Nama sekolah tidak dinyatakan dalam surat tawaran Tingkatan Enam Tahun 2016

Seperti tahun-tahun lepas, sebilangan kecil pelajar akan mendapat surat tawaran yang tidak dinyatakan nama sekolah seperti berikut :
Sekolah ditempatkan : SILA RUJUK JPN/PPD MENGIKUT ALAMAT KEDIAMAN


Ini bereti sekolah anda ditempatkan belum diagihkan. Maklumlah terdapat seramai 100,000 calon kelas tingkatan 6. Sila beri sedikit masa kepada PPD/JPN untuk menguruskannya. Tarikh lapor diri ialah 4 Mei 2016.

Anda boleh rujuk kepada JPN/PPD yang dekat dengan alamat kediaman (secara teknikal bererti alamat semasa pendaftaran SPM) mulai sekarang untuk mengetahui nama sekolah anda ditempatkan;




atau pun rujuk kepada PPD yang dekat dengan bakal tempat tinggal anda sepanjang 2 tahun pengajian tingkatan 6 anda. (dalam kes ini, akan melibatkan sedikit borang tambahan)

Tempat penempatan cukup untuk semua calon, tidak ada masalah!

 

Comments: 1

Searching for books? 10 million titles HERE. FREE shipping worldwide!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *