Program penajaan JPA dan KPM 2012 bagi Lulusan SPM 2011

Program Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2012 bagi Pelajar Lepasan SPM 2011

(i)   Program Biasiswa Nasional (PBN)

  • ditawarkan kepada 50 orang pelajar paling cemerlang (mengikut merit akademik) lepasan SPM 2011
  • ditawarkan biasiswa dari peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama ke Universiti terkemuka di dunia.

(ii)   Bursary

  • merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh KPM untuk mengikuti pengajian di peringkat pra-universiti (peringkat persediaan), iaitu
    (i)    Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
    (ii)   Matrikulasi
    (iii)   Program Persediaan Asasi
    (iv)  International Baccalaurate (IB) atau A-Level
  • semua pelajar cemerlang yang mendapat 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary secara AUTOMATIK oleh KPM tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latarbelakang. Bilangannya adalah seperti berikut :bilangan mendapat 9A+ : 1,020 orang
    bilangan mendapat 10A+ : 492 orang
    bilangan mendapat 11A+ : 90 orang
    bilangan mendapat 12 A+ : 7 orangPelajar tersebut perlu layari laman www.moe.gov.my untuk membuat semakan dan pengemaskinian profil pelajar program bursary mulai 16 April, 2012

(iii)  Program Khas ke Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

  • Adalah program penajaan kepada 300 pelajar untuk mengikuti bidang kejuruteraan ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program bahasa (syarat kelayakan masuk ke IPT di negara berkenaan menekankan kemahiran bahasa masing-masing) sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah pertama di negara berkenaan.
  • Pelajar perlu membuat permohonan secara online melalui laman web JPA

(iv)  Program Ijazah Luar Negara (PILN) – mulai tahun 2014

  • Program ini terbuka kepada pelajar cemerlang lepasan program persediaan (di antaranya STPM, A-Level, IB) yang TIDAK ditaja di bawah Bursary. Pelajar perlu mengemukakan permohonan secara online melalui laman JPA

(v)   Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

  • Penajaan oleh JPA kepada 10,300 orang pelajar lepasan mana-mana program persediaan untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam program yang telah diiktiraf di Institusi Pengajian Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tempatan. Kriteria penajaan adalah seperti berikut:

 (a)  nencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.5 dan setara di peringkat persediaan; dan

 (b)  telah mendapat tawaran dalam program yang telah diiktiraf di Institusi Pengajian Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) berikut:

  • Semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) [kecuali Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)];
  • IPTS yang bertaraf GLC iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Multimedia (MMU);  Kampus-kampus cawangan universiti luar negara di Malaysia iaitu University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology, Curtin University of Technology dan Newcastle University Medicine (NUMed) Malaysia;
  • IPTS-IPTS lain seperti AIMST University, UniKL-Royal College of Medicine Perak, University College Sedaya International, Cyberjaya University College of Medical Sciences, International Medical University dan Universiti Perdana; dan
  • IPT lain yang dipersetujui oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Lihat Senarai berikut.

 

Maklumat lanjut klik di sini.

Comments: 2

  1. the PILN is the program for rancangan khas ke jepun,korea,perancis n jerman?? it’s for engineering rite?? for others??

  2. what website for program khas ke jepun,korea,perancis dan jerman?i do not found any website of this programme..

Please share to benefit others by clicking the share buttons bar (top or bottom)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *