.
Keputusan rayuan kemasukan ke tingkatan 6 bawah boleh disemak mulai xx Jun 2013. Klik di sini untuk menyemak.

Rayuan Tawaran Tempat di Tingkatan 6 Bawah 2013

Sekiranya anda mendapat imej paparan biru ini, anda tidak berjaya dalam tawaran kemasukan ke tingkatan enam bawah tahun 2013.


Syarat Kelayakan Kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah 2013

Persoalan Penting Tentang Tawaran Kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah.

Anda boleh membuat rayuan dengan melalui prosedur berikut:

1. Calon sekolah yang tidak ditawarkan tempat di Tingkatan Enam Bawah 2013 boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK seperti di bawah. Pengetua sekolah bertanggungjawab mengemukakan semua borang rayuan murid kepada JPN masing-masing.
2. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1hb Jan 2013.
3. Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah lama di mana murid mengambil peperiksaan SPM, dan mempunyai perakuan rekod disiplin yang baik.
4. Kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri adalah tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon dan akan dimaklumkan oleh JPN masing-masing.
5. Semua rayuan yang diterima lewat daripada 14 Jun 2013 tidak akan dipertimbangkan.
* Nota:
Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti ini, calon dinasihatkan supaya mengulang semula peperiksaan SPM pada tahun 2013.


Perhatian : Rayuan calon sekolah untuk memasuki tingkatan enam bawah 2013 adalah berdasarkan kelonggaran atas penglibatan kokurikulum.

Perlu diingatkan calon mesti hantar borang rayuan melalui pengetua sekolah asal. Kelulusan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat.

Keputusan dan penempatan adalah ditentukan oleh jabatan pelajaran negeri.
.

BORANG T6BKK BAGI CALON SEKOLAH KERAJAAN
BORANG T6BCP BAGI CALON PERSENDIRIAN & SEKOLAH SWASTA

Download This File (DOC, 101KB)

BORANG T6BRU BAGI CALON SEKOLAH YANG LAYAK TETAPI TIDAK MENDAPAT TAWARAN ATAU TIDAK MELAPOR DIRI ATAU MENOLAK MATRIKULASI/SETARA DAN SEBAB-SEBAB LAIN.

Download This File (PDF, 619KB)


Maklumat berkaitan :