat pembelajaran di tingkatan 6!

  9. klau mcm kite nak mintak tukar kolah sebelum daftar form 6 kena gi kat ppd ke
    kena tunggu pendaftaran form6 jugak??baru g kat ppd?

    @
    lapor diri dahulu sebelum boleh buat permohonan pertukaran sekolah

  10. masa pendaftaran untuk tingkatan 6 boleh datang sendiri ke? atau wajib bawa ibu bapa sebab masing masing sibuk nak luangkan masa..

    soalan kedua , dokumen yang perlu dibawa tak boleh bawa salinan ke??

  11. kalau saya dapat tawaran kemasukan upu semasa saya belajar di tingkatan 6 macam mana?

    @
    maka tinggalkan T6 jika lebih berminat dengan tawaran UPU.

  12. saya nak tanya 4 mei tarikh melaporkan diri adakah saya perlu memakai baju sekolah ?terima kasih.

    @
    tidak perlu. Datang dengan pakaian kemas.

  13. assalammualaikum?sya dah terambil keputusan utk berhenti tingkatan 6 pada hari orentasi…bolehkah sya mohon semula utk ke tingkatan 6 semula?

    @
    hanya boleh harapkan yang terbaik. mohon sejuta maaf dari pihak sekolah kerana kecuaian (kejahilan?) sendiri ….

  14. saya telah belajar di tinggkata 6 sesi mei 2015 tetapi masuk politeknik january 2016..adalakah saya dapat masuk balik tingkatan 6 sesi mei2016

  15. kelayakan untuk memohon t.6 adalah 20 tahun pda 1 januari..tahun ini tarikh 1/12/2016 saya baru genap 20 tahun..sekiranya saya ingin memohon t.6 pada tahun dpan, adakah saya masih layak atau tidak?

    @
    Calon lahir 1996 sepatutnya masuk T6 pada 2014. Tahun 2017 peluang terakhir anda.

  16. Assalam
    Saya nak tanya, anak saya adalah seorg pelajar bukan warga negara malaysia. Baru nak menduduki SPM tahun nie. Perlukah anak saya memohon untuk masuk ke tingkatan 6 lepas mendapat keputusan SPM nyer tahun depan atau KPM akan automatik menawarkan sekiranyer anak saya layak?

    Ribuan terima kasih.

Searching for books? 10 million titles HERE. FREE shipping worldwide!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *