Permohonan Pertukaran Sekolah Apabila Telah Ditawarkan Tempat di Tingkatan 6 Bawah

Masalah :

Nur Adriana, seorang pelajar lepasan SPM 2017 telah ditawarkan tempat belajar di tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah King Edward VII. Beliau ingin memohon pertukaran ke SMK Raja Chulan, apakah yang harus dibuatnya?

Penyelesaian :

Pertama, semak dengan teliti dan pastikan jurusan yang diingini ditawarkan di SMK Raja Chulan dan terdapat KEKOSONGAN tempat.

Kedua, lengkapkan borang P.U.(A) 275 di bawah dan sertai dengan semua dokumen sokongan yang telah disahkan. (Alasan yang munasabah perlu diisi dalam borang untuk meningkatkan peluang kelulusan) Kemudian berjumpa dengan pengetua atau guru bertugas semasa di SM King Edward VII untuk mendapatkan tandatangan kelulusan daripada pengetua. Sekolah akan menghantar borang permohonan anda ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang berkaitan.

Faktor utama kelulusan pertukaran ialah terdapat kekosongan tempat di sekolah yang diminta. Surat pemberitahuan keputusan dihantar ke alamat calon dalam borang permohonan. Pelajar boleh berhubung dengan PPD/JPN untuk mengetahui status permohonannya, selepas tarikh akhir untuk calon yang mendapat tawaran menerima tawaran yang diberikan, iaitu 16 hb Mei 2017. JPN mungkin menghubungi anda lebih awal jika telah diluluskan.

Download This File (PDF, Unknown)

Klik juga Senarai  Sekolah di seluruh Malaysia yang Menawarkan Kelas Ting. 6

Maklumat berkaitan :

Senarai semua sekolah menengah di seluruh Malaysia

http://myschoolchildren.com/category/after-form-5/

http://myschoolchildren.com/category/education-news/

Comments: 84

  1. Saya menerima borang dari sekolah rendah anak saya, perlu pilih dan isi nama sekolah menengah yang telah
    bercetak dalam borang itu,

    tetapi nama sekolah yang saya fikir pilih untuk anak saya tiada dalam borang itu,
    sebab rumah alamat jauh dan tiada bus sekolah , saya dengan suami saya kerja juga,
    saya perlu sekolah yang bersekolah dalam waktu pagi , saya boleh lebas hantar anak saya, saya boleh pergi kerja. bolehkah
    saya terus tulis nama sekolah menengah yang saya nak pilih itu dalam borang itu?

    @lee siew leng

    1. Adalah tidak wajar kalau anda tulis nama sekolah lain yang tidak dicetak dalam borang permohonan pertukaran itu.
    2. Kes ini boleh diselesaikan dengan cara lain seperti berikut:
    Setiap daerah pendidikan mempunyai seorang pegawai khusus yang menguruskan kes pertukaran sekolah.
    Cari nama dan no. telefon pegawai itu melalui talian am pejabat pendidikan daerah tersebut dan kemukakan masalah anda terus kepada pegawai itu dan
    minta bantuan daripada beliau. Biasanya kes boleh diselesaikan dalam masa yang singkat.

  2. Saya terima tawaran T6 di SMK Khir Johari dan mendapat jurusan Sains. Sekarang saya ingin tukar sekolah ke SMK Dato Bijaya Setia. Jadi saya ingin tahu bagaimanakah cara saya boleh tahu sama ada sekolah yang saya ingini mempunyai kekosongan tempat belajar?

  3. Hai admin, saya keliru. Harap harap admin reply cepat ye.

    Saya dapat tawaran dekat smk sg.choh, tapi disebabkan masalah tertentu, iaitu sekolah yang jauh dan tiada pengangkutan, saya pindah ke kedah dan tinggal dengan ibu saudara.
    Jadi sekarang saya nak memohon tingkatan 6 ke sekolah menengah kebangsaan temenggong di pendang, kedah.
    Masalahnya , perlu ke saya pergi ke smk sg choh utk melapor diri, walhal saya berada di kedah dan saya tidak boleh pulang ke sg.choh atas sebab sebab tertentu.

    @Iya
    Sama ada, lapor diri di SMK Sg. Choh kemudian mohon pertukaran sekolah dengan menghantar borang permohonan ke pengetua SMK Sg. Choh, sekolah akan uruskan.
    Atau, telefon SMK Sg. choh dan mohon keizinan untuk hantar borang permohonan pertukaran sekolah melalui pos.

  4. Hai Admin !

    Bolehkah saya tahu sama ada saya perlu membuat pertukaran sekolah serta jurusan sebelum tarikh lapor diri ataupun semasa hari lapor diri? Harap admin boleh balas secepat mungkin. Terima kasih.

  5. Hai Admin 😉

    Saya ni terima tawaran T6 di SMK Taman Desa dan mendapat jurusan Sains. Sekarang ni saya ingin tukar sekolah ke SMK Seri Sentosa dan tukar ke jurusan kemanusiaan. Jadi saya ingin tahu bagaimanakah cara saya boleh tahu sama ada sekolah yang saya ingini mempunyai kekosongan tempat belajar serta mempunyai subjek jurusan yang saya mahukan? Harap admin boleh terangkan.

  6. saya telah mendapat tawaran tingkatan 6 dan saya ingin memohon untuk pertukaran sekolah kerana sekolah yg saya terima tidak mempunyai subject yg saya minati. jadi saya telah mengisi borang permohonan pertukaran sekolah tapi saya ada masalah untuk mengisi borang dan saya tidak berapa faham mengenai borang tersebut terutama sekali part pengarah pelajaran negeri. saya nak isi apa? nama pengarah tu? dan nama biasiswa tu kalau tiada menerima biasiswa biarkan kosong? tarikh pertukaran yang dikehendaki tu sendiri yg tentukan atau pihak PPD? harap dapat jawab soalan saya dengan jelas. terima kasih

  7. saya baru mendapt tawaran ke program PDT matrikulasi di Kolej matrikulasi kedah
    sedangkan saya mengikuti pengajian f6 dan telah membelanjakan wang membeli buku subjek f6
    sya benar2 bingung hendak membuat keputusan yang mana lebih baik….pls give some advise to me

    @
    Umumnya, pelajar yang ditawarkan program matrik akan memilih matrik, tak kira PDT PST, kecuali jika memang sangat tidak berminat dalam mp sains.

  8. Saya baru lepas daftar f6 dan ambil jurusan sains. Masih bolehkah saya pindah sekolah dan ambil jurusan kemanusian. Kena isi borang lainkah utk utk tukar jurusan selain borang permohonan pindah sekolah.

  9. Saya nk tnya hri tu sy ada buat permohonan tukar sekolah , pd keesokan hariny sy dpat pnggilan dri jpn diorang bgithu yg permohonan pindah sy di luluskan tpi sy semak kat internet nma sekolah still sama

    @
    tak perlu cetak dari internet lagi. terus ambil surat kelulusan dari JPN

  10. Boleh saya tahu, apakah dokumen sokongan yg diperlukan selain borang yg encik/puan telah berikan diatas???
    Terima kasih…

  11. kalau hendak menghantar borang rayuan kemana ?
    adakah sekolah yg lama atau sekolah yg ingin di pohon .
    mohon penjelasan .
    .
    @
    Jika telah ditawarkan ting 6 di sekolah A dan hendak pindah ke sekolah B, borang permohonan perlu ada tandatangan pengetua sekolah A. Pengetua sek A bertanggungjawab menghantar borang ke JPN.

  12. SALAM..saya nk tnya.. kalau nak tukar ke sekolah yg menyediakan asrama .. macam mana caranya ? Btw saya dpt offer di SMK SG.choh tpi ingin bertukar ke SMK Kuala Kubu Bharu ..

  13. salam admin. kalau saya tidak hadir pada hari lapor diri, bolehkah saya melapor diri pada lain hari ataupun perlu membuat surat rayuan?

  14. saya ingin membuag pertukaran sekolah . saya mendapat tawaran ting. 6 di smk bintulu kerana saya duduk di bintulu sarawak pada masa tu . tpj sekarang saya sudah berpindah ke kedah dan ingin menukar dri smk bintulu ke smk seri mahawangsa kerana terdapat jurusan yg sama sepertimana tawaran yg saya dpt. sekian.

    @
    gunakan borang PUA 275 dan uruskan di JPN, PPD terdekat di Kedah

  15. sy nk tukar sekolah kerana terlalu jauh dgn sekolah yg ditawarkan . mcm mne erk ? adekah sy perlu pergi ke soklah yg ditawarkn dahulu atau terus sahaja ke ppd untuk pertukaran sekolah ?

  16. Saya ditawarkan bersekolah di sri lipis Pahang tapi saya telah berpindah ke Kelantan n saya ingin bertukar ke smk ayer lanas di klntan..so saya kena daftar kt sri lipis dulu ke ?? Xboleh ke kalau daftar kat ayer lanas terus?

    @
    Uruskan perpindahan sekolah di JPN Kelantan dengan segera.

  17. saya nak buat penukaran macam mana 5/5 ni dah nak kena dafrar

    @
    lapor diri dahulu sementara menunggu keputusan permohonan tukar sekolah

  18. hai. Saya akan ambil SPMU mathematics sahaja pada 8 Jun 2015 dan akan dapat keputusan pada 20 Ogos 2015. Bolehkah saya mengikuti tingkatan 6 dahulu ? Bantuan diperlukan, Terima Kasih .

    @
    Kenapa tidak? Kalau ditawarkan T6. Sudahkah ditawar?

  19. salam… saya dapat tawaran STPM di SMAP LABU….. saya nak tukar ke SMKA KERIAN kerana terlalu jauh…. camna cara nk mintak tkar??? dan alasan kukuh untuk tukar sekolah??

    • rumah jauh (sertakan berapa km)
      tiada kenderaan
      kalo kamu ada penyakit apa2 y boleh memudaratkn diri, sertakan

      kalau kamu betol2 tanak, alasan kamu kenalah over siket .well,menda y aku reply neh taklah over sangat . but i think its enough to capture their concern and sympathy . good luck tho . aku pom nak mintak transfer form6 skolah lain . tanak weh mati mereput di kumamud .

  20. Saya mendapat tawaran jurusan kemanusian dalam STPM 2015 di SMK La Salle T.Aru KK. Bolehkah dan daripada siapakah saya boleh minta pertolongan, pertimbangan serta kelulusan untuk bertukar ke Jurusan Sains? Saya amat berminat dalam kejuruteraan Elektrik. Semasa T.4 dan T.5 saya memang dalam Aliran Sains …..Keputusan SPM saya dalam subjek Math, physic dan chemistry adalah A dan C.

  21. saya lepasan pelajar ting.3 dan plajar dr smka..saya dpt tawarn untk sambung blajar di smka tersebut…tapi, saya telah pon berpindah ke skolah harian…bolehkah saya msok semula ke smka tersebut?

    @
    hadir bersama ibu/bapa ke SMKA itu untuk mengesahkan kamu boleh diterima

  22. Hello . nak tanya . bagaimana nak buat pertukaran sekolah. sebenarnya saya dari maktab sabah nak pindah ke SM Lasalle sabah sebab jurusan yang saya ambil tak memenuhi minat saya . saya ingin mengambil geografi dan seni visual di maktab sabah tetapi sudah terlambat untuk mengambil jurusan tersebut . boleh tak bantu saya kalau masih boleh buat pertukaran sekolah untuk masuk kemanusiaan 2 di SM Lasalle ?

  23. mcm mna nak cek kputusan rayuan???? sya sda buat rayuan… n sya jga sda d cal leh PPD….n dorg sruh sya cek kputusan rayuan… tp… sya x tw plak mw cek mcm mnaa…. adaa x sesiapa bleh bantu syaa…. dlm hal ney….??? pleeeasee….. 😉

  24. salam…nk tumpang tanya…saya telah mendapat tawaran belajar ke tingkatan enam…tetapi,saya ditawarkan dengan jurusan yang saya tidak minat iaitu kemanusiaan…saya merupakan pelajar lepasan spm 2013 aliran pure sains…soalan saya,bolehkah jika saya ingin menukar ke jurusan sains di tingkatan enam??saya telah download borang RTJT6…please answer me soon…i need your feedback as soon as possible…sebab saya begitu minat akan sains..tolonglah saya..

    @
    of course boleh mohon tukar jurusan. If very interested in science, tell the principal in your F6 school frankly and sincerely. normally he will help

  25. saya telah ditawarkan berskolah di SMK Paku… tapi saya tidak suka dgn sekolah tu .. sebab di sana kebanyakan perangai budak bermasalah… ramai lepasan perljar tingkatan 6 gagal melanjutkan perlajaran.. jadi saya ingin memutuskan untuk pindah ke sekolah SMK Asajaya no 1… kerana cikgu di sana lebih baik dari SMK Paku…

  26. saya nak mohon pertukaran ke SMK Kubong…saya tidak mahu sekolah di sek agama Limbang..sebab saya tidak berkeinginan untuk mengambil dlm bidang agama..

  27. assalamualaikum.. saya pelajar dari SABAH dan ditawarkan ke tingkatan 6 dlm jurusan kemanusiaan.. saya ingin menukar jurusan dalam jurusan sains.. adakah permohonan sy akan diluluskan? ramai kwn2 y ckp kalau dah ditawarkan tingkatan 6 kemanusiaan xboleh pndh ke tingkatan 6 sains.

    #mohon penjelasan.. terima kasih. ^_^

    @
    umumnya pertukaran tidak dibenarkan melainkan kes khusus atau ‘kegigihan dan usaha’

  28. kalau saya dah mendaftar kat sekolah yang ditawarkan, bolehkah saya berhenti serta merta dengan sebab untuk menyambung pelajaran ke tempat lain? ataupun kena dapatkan surat berhenti sekolah dahulu??

  29. nak tanya ni, kalau nama kita ada kat dua-dua sekolah macam mana? .perlukah kita teruskan prosedur pertukaran?? saya confius

    @
    senang, lapor diri di sekolah yang berkenan. abaikan yg lain, dua pun tak suka, mohon tukar

  30. apakah alasan yg sewajarnya untuk saya tukar jurusan sains ke kemanusiaan??? bcz apa yg saya tahu alasan tak minat tak akan dilayan….tolonglah saya….saya nak ambik ekonomi sebab nak jadi akauntan…

    @
    biasanya jika layak (<12 unit, koku baik) dan ada kekosongan akan dipertimbangkan

  31. saya mendapat tawaran ke sekolah biasa.(SMK).. Jadi bolehkah kalau saya ingin memohon ke sekolah yang lebih berprestasi tinggi? Contohnya Kolej Islam Sultan Alam Shah di Klang.. Adakah permohonan saya boleh diterima?

    @
    ada usaha ada hasil

    • saya ditawarkan tingkatan 6 di SMK Desa Mahkota,Kuala Lumpur dalam jurusan kemanusiaan. Saya ada masalah untuk ke sekolah tersebut..
      Antaranya tiada transport, sekolah yang jauh dan traffic jam..
      Adakah asrama untuk tingkatan 6?

  32. saya pelajar lepasan spm 2013 dan saya mendapat tawaran ke stpm di smk keladi saya ingin menukar ke sekolah lain iaitu di dalam negeri.apakah tatacara yang saya perlu ikuti untuk menukar sekolah.

    @
    sudahkah anda membaca panduan di atas ?

  33. ok firstly..saya mahu tanya.saya pelajar aliran sains..lepasan spm di smk bukit saujana..port dickson..so masalah sekarang..saya dapat tawaran belajar di f6 bagi jurusan kemanusiaan..kenapa saya x dapat jurusan sains..

  34. Boleh tak saya menukar jurusan kemanusiaan kepada jurusan sains? Semasa di tingkatan 4 & 5 saya mengambil sains tulen. Bagaimana cara ingin menukar jurusan?

    @
    jumpa SU peperiksaan sekolah pada hari pendaftaran. peluang kamu tinggi sebab T6 sains tak laku.

  35. saya ingin bertukar dari sekolah menengah sains raja tun azlan shah ke sekolah menegah sains sultan alam shah.adakah pertukaran ini diterima.

  36. kalau nak mintak ke sekolah luar drp negeri kita tinggal.contohnya dari kelantan ke p.pinang.macam mana ye.

  37. as salam,
    bilakah tarikh keputusan permohonan pemindahan sekolah ke tingkatan 1 untuk tahun 2013 atas alasan pindah rumah.Saya telah membuat permohonan pertukaran anak setelah keputusan UPSR dilkeluarkan.Permohonan dibuat terus ke sekolah yang di daftarkan sebelum ini.Menurut pegawai yang bertugas keputusan mungkin diketahui selewat lewatnya 8 DIS.

  38. Please tolong saya , saya merupakan pelajar dari Sabah yang bersekolah di SMK DATO ABDUL SAMAD , KUALA PILAH .dan saya d’tawrkan tingktan 6 kt situ . but , saya skunk kat Sabah n saya xnk smbung kt sekolah tu . Boleh x nak atur perpindahan tanpa pergi ke sekolah tu balik sbb skunk ni xde duit nk beli tiket lh . Please answer it :)

    • Cetak surat tawaran kamu kemudian isi borang PUA 275 dan pergi ke PPD (di Sabah) terdekat untuk uruskan perpindahan sekolah. Tidak perlu ke SMK DAB.

  39. Saya belum mendaftar ke tingkatan 6 kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan. sekarang saya ingin mendaftar ke tingkatan 6. surat tawaran baru saya perolehi kerana alamat telah bertukar. dapatkah saya mendaftar sekarang iaitu hari rabu ni.(23hb.Mei)

    • Hadir dan daftar di sekolah SEGERA untuk mengelakkan tawaran dibatalkan. Surat tawaran boleh dicetak secara online sejak 23 Apr 2012.

  40. Saya mendapat tawaran di Maktab Sultan Abu Bakar dalam jurusan sains tetapi saya ingin menukar ke jurusan kemanusiaan.Saya sudah menghantar surat permohonannya.Saya khuatir saya akan mendapat tempat di SMK Skudai memandangkan saya tinggal di Skudai.Tetapi saya ingin belajar di Maktab Sultan Abu Bakar.Adakah saya akan mendapat tempat di Skudai disebabkan alamat saya ??

    • Setelah surat permohonan dihantar, cara untuk meninggikan peluang mendapat tempat di Maktab Sultan Abu Bakar ialah hadir bersama ibu bapa untuk berjumpa dengan pengetua MSAB dan membawa bersama satu surat sokongan dari ADUN, atau cara yang setara.

  41. saya telah mendaftar di sekolah yang ditawarkan. semasa permohonan pertukaran sekolah, pengetua sekolah tersebut tidak mahu tolong kami turunkan tandatangan. menurut beliau, setiap pertukaran hendaklah mengikuti prosedure yang sepatutnya walaupun saya telah menerima tawaran drpd sekolah yg dipohon itu~ sekarang sekolah yang dipohon itu sudah tidak mahu menerima pelajar lagi, jadi sekarang patutkah saya minta untuk terus belajar di sekolah yang dipohon itu atau kena tunggu surat pemberitahuan daripada JPN??

  42. saya sudah berdaftar di sekolah yang ditawarkan, saya sudah berjumpa dengan guru tingktan 6 tetapi dia tidak ingin menguruskan perpindahan kami, guru itu menyuruh ppd uruskan tapi ppd suruh minta borang pindah di sekolah sedangkan guru kami tidak ingin layan…
    bagaimana yek?? mohon cadangan kerana masalah pengangkutan dan jarak antara rumah dan sekolah saya sekarang terlalu jauh..

  43. saya tidak sempat untuk mendaftar pada tarikh pendaftaran tingkatan 6 bawah yang ditempatkan(8hb Mei). saya ingin berpindah dari SMK Majakir Sabah ke SMK Bintulu Sarawak. jadi apakah yang perlu saya lakukan memandangkan saya tidak sempat mendaftar ke sekolah yang ditempatkan?

    • Tidak mendaftar bererti menolak tawaran. Serta merta telefon sekolah itu dan minta maaf dan minta didaftarkan diri ke ting. 6 bawah. Permohonan pertukaran sekolah boleh dibuat kemudian.

  44. Saya memohon untuk membuat pertukaran ke SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTERI

  45. salam,
    saya kurangkan faham dgn keterangan di atas,,,
    saya mendapat tawaran tingkatan 6 di sekolah asal, iaitu SMK TINGGI BATU PAHAT.
    tetapi kini saya sudah berpindah bersama keluarga di pasir gudang,
    bagaimana cara untuk saya menukar sekolah di pasir gudang ??
    sekolah yang saya ingin tukar, ialah SMK PASIR GUDANG 2.
    masalah yang saya hadapi skrg , ,adakah saya perlu berjumpa dgn pengetua di sekolah asal?? [YA]
    dokumen apakah yang perlu di maskinikan??
    esok adalah hari pendaftaran tingkatan 6, jika sy tidak hadir,,
    adakah saya akan ditolak untuk memasuki tingkatan 6?? [YA]

  46. saya keliru dengan hala tuju dengan subjek yang saya dapat… sbg contoh sains sukan dan pengajian perniagaan…

  47. Saya telah ditawarkan kemasukkan ke tingkatan 6, tapi saya ingin membuat pertukaran ke PASIR MAS KELANTAN sebab saya ada masalah keluarga di tempat sekolah yang telah ditawarkan di MACHANG, tolong beri penjelasan bagaimana untuk membuat penukaran sekolah?

  48. saya telah mendapat tawaran di smk kota kuala muda, tetapi saya ingin menukar ke smk khir johari. saya perlu daftar dulu di smk kota kuala muda lepas tu baru membuat permohonan penukaran sekolah kah?

    • Menurut PPD dan pengetua sekolah yang telah saya temui (saya menghadapi masalah yang sama juga), murid mesti mendaftar dahulu di sekolah yang telah ditawarkan, baru boleh memohon pertukaran sekolah. Saudara/saudari dinasihati agar mendapatkan borang dengan segera sebaik sahaja menyiapkan prosedur pendaftaran. Cuba jumpa dengan pengetua sekolah yang diingini dan mendapat sokongon beliau. Nescaya proses pertukaran akan dipercepat lagi. Semoga sepatah dua kata ini membantu.

    • Saya telah mendapat tawaran di smk che tom,tetapi saya ingin menukar ke khir johari kerana smk che tom tiada prinsip perakaunan.Oleh itu,saya ingin menukar ke khir johari.

  49. saya dimaklumkan sekiranya saya ingin bertukar sekolah dan jurusan saya tetap perlu untuk mendaftar atau lapor diri ke sekolah yang dtawarkan pada hari yang ditetapkan dahulu kemudian baru membuat permohonan untuk berpindah..

    • Oleh kerana keputusan rayuan yang lewat, calon dinasihatkan lapor diri dahulu pada 8 Mei 2012 dan mula belajar walaupun dalam jurusan yang tidak diingini. Rayuan pelbagai bentuk boleh dibuat kemudian.

    • terima kasih..dan saya ingin tahu bagaimana dan apa yang harus dibuat setelah saya lapor diri di sekolah yang dtetapkan..dengan siapakah yang harus saya berurusan?

  50. Tapi saya tanya dekat JPN negeri, dan diberitahu saya perlu tunggu dua minggu. Macam mane ehh?

    • Baca semula di atas. JPN hanya boleh mula ambil tindakan selepas 8 Mei 2012.

  51. Minta maaf, permohonan penukaran sekolah ini harus dilakukan sebelum pendaftaran atau semasa pendaftaran?

    • Lakukan dengan segera. Sedia maklum bahawa kekosongan tempat bagi sekolah pilihan ramai adalah terhad. Mekanisme pilihan biasanya berdasarkan ‘siapa cepat, dia dapat’. Pastikan dahulu terdapat kekosongan tempat bagi jurusan yang saudara pilih.

    • UPDATE: Oleh kerana keputusan rayuan akan keluar agak lewat, calon yang momohon pertukaran sekolah dinasihatkan mendaftar dan belajar di sekolah yang ditawarkan dahulu. Ini adalah supaya calon tidak kehilangan tempat belajar apabila pemohonannya tidak berjaya.

  52. Saya ditawarkan mengikuti pengajian tingkatan 6 di smk tuanku muhammad k pilah n sembilan…masalah yang saya hadapi ialah sewaktu saya belajar di smk datuk undang abdul manap saya menetap di asrama anak-anak yatim (rumah kasih ulu inas) dan mereka menyediakan asrama. sekiranya saya ingin melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 saya sudah semestinya tidak mempunyai tempat tinggal, malahan saya juga tiada saudara-mara yang menetap di n. sembilan..saya tinggal di sungai buloh 47000 selangor darul ehsan..kesimpulannya saya mengharapkan sekolah yang ditawarkan adalah yang berdekatan dengan tempat tinggal saya kecuali saya ditawarkan ke sekolah yang menyediakan asrama atau tempat tinggal..sekian..

    • @saudari nor fara ain,
      Semasa saudari buat permohonan tukar sekolah, sertakan satu surat terperinci yang menyatakan kekangan yang dihadapi saudari. Dapatkan surat sokongan dari ADUN juga. Yang paling penting ialah pilih sekolah yang mempunyai kekosongan tempat bagi pakej yang saudari pilih.

  53. permohonan untuk pertukaran sekolah…
    sekolah yang telah ditawarkan adalah sek.men.keb.hamzah 1 machang.kelantan…ingin memohon pertukaran sekolah ke sek.men.keb.sri aman.pasir puteh.kelantan…

  54. Telah ditawarkan tingkatan 6 Bawah tahun 2012 di SMKA Sultan Azlan Shah, Bota aliran Agama. Ingin menukar bidang ke aliran Kemanusiaan dan bertukar sekolah ke sekolah asal semula di SMK Seri Perak, Teluk Intan. Apa yang harus di lakukan.

    • saya ingin memohon pertukaran sekolah tingkatan 6 bawah.. saya dapat sekolah menengah durian mas tapi saya ingin bertukar ke sekolah menengah intan zaharah kat dungun.. 8/5 ni saya dah kena daftar.. sekolah menengah durian mas tu bermasalah sikit.. sosial sangat sebab tu saya nak bertukar ke smk intan zaharah dungun lagi pun senang untuk pulang ,,saudara mara ramai kat dungun.. durian mas tak ada….. :(((

    • Saya telah mendapat tawaran di SEKOLAH NAIM LILBANAT, KOTA BHARU dalam jurusan agama, tetapi saya hendak menukar sekolah ke SEKOLAH SULTAN IBRAHIM DUA, PASIR MAS dalam jurusan kemanusiaan ,apa yang harus saya lakukan?

Please share to benefit others by clicking the share buttons bar (top or bottom)

Leave a Reply to tyah hilmi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *