Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2013

Permohonan Kemasukan Ke MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) Tingkatan 1 Tahun 2013 di Semenanjung Malaysia

.e-Semakan kesmasukan 2013

.
Permohanan Kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2014 Klik di Sini.

Tempoh permohonan (untuk kemasukan pada tahun 2013) :  19 November 2012 sehingga 4 Disember 2012.

Permohonan di atas adalah terbuka kepada pelajar tahun 6 yang telah selesai menduduki peperiksaan UPSR tahun 2012 dan memenuhi syarat kelayakan untuk pemohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 1 tahun 2013. Mulai tahun 2012, pelajar yang memohon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) tingkatan satu dan juga menghadiri temu duga.

Teras utama sistem pendidikan MRSM merangkumi pembangunan kurikulum, pembangunan kokurikulum, pembangunan pelajar dan perkhidmatan pendidikan. Sistem pendidikan ini menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah terpuji, cergas fizikal dan berbudaya usahawan.

Terdapat empat program utama yang dilaksanakan di MRSM.  Program-program tersebut adalah seperti berikut:

i. MRSM Program Akademik Biasa
Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)

ii. MRSM Program Ulul Albab
Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Program Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.

iii. MRSM Program IGCSE
Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

iv. MRSM Program Ulul Albab dan IGCSE
Program yang dilaksanakan ini menggabungkan program Ulul Albab dan program IGCSE.

4 Program MRSM 2013
_____________Jadual 1 (Klik untuk besarkan jadual)

***Kini Ibu Bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan sekolah anaknya secara online***

*Tarikh Bayaran Gaji Bulanan Kakitangan Kerajaan 2013, 2012*

*Hari Kelepasan Am/Cuti Umum 2013*
.
*Takwim Peperiksaan Awam Tahun 2013*

. 

A    Syarat Kelayakan permohonan ke MRSM

  • Pemohon mesti Warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa adalah Warganegara Malaysia.
  • Pelajar Bumiputera tahun 6 di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera di tahun 6 2012 yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
  • Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan UPSR tahun 2012 dengan mendapat minimum 5A.
  • Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh antara 10 hingga 13 Disember 2012 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia.
  • Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang berikut :
    i. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan/permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
    ii. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman dan luar bandar.

 

B    Permohonan secara Online

  • Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan kata laluan (nombor pin).
  • Kata Laluan boleh diperolehi dari semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Semua Maktab Rendah Sains MARA pada waktu pejabat mulai 19 November 2012. Yang berikut diperlukan semasa mendapatkan kata laluan  :      i)  salinan surat beranak pemohon     ii)  salinan keputusan Peperiksaan UPSR 2012 yang telah disahkan benar    Kata Laluan adalah percuma.
  • Kemudian layari laman ini :    Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2013   untuk mengisi maklumat secara online.
Permohonan ke Ting 1 MRSM 2013
.
  • Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program (Jadual 1) sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang untuk menduduki ujian dan temu duga.
  • Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  • Pemohon juga perlu mencetak borang permohonan online yang telah lengkap diisi dan menghantarnya bersama-sama dokumen-dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah selewat-lewatnya pada 10 Disember 2012.
    • (Permohonan Ke Tingkatan 1)
      Pengarah, 
      Bahagian Pendidikan Menengah,
      Tingkat 19,  Ibu Pejabat MARA,
      21, Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.


C    Tarikh Tutup

  • Tarikh akhir permohonan secara online adalah pada 4 Disember 2012.
    Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 10 Disember 2012. 
  • Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan ke MRSM IGCSE dan Ulul Albab SAHAJA pada 8 Januari 2013.  Keputusan Kemasukan Ke MRSM BIASA akan dikeluarkan pada awal bulan Februari 2013.
  • Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013 maka permohonannya dianggap tidak berjaya.


D    Pertanyaan

  • Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.


E    Maklumat Tambahan

  • Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  • Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  • Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
  • Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.
.

 

 

Comments: 51

  1. Slm,dukacita ank sya d maklumkan tak berjaya ke mrsm dan sbp,walaupun telah buat rayuan,sedangkan bersekolah d sek luar bandar dan sek kurang murid, yang sepatutnya d beri keutamaan,.logiknya kes sebegini sukar berlaku.pada mulanya pemohonan ke sbp d buat oleh guru.malangnya apabila semakan keputusan d buat,anak saya gagal kerana maklumat murid tidak lengkap,jadi pemohonan d tolak,………………………………………

  2. salam.
    saya mahu buat rayuan untuk kemasukan ke mrsm ULUL albab
    malangnya, perkataan KLIK SINI seperti yang tertera di laman web tiada untuk pautan saya membuat permohonan rayuan.
    terima kasih.

  3. 5Aupsr
    ketua pengawas
    tokoh murid
    tokoh kokurikulum
    tokoh maulidur rasul
    tokoh nilam
    olahragawati sekolah
    pengerusi puteri islam
    aktif mewakili sekolah dlm plbgai aktiviti….
    namun sgt SEDIH&KECEWA anak saya tidak d twrkn ke sbp & mrsm… dimna silapnya…rkn yg x aktif senang pula dpt…..?
    saya & suami bkn ada bhutang ngan mara pun……….

  4. sy ingin tahu sama ada anak sy berjaya mendapat tempat di mana mana mrsm atau tidak. Bila sy boleh semak kemasukan?
    TQ.
    Aman
    Puchong, Selangor.
    018-277-6167

    -> 4 Feb 2013 Semak keputusan MRSM T1

  5. assalamualaikum,bila keputusan rayuan ke mrsm ulul albab keluar? saya amat berminat dengan program ulul albab..saya dah berusaha bersungguh 2 semasa temuduga dan
    saya berharap saya adalah salah seorang calon rayuan yang diterima belajar di sekolah yang saya impikan.amin…………..jika kita sempurnakan satu hajat seseorang allah akn sempurnakn 10 hajat kita.inshallah,”jazakallahukhairankasira”.

  6. salam, boleh tahu untuk program biasa sudah diumumkan ke belum, semakan dalam portal asyik off line je…tq byk

  7. Anak saya tiada rezeki untuk intake 1 mrsm ulul albab gemencheh. Dah buat rayuan on line dan hantar surat ke pejabat MARA. Harap ada rezeki kerana anak saya sgt berminat utk ikuti pengajian di situ. Abgnya dulu dpt intake 2, tapi kami lbt dpt info. Namun, kerana memang rezekinya Allah nak ber, Alhamdulillah, kini dia sdg ikuti program dgn baik, sama ada akademik atau hafazan. Adiknya juga minat hafazan dan cepat hafal. Moga MARA dpt mempertimbang permohonan utk anak saya. Insya-Allah, mrsm ua Gemencheh akan dapat peljr yg sgt komited kpd program hafazan, akademik dan aktiviti luar kelas. Itu juga harapan saya sebgi ibunya utk melihat cita-cita anak saya tercapai.

  8. anak sy dpat 5a upsr 2012..sy dah mohon mrsm ulul albab gemenceh tapi kputusan x memehak pada kami, sy dah buat rayuan…harap2 bjaya kali ni…dia nk sgt masuk mrsm ulul albab tu …sy nk tya ada x pruntukkan utk anak yatim luar bandar mcam anak sy ….

  9. Bagaiamana cara rayuan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 tahun 2013?saya telah berkunjung ke pejabat MARA di medan Mara dan tiada jawapan diperolehi.Saya tidak sempat mendaftar secara online setelah cuba beberapa kali dan hari.Anak saya mendapat keputusan 5A UPSr bg tahun 2012.Terima kasih

  10. Anak saya mendapat 4A 1 B dlam UPSR pada tahun 2012.Bagaimana caranya untuk memohon kemasukan ke MRSM sedangkan dari December kami cuba mendaftar secara online tapi tak berjaya.Tidak kah ada cara lain untuk membantu anak -anak peniaga seperti kami yang ingin belajar di tempat yang lebih baik?

  11. harapan sy sbg seorang kakak,mengharapkan adik sy yg tertera nama di atas dpt msuk mrsm pd 2013

  12. KENAPA JAWAPAN MASUK KE MRSM LAMBAT DI KELUARKAN?TOLONGLAH KASIHANI KEPADA KAMI YANG KURANG BERKEMAMPUAN INI.

  13. salam,

    anak saya mohon sek. sains, tapi tidak berjaya, beliau juga mohon mrsm dan telah melakukan ujian di mrsm, adakah anak saya berpeluang untuk ditawarkan ke mrsm

  14. Sementara nk tggu kputusan kmsukan ke MRSM, kna la msuk skolah lain dulu. Kna byar mcm2 brg kperluan kt skolah tu dulu. Andaikata tak dtrima msuk MRSM takpe la, bleh trus brskolah kt situ. Tp andaikata ada rezki ke MRSM, trpksa la mk bapak mgeluarkn wang lg utk kperluan ke MRSM plak. Bg yg mampu takde masalah, bgmna mk bapak yg ada ank rmai (4org skolah) trpksa la meminjam utk capaikn cita2 ank utk ke MRSM..
    Ada masalah ke pada MRSM klu keputusan kmsukn ke MRSM kluar cpt? Kna pkai org dlm jgk ke bru mk bapak bru bleh tido nyenyak?

    • Entahlah kenapa pihak atasan tidak mengarahkan pengumuman keputusan kmsuk ke mrsm diawalkan. Apa yang dibuat oleh kebanyakan ibu bapa ialah tidak membayar yuran tidak wajib dan tidak membeli keprluan asas di sek biasa sehingga keputusan mrsm diketahui

  15. Salam

    Saya difahamkan oleh pegawai MARA bahawa pihak kementerian akan membuat pilihan dan menawarkan tempat ke SBP dahulu. Hanya yang tidak berjaya akan melalui proses pemilihan MRSM. Saya gembira dan kecewa. Syukur kerana anak saya ditawarkan SBP tetapi kecewa kerana anak saya tak dipertimbangkan untuk MRSM Ulul Albab.

    Persoalannya, ramai ibu bapa, termasuk saya yang inginkan anak mereka ke MRSM – samada IGCSE, Ulu Albab mahupun yang biasa. Tentunya mereka semua akan memohon SBP melainkan teramat yakin akan mendapat MRSM.

    Saya cadangkan pertimbangan sama diberi untuk semua murid dengan pilihan ke SPB atau MRSM yang sama rata. Pihak MARA perlu melobi untuk perkara ini kerana MRSM memberi alternatif yang berbeza.

    p.s. dulu saya belajar di MRSM juga.

  16. Saya berharap MARA akan memilih calon pelajar tingkatan 1 MRSM bagi sesi 2013 mengikut standard yang diamalkan……tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihat yg tidak berkaitan…..Sebagai calon dan juga ibu bapa harus faham semua syarat dan kriteria pemilihan….Saya percaya MARA telahpun menjalankan TUGASNYA dengan baik…..

  17. saya rasa elok jika pihak MARA sepatutnya keluarkan keputusan penempatan ke MRSM tu awal, supaya tiada bertindan pembayaran belian buku di mana-mana sekolah. Offernya lambat sangat keluar, Terpaksa beli buku di sekolah lain dahulu, lepas tu kena bayar macam-macam lagi kalau dpt kat MRSM.

  18. anak saya mendapat 4A1B. Saya berpijak di bumi nyata. Maaf, sekiranya komen saya ini mengguris hati sesetengah pihak. calon mendapat 5A amat ramai, jadi kalau mendapat 4A1B, secara logiknya anda tidak layak memohon ke mrsm. saya pernah memberitahu seorang parent, setahu saya mana2 sekolah yang memang memerlukan 5A, tak perlula appeal, tapi dia nak cuba jugak. at last, kena gelakkan kat kerani. adalah tidak adil sekiranya anda semua menggunakan kabel untuk kemasukan ke sekolah yang mempunyai standard yang tinggi. itu telah menidakkan orang yang sepatutnya masuk ke mrsm.

    • Setuju. Tetapi tabiat manusia sentiasa meletakkan kepentingan berlebihan pada diri dan darah daging sendiri.

  19. Tuan/Puan,
    Anak saya menduduki PMR di Sekolah Menengah Islam Swasta. Apakah boleh mendaftar untuk SBP bagi pelajar dari sekolah swasta. Bagaimana nak dapat nombor PIN?

    Terima kasih

  20. Anak saya dapat 4A, 1B dalam UPSR, B nya ialah Math. Boleh ke buat permohonan ke MRSM bagi program Ulul Albab?

    • Semua 4A boleh memohon, soalnya sama ada boleh berjaya dapat kata laluan atau tidak. (rujuk komen Rohayah)

  21. saya dah isi borang online . tetapi sewaktu cetak hanya sehelai borang yang keluar iaitu borang maklumat ibubapa. cuba isi semula borang tapi tak boleh masuk lagi. apa kesilapan saya. apa yang harus saya lakukan saya amat hargai bantuan tuan.

  22. saya telah pergi ke pejabat mara kuala terengganu tetapi masalah anak saya mendapat 4a 1b dalam upsr, maka pegawai yang bertugas kata wajib mendapat 5a sahaja. tetapi pada 22hb 11.2012 kawan kepada anak saya dapat pulak no. pin bagi kemasukan ke mrsm sedangkan dia mendapat 4a 1b macamana anak tak dapat, jadi saya tidak berpuashati kerana terdapat ketidakan adilan berlaku disini, samada kesilapan staff di pejabat mara tersebut atau macamana, kerana bapa kepada kawan anak saya bagitahu pada 22hb.11.2012 ramai ibu bapa yang pergi ke pejabat mara trg. yang anaknya mendapat 4a 1b, yang dapat no. pin tersebut. saya rasa sedih dengan kejadian ini dimanakah keadilan yang sepatutnya. sekian terima kasih. daripada ibu terkilan.

  23. ASSALAMUALAIKUM..
    SYA NK TANYA, BRP HELAI MUKASURAT SBNRNYA YG PERLU DI PRINT?

    SYA DH PRINT 2 PAGES, TP BILA SUBMIT KAT MARA, MEREKA BGTAU ADA 3 PAGES LG.

    MCMNER YER, TERIMAKASIH/

  24. jika anak tidak mendapat mrsm cawangan pilihan 1 yang mana programnya adalah IGCSE, bolehkah dia memohan utk dimasukkan ke mrsm yang bukan pilihan ke 2 atau ke-3. kerana semasa menbuat permohonan online, pilihan ke-2 and ke-3 hanya MRSM yg ada IGCSE yang ada pilihan, sedangkan MRSM yang diminatinya mempunyai program biasa.

  25. permohonan secara on line telah dibuat…apakah dokumen2 yg perlu dihantar bersama …ke alamat ibu pejabat MARA? …tq

  26. how to apply for the mrsm enrolment 2013? please let me know as soon as posibble…tq

    • Salam Tuan,
      Anak saya berminat sangat nak masuk ke tingkatan 1 di MRSM, tapi keputusan UPSR anak saya 4A 1B. Anak saya sudah pun membuat semakan semula UPSR, tapi keputusan semakan dijangka keluar pada bulan Februari 2013. Seandainya kepusan anak saya nanti dapat 5A, macammana saya hendak memohon. Saya berharap dapatlah pihak Tuan memberi pandangan dan nasihat terhadap kes anak saya ini.
      Sekian dimaklumkan dan terima kasih.

    • Yang 5A ramai, kalau hanya dpt 4A. Maths & Sains wajib A. faktor2 lain perlu kuat.
      Puan boleh mohon dahulu dan apabila keputusan pemohonan diumumkan sekitar Feb, akan ada (mengikut tahun-tahun lepas) tempoh rayuan untuk ambilan kali ke-2 2013. Sertakan keputusan 5A masa tu.

  27. saya cuba cal bangunana mara untuk dapatkan laluan untuk memohon melalui intenet tp phone nya x berangkat. Knpa.. Susah sgt… Bg je lah kata laluan dlm intenet ni.. Kan senang x payah kami nak cal mara banyak kali

  28. Assalamualaikum,

    Anak saya berminat untuk memasuki MRSM. boleh tak bantu? adakah permohonan masih dibuka? sila bantu!

    Terima kasih.

    Azy Mohamad Nor

  29. Saya mendapat keputusan 5A dalam UPSR tahun lepas adakah saya boleh memohon untuk memasuki MRSM??

  30. Assalamualaikum Tuan,

    Bagaimana proses untuk memasuki MRSM sekarang, baru – baru ini saya mendapat keputusan 5A dalam keputusan UPSR. Saya amat berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi penerangan selanjutnya.

    Sekian. Terima Kasih.

    • Adik2 yg berminat masuk MRSM,adik kena ada number pin untuk akses ke borang online.Number pin adik boleh pergi pejabat MARA or pergi ke MRSM.Bawa salinan surat beranak dan salinan slip UPSR yg disahkan.Lepas ada number pin,baru adik boleh isi borang online.

Please share to benefit others by clicking the share buttons bar (top or bottom)

Comments are closed.