Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2014, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Klik di sini untuk maklumat Permohonan MRSM Ting. 1 2015.

MRSM Tingkatan 1 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak Tahun 2014

Semakan Permohonan ke Tingkatan 1 MRSM 2014 Ambilan ke-2 :  26 Feb 2014 *(Tarikh pendaftaran : 5 Mac 2014)

Semakan dan Rayuan Permohonan ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2014 :  15 Jan 2014

(Semakan ditutup dari 17 Jan 2014, 6.00 ptg hingga  19 Jan 2014, 6.30 ptg untuk kerja-kerja penyelenggaraan.)

Tarikh Pendaftaran murid Ting. 1 :  3 Februari 2014

Tempoh permohonan :  14 November sehingga 27 November 2013.

Permohonan Asrama A1M Murid Tingkatan 1 Sesi 2014

Makluman Penjadualan Semula UKKM & TEMU DUGA MRSM Tingkatan 1 2014, Calon Terlibat dengan Banjir

Permohonan di atas adalah terbuka kepada pelajar tahun 6 yang telah menduduki peperiksaan UPSR tahun 2013 dan memenuhi syarat kelayakan untuk pemohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 1 tahun 2014. Mulai tahun 2014, pelajar yang memohon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) tingkatan satu dan juga menghadiri temu duga.

Teras utama sistem pendidikan MRSM merangkumi pembangunan kurikulum, pembangunan kokurikulum, pembangunan pelajar dan perkhidmatan pendidikan. Sistem pendidikan ini menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah terpuji, cergas fizikal dan berbudaya usahawan.

Terdapat tiga program utama yang ditawarkan di MRSM.  Program-program tersebut adalah :

i. MRSM Program Biasa
Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)

ii. MRSM Program Ulul Albab
Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Program Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.

iii. MRSM Program Dwisijil SPM IGCSE
Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

3 Program MRSM 2014
_____________Jadual 1 (Klik untuk besarkan jadual)

***Kini Ibu Bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan sekolah anaknya secara online***

*Tarikh Bayaran Gaji Bulanan Kakitangan Kerajaan*

*Hari Kelepasan Am/Cuti Umum 2014*
.
*Takwim Persekolahan Tahun 2014

*Takwim Peperiksaan Awam Tahun 2014*

. 

A    Syarat Kelayakan permohonan ke MRSM

  • Pemohon mesti Warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa adalah Warganegara Malaysia.
  • Pelajar Bumiputera tahun 6 dan pelajar bukan Bumiputera di tahun 6 2013 yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
  • Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan UPSR tahun 2013 dengan mendapat minimum 5A.
  • Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh antara 9 hingga 12 Disember 2013 yang akan diadakan di semua cawangan MRSM. Sila rujuk pengumuman terkini di bawah.
  • Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang berikut :
    i. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan/permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
    ii. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman dan luar bandar.

 

B    Permohonan secara Online

  • Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan kata laluan (nombor pin).
  • Kata Laluan boleh diperolehi dari semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Semua Maktab Rendah Sains MARA pada waktu pejabat mulai  14 November 2013. Yang berikut diperlukan semasa mendapatkan kata laluan  :      i)  salinan surat beranak pemohon     ii)  salinan keputusan Peperiksaan UPSR 2013 yang telah disahkan benar    Kata Laluan adalah percuma.
  • Kemudian layari laman ini :    Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2014   untuk mengisi maklumat secara online..
  • Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program (Jadual 1) sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang untuk menduduki ujian dan temu duga.
  • Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  • Pemohon juga perlu mencetak borang permohonan online yang telah lengkap diisi dan menghantarnya bersama-sama dokumen-dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah selewat-lewatnya pada 4 Disember 2013.
    • (Permohonan Ke Tingkatan 1)
      Pengarah, 
      Bahagian Pendidikan Menengah,
      Tingkat 19,  Ibu Pejabat MARA,
      21, Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.


C    Tarikh Tutup

  • Tarikh akhir permohonan secara online adalah pada 27 Nov 2013.
    Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 4 Disember 2013. 
  • Keputusan Kemasukan Ke MRSM BIASA dijangka dikeluarkan pada awal bulan Februari 2014.
  • Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2014 maka permohonannya dianggap tidak berjaya.


D    Pertanyaan

  • Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.


E    Maklumat Tambahan

  • Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  • Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  • Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
  • Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.
.

RECENT  ARCHIVE

Hari Bertemu Pelanggan MARA bulan November 2013 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19 November 2013 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Ruang Legar, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,  KUALA LUMPUR.

 

Pengumuman Terkini  – Pusat Ujian Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 Tahun 2014 Semasa Berlakunya Banjir : 

Makluman Pusat ujian dan Temuduga

Jadual 1 – Pusat Ujian, Cadangan Pusat Ujian dan Pilihan Tarikh Temuduga/Ujian (9 Dis – 12 Dis 2013)

Semakan dan Rayuan Permohonan ke SBP Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2014

 http://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF1.jsp     2014

 

Comments: 93

  1. Anak saya Nik Ainin Nabila Bt Nik Azim merupakan pelajar di Sek Kebangsaan Semerah Padi, Kuching Sarawak. Beliau tidak memohon sekolah berasrama penuh kerajaan. Beliau mendapat 5A dalam UPSR 2013 dan berharap dapat menduduki MRSM Kuching.

    Semoga hajat beliau mendapat perhatian pihak pengurusan BPM MARA. Saya juga merupakan bekas pelajar MRSM KB sessi 1979-1983. Saya bangga dgn pendidikan MRSM dan berharap anak saya juga mendapat pendidikan yang sama

    Terima kasih

  2. Assalamualaikum, anak saya Muhammad Haziq Nazmi Bin Mohd Salme mendapat 4A 1B UPSR 2013. Alhamdulillah dan saya bersyukur anak saya memperolehi pencapaian ini. Dengan keputusan ini, nampaknya impian saya agar Muhammad Haziq Nazmi untuk mengikuti jejak langkah abangnya yang sekarang ini belajar di MRSM Alor Gajah tidak kesampaian. Saya amat berharap anak saya dapat belajar di MRSM. Untuk makluman, anak saya yang belajar di MRSM Alor Gajah dari Ting 1 sehingga kini Tingkatan 4 iaitu Muhammad Nazri Bin Mohd Salme, No. Maktab: MGxxxxxx , keputusan peperiksaannya sentiasa cemerlang dan sentiasa mendapat sijil penganugerahan Pengetua. Oleh yang yang demikian, saya selalu berharap anak saya dapat bersama-sama belajar dengan abangnya. Semoga impian saya dan anak saya dapat perhatian dan keperihatinan dari pihak pengurusan MARA. Sekian, Terima Kasih.

    • Assalamualaikum,

      Anak saya juga telah mendapat 4A 1B dalam peperiksaan upsr 2013dan telah pun apply utk MRSM.

      Temuduga mrsm nya pada 09 Dec 2013.

  3. Anak saya Syafiqah Binti Salihan merupakan pelajar di Sek Kebangsaan Ulu Tiram Johor Bahru. Beliau mendapat 4A 1B dalam UPSR 2013 dan berharap dapat menduduki MRSM Muar.Anak saya juga bergiat aktif sebagai Penolong Ketua Pengawas, Pengerusi Kelab Rukun Negara,Bendahari Rumah Sukan dan AJK Kelab Ping Pong,selain itu anak saya juga pernah memasuki aktiviti seperti Choral Speaking,Kalam Jama’l dan Nasyid Wakil Sekolah,Olahraga Wakil Rumah Sukan dan Perkhemahah Unit Beruniform.

    Semoga hajat beliau mendapat perhatian pihak pengurusan BPM MARA. Saya banyak mendengar pendidikan di MRSM sangat bagus & bangga semoga pendidikan di MRSM dapat membantu beliau utk mencapai cita-citanya.Aminnn

  4. Anak sulung saya mendapat 5 A dlm upsr 2013. Tetapi tidak ada memohon sekolah menengah sains. Adakah saya boleh memohon sekarang atau adakah saya perlu buat rayuan untuk melayakkan anak saya mendapat tempat di sekolah menengah sains. Harap dapat minta pendapat dan bantuan.

    • Saya akan menghadapi temuduga pada esok hari. Adakah saya perlu memakai pakaian sekolah saya yang lama atau pakaian sekolah sekolah menengah?

  5. Anak saya Muhamad Arief Haikal Bin Rosli bakal mengambil ujian kecenderungan kemasukan MRSM pd 9 Disember ni, saya ingin tahu pakaian seragam sekolah yg perlu dipakai samaada seragam sekolah rendah atau menengah.

  6. anak saya Nur Atielya Sabrina bte Ahmad Yushree K/P No. 011011-06-0484 akan ditemuduga pada Isnin 9 Dis 2013 di MRSM Muazam Shah, memandangkan keadaan jalan yang menghubungkan kuantan ke muadzam telah diutup dan jln rompin banyak dinaiki air saya memohon jasa baik pihak MRSM dapat mempertimbangkan permohonan saya ini agar dapatlah kiranya menetapkan tarikh atau tempat yang lain bagi anak saya menjalani interview/peperiksaan bagi permohonan kemasukan ke MRSM dapat dijalankan.

    @
    masalah banjir telah diuruskan. sila rujuk makluman di atas

    • Nama saya Syazveen aqilia.Saya merupakan pemohon MRSM.Bolehkah saya tahu tarikh semakannya bagi tingkatan 1 2014.Dan mengapa keputusannya ditangguhkan?

  7. anak saya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2013 dan telah memohon untuk belajar di MRSM. Masalah saya ialah bagaimana cara untuk saya membuat rayuan untuk menukar program yang dipilih daripada akademi biasa kepada program Khas ULUL ALBAB

  8. Assalamualaikum, nama saya Muhammad Al Amin Bin Abd Rahim dari SK Pt Raja, Batu Pahat.ALHAMDULILLAH…saya telah mendapat keputusan 5A dalam UPSR tahun ini. Saya akan menjalani temuduga untuk kemasukan ke MRSM Ulul Albab Gemencheh,Negeri Sembilan pada hari esok. Saya amat berharap untuk memasuki MRSM aliran tahfiz. Semenjak darjah empat saya telah memasuki pertandingan hafazan di sekolah agama bagi mewakili sekolah.

  9. Assalamualaikum, ank saya Qanish Haikal telah berjya memperolehi 5A didlm upsr baru2 ini.Dia tlhpn mendduki ujian kecenderungan mrsm d mrsm pontian.pd hri dia mendduki ujian berkenaan, keputusan permohonan k sek men sains jga kluar dan dia ditawarkan k sm sains Sembrong. Walau bagaimanapun dia menolak twaran tersebut dan sangat berharap untuk ditawarkan k mrsm pontian.adakah ank saya masih punya peluang utk d tawarkan k mrsm setelah menolak j tawaran sbp kementerian penddikan?

    @
    persoalan yang timbul sila hubungi talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.

    • Ketika Hari Bertemu Pelanggan MARA bulan Nov 2013, saya mengemukakan persoalan yg sama di mana jika anak saya mendapat tawaran SBP tetapi ditolak, adakah peluang utk mendapat tawaran ke MRSM masih terbuka.

      Nasihat pihak MARA, MRSM tidak ditawarkan kpd pelajar yg mendapat SBP kerana system MARA linked dgn SBP, w/pun tawaran SBP ditolak.

      Sila hubungi pihak MARA utk kepastian.

    • Sekiranya anak tuan/puan telah ditawarkan ke SBP Sembrong, terimalah tawaran tersebut. Pihak Mara telah menjelaskan bahawa sekiranya seseorang pelajar yang telah ditawarkan ke SBP, maka pelajar berkenaan tidak akan ditawarkan ke MRSM. Sekian, harap maklum.

  10. Salam anak saya dpt twran ke sbpi gombak. Telah menduduki ua menceh pd 10/12/13 dan mendapat ucapan tahniah sbb berjaya menghafaz surah yg diberikan. Persoalannya kenapa, dia tidak diberikan peluang ke mrsm ua kerana syarat kementerian, walhal dia berhak memilih sistem pendidikan yang terbaik untuk menjadikan beliau bakal seorang hafiz. Cuma di ua sahaja ada hafazan dan tiada di sbpi gombak. Harap pihak yang berwajib tidak terlepas pandang masalah sebegini..

  11. saya berminat belajar di mrsm, ummi dan abah selalu bercerita mrsm bagus .bila saya pergi temuduga dan tengok tempatnya dikepala batas, hati saya meletakka di sinilah destinasi mencari ilmu saya yg terbaik. saya risau saya hanya dapat 4A 1B layakkah saya. saya berdoa supaya saya dp5 ke sana. bapa saya pemegang biasiswa mara.

  12. Assalam,,

    Anak saya seperti dijangka telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2013. Saya telah memohon ke MRSM untuk anak saya dengan memilih program IGCSE dan telah menduduki ujian UKKM serta temuduga secara individu di MRSM Tumpat. Sebelum sesi temuduga, anak saya dan pemohon lain dikehendaki membaca beberapa surah daripada Al Quran. Saya telah dimaklumkan oleh seorang rakan yang juga seorang guru di salah sebuah MRSM bahawa MRSM IGCSE Tumpat turut menawarkan program MINI ULUL ALBAB. Pada hari ujian UKKM, sebelum sesi temuduga anak saya diberikan beberapa surah daripada Al Quran untuk dibaca di hadapan penemuduga. Kemudian anak saya ditemuduga oleh pegawai yang berkenaan dalam Bahasa Inggeris. Alhamdulillah anak saya telah berjaya membaca surah2 tersebut dengan baik serta sesi perbualan dalam Bahasa Inggeris berjalan lancar walaupun tidaklah terlalu bagus. Saya berharap sangat anak saya yang sangat aktif di sekolah dan di luar sekolah serta memegang jawatan2 utama diberi peluang untuk mencari ilmu di MRSM.

  13. Saya sudah beberapa kali menghubungi no telefon pejabat mara yang diberi di atas mengenai permasalahan yang sama tentang penolakan tawaran ke sbp dan berminat untuk memasuki ulul albab tetapi tiada jawapan/ telefon tidak diangkat. Harapan saya moga pelajar2 yang ditawarkan ke sbp turut ditawarkan ke mrsm agar mereka dapat membuat pilihan. Terima kasih.

  14. Saya telah menghubungi pihak MARA mengenai permasalahan anak saya yang telah menolak tawaran sbp dan berminat untuk memasuki ulul albab tetapi sehingga kini tiada jawapan kerana telefon tidak dijawab. Harapan saya pihak MARA dapat memberi penjelasan segera dan dapat mempertimbangkan pelajar2 yang telah menolak tawaran ke sbp.

  15. My daughter, Farah Nur Ailin Bt Adam Tan achieved 5A’s in her UPSR 2013 and was unsuccessful in her application to SBP. Anyhow, she has applied for and has attended the interview at MRSM Kepala Batas on 12th Dec 2013 for a place under Ulul Albab programe.
    I hope that she would be offered a place in MRSM as she is very active in her school co-coriculum activities (president of Puteri Islam, school prefect, etc) and was awarded “Tokoh Bestari 2013” by her school (SK Kuala Muda).
    It would indeed be a great privilege if she is offered a place in MRSM to further her studies as it an established fact that the level of education in MRSM is exemplary academically as well as spiritually. Insyallah, our prayers would be answered.
    Thank You
    Yours Faithfully
    Adam Tan Abdullah

  16. assalamualaikum! sy nk tya. kalau ank sy mohon program igcse, adakah berkemungkinan dia di tawarkan program lain? bilakah tarikh yang tepat untuk buat semakkan intake 2014

  17. Assalam,
    Sy ingin mngetahui bilakah trikh semakan kptusan ke Mrsm IGCSE.Sy dimklumkn pndaftaran kemasukan pd 13.1.2014 dan tarikh pndaftran tidak sma bg stiap program.

  18. Saye nk tanye berkenaan dgn sbp ..sye tidak memohon sbp ketika sebelum menjawab UPSR .. Alhamdulillah ,, sye dpt 5 A …dan minggu lpas ,, sye membuat rayuan untuk kemasukan ke sbp … sye telah print borang tersebut dan sye x tau nk hntr ke mane .. adkah sye perlu hantar borg tersebut ke skolah tersebut / pergi ke pejabat mara / bawa surat itu pada hri pendaftaran tersebuut ?? mohon penjelasan … dlm mase yg same sye memohon mrsm

  19. Assalamualaikum w.b.t
    Saya ibu kepada Ahmad Shahir bin Ahmad Shakri (angka Giliran : CB0171003 ) telah berjaya mendapat 5A alam UPSR 2013 baru-baru ini..alhamdulillah. Anak saya merupakan seorang cucu peneroka di Felda (LKTP) Mempaga Satu. Saya telah merasa hidup susah sebagai generasi kedua Felda ini. Oleh itu saya memohon agar anak saya diberikan tempat untuk menuntut ilmu di MRSM ini. Permohonan anak saya ke SBP telah gagal. Walaupun saya berpendapatan tinggi sebagai seorang guru namun saya amat berharap dan berdoa agar anak saya diberi peluang menuntut ilmu di MRSM untuk dia lebih cemerlang dan menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara kelak. Saya tidak mahu pengalaman sukar saya menuntut ilmu di sekolah harian biasa dulu berulang alik dengan bas setiap hari dan terpaksa berkorban masa dan tenaga seawal jam 6 pagi ke sekolah dan selewat-lewat jam 4 petang baru tiba di rumah kerana jarak sekolah menengah jauh di felda sebelah sana. Di Felda Mempaga ini belum ada sekolah menengah. Anak saya merupakan pelajar yang sangat aktif di sekolah, pengerusi Kelab Pencinta Alam , Pengerusi Kelab Bolasepak, Pengerusi Rumah Biru, Pengerusi Kelab Kompang,Naib Pengerusi Persatuan Sains, S/Usaha PBSM, Johan Nasyid Daerah, Naib Johan Hafazan Daerah, menyertai perkhemahan PBSM Negeri Pahang dan banyak lagi penglibatan beliau dalam kokurikulum. Beliau telah menghadiri temuduga di MRSM Kuala Krai pada 9 Disember 2013. Saya berdoa agar anak saya diterima..insya Allah…

  20. Assalamualaikum, anak saya Khairina Husna bt Khirul Amir mendapat 5A dlm UPSR dan telah menjalani ujiankecenderungan bagi MRSM biasa di Balik Pulau.D sek, dia memegang pelbagai jawatn spt Pengerusi Doktor Muda,Pengawas perpustakaan,Setiausaha Permainan Bola baling,Bendahari rumah sukan, AJK PBSM. Dia juga banyak mendapat anugerah bertanding spt mendapat naib Johan Public Speaking 2013 peringkat daerah ,mendapat beberapa anugerah rakan pembaca peringkat sekolah tahap nilam & jauhari, pernah mewakili sekolah utk bahasa bermadah & pertandingan bercerita. Kami sangat berharap dia dapat menuntut ilmu di mrsm kerana yakin mrsm memberikan pendidikan terpuji utk anak2 bumiputera dan melahirkan modal insan yg berjiwa glokal.mampu bersaing dan memanfaatkan ilmu utk generasi yang akan datang….Insyaallah..semoga Allah mempermudahkan berjaya mencapai cita-cita.

  21. Salam.. Saya nk tanya bilakah tarikh keputusan pengambilan pelajar mrsm tingkatan 4 2014? Cara semakan online? Terima kasih.

    @
    Jan 2014

  22. Salam..
    Anak saya Mohamad Haziq Izzuddin telah ditawarkan ke sbp sek men sains Mersing. Anak saya juga telah menghadiri ukkm di mrsm pontian. Anak saya telah menolak tawaran ke sbp. Mengikut maklumat yg diperolehi anak saya tidak akan ditawarkan ke mrsm walaupun ujian ukkm itu berjaya. Kemusykilan saya..sistem pendidikan di malaysia memberi kebenaran kepada ibubapa utk memilih yg terbaik untuk pendidikan anak-anak. Kenapa situasi macam ini boeh terjadi?… Bilakah kemasukan ke mrsm? Bolehkah ibubapa pelajar yg menolak tawaran ke sbp membuat rayuan ke mrsm?

  23. Assalamualaikum….saya nur izlyn shameer bt suzaimi…telah mendapat 5A Dlm UPSR…sye ade memohon mrsm akedemik biase…soalan sye….pada bilakah tarikh RESULT kluar…?sila reply…

    @
    Jan 2014

  24. salam, saya harap pihak mara tidak mendiskriminasikan cara pemilihan murid-murid yg memohon permohonan ke MRSM…seperti yg terjadi pada anak2 saya ..anak pertama yg mendapat 5A anak kedua pula 4A 1B malangnya permohonan anak-anak saya ke sekolah kluster ditolak begitu saja…kerana banyak yg memakai org dalam utk memasuki sekolah2 kluster . saya juga yakin pihak Mara yg memegang Amanah Rakyat ini pasti tidak termakan dgn pujukan dan helah manusia yg tidak hidup di alam realiti ini…saya hanya akan terus berdoa moga anak2 saya akan terus belajar dgn lebih rajin dan terus berusaha memohon kemasukan ke MRSM dgn cara yg sepatutnya…jika ada rezeki Allah pasti akan dikabulkan…insya Allah.

  25. assalam.nak bertanya,
    adakah keputusan utk aliran IGCSE akan diberitahu serentak dengan aliran BIASA dan aliran ULUL ALBAB.Bilakah
    keputusan akan di keluarkan….

    Terima kasih………….

  26. Hmm..bilalah keputusan kemasukan mrsm ni nak kuar…ikut tentatif 7hb jan…..adakah disebabkn banjir maka tergendala urusan..dan perlu ditunda..

  27. Bila la mara nak umumkan kemasukan form 1 2014 ni?? Dari sehari ke sehari..dari 3 hb Jan katanya tp sampai skrg bila call nk marah2 pulak bila tanya…katanya belum lagi tggu dlm mggu ni..sabar je lah..ye lah kuasa semua kat tangan deorg kan.. masalahnya cikgu2 sekolah dah suruh bayar itu ini and suruh beli baju beruniform la baju itu ini kalau tau awal kan senang leh decide nk terus bayar kat sekolah or tak yah sebab dah dpt mrsm..ini nk kena jawab dengan cikgu sekolah satu hal nak tunggu jawapan mara satu hal..harap la dengan adanya teknologi canggih2 skrg ni mara akan buat kerja lebih efficient di masa2 akan datang..leh bg jawapan sebelum buka sekolah adalah yg terbaik..tq

    • Betullah tu. Patutnya diumumkan sebelum anak2 kita masuk ke sekolah dan beli buku. Saya pun dah beli semua buku2 dan baju2 sukan. Cuma yuran aja belum. Tambang bas rm90 serta deposit pun dah bayar. Harap pihak MARA alert perkara ni.

  28. Betul tu musim semua barang mahal kita kena berjimat cermat..jgn membazir….kalu diberitahu awalkan kan senang tak perlu membuang duit banyak…dgn uniform yang berbeza…buku tulis lagi…berhabis juga 3 4 ratus…elok mrsm keluarkan keputusan sbm tahun baru seperti sbp…banyak penjimatan dapat dilakukan..harap dapat perhatian pihak mara

  29. dah memang sistem mara mcm tu.. x payah la nk persoalkan..kalau rasa x nk tanggung perbelanjaan yg bnyk isi je borang ke sbp.. x payah duk terhegeh2 nk mohon mara..

    • Assalamualaikum…buat semua waris dan murid cemerlang upsr 2013 yg resah menunggu mrsm.
      Sy juga pd awalnya adalah salah seorg drpd kalian. Anak sy telah menolak tawaran ke SBP dan salah sebuah sekolah agama di bwh kerajaan negeri kerana amat berhajat ke MRSM UA bg mengikuti program tahfiz. Saban hari sy sgt resah menunggu dan sering ikuti komen2 di sini umpama tunggu buah yg tak gugur2.
      Sebagai backup, sy terima tawaran sebuah sek men agama rakyat yg ada prog Tahfiz Sains. Beliau dah mula belajar hafazan dan 21 subjek lain termasuk akademik, B.Arab dan agama sukatan Azhari. Hati sy terus tidak puas kerana belum dpt tawaran MRSM yg di tunggu2 dgn penuh harapan tapi mula kecewa teruk bila dpt tahu kiranya dpt SBP tak akan dpt MRSM lagi. Sy mula salahkn sistem.
      Hari ni hati sy sedikit terubat. Rezeki anak sy mmg murah. Datang pula tawaran ke SMKA yg ada prog Ulul Albab mcm MRSM UA. Syukur…sekurang2nya mirip pun tak apalah asalkn anak ada kehendak.
      Tapi….sy terkedu bila anak ckp dia nak terus di SAR itu sj. Katanya di situ dia dpt belajar agama dgn byk dan tak kisah walau tak secanggih sekolah lain. Hati sy tersentak. Rasa insaf dan malu pd anak. Betapa sy terlalu resah dan berharap pd perkara2 yg tak patut. Anak sy belum genap 13 th tapi lebih matang dr fikiran sy yg dah nak cecah 40 th. Mgkin sy perlu segera berubah. Moga anak sy jd anak soleh. Sy menangis atas kejahilan sendiri. Wallahu a’lam…

  30. saya beranggapan bahawa kelewatan ini disebabkan oleh calon2 dari pantai timur yang menduduki ujian kemasukan telah ditunda ke 24/12/2013. walau bagaimanapun pihak MARA haruslah memberi satu tarikh yang pasti untuk ibubapa menyemak status permohonan pelajar. anak saya sememangnya mengharap sangat dapat menyambung pelajarannya di mrsm disebabkan anak saya tidak layak untuk memohon di SBP memandangkan anak saya dari SKJC walaupun dia mendapat 6A 1B.

  31. itulah pasal.. banyak benda nk kene bayar.. itulah, inilah,,, mohon mara mempercepatkan jawapan kemasukan tgkatan 1 … =(

    • Salam..ni info trbaru mrsm

      Pendaftaran Form 1 adalah pada 3 Feb 2014 dan keputusan semakan online pada 14 jan 2014…

  32. Kita tak kisah dapat ke tak dapat cuma mencuba sahaja. Memang sistem mara perlu di perbaiki supaya dapat dikurangkan pembaziran dizaman ekonomi teruk ni. Mungkin pn julia ni orang kaya sebab tu tak kisah dan sanggup kata orang terhegeh hegeh minta mrsm. Kami bukan merungut cuma berharap aja.

  33. Salam..ni info trbaru regarding mrsm.
    Harap2 yg ni betul.

    Pendaftaran F1 adalah pada 3 Feb 2014 dan keputusan semakan online pada 14 jan 2014…

    • Terima kasih kerana berkongsi maklumat ni.

      Terima kasih kepada pihak MARA kerana menyediakan peluang untuk mendapatkan pilihan yang lebih banyak kepada anak-anak kami. Semoga Allah menberikan ganjaran yang lumayan kepada semua kakitangan MRSM yang bertungkus lumus berusaha mengejarkan keputusan kemasukan ke tingkatan 1 MRSM kepada kami yang menunggu dengan pelbagai karenah.
      Sepertimana saranan beberapa ibubapa agar MRSM mempercepatkan proses pemilihan ke MRSM, saya bersetuju juga tetapi saya juga sedar proses sedia ada sememangnya rumit dan ditambah pula dengan masalah banjir yang pastinya memberi kesan juga.
      Jadi saya cadangkan kepada ibubapa supaya

      1. Anggaplah hubungan kita dengan MRSM ini sebagai kerjasama antara ibubapa dengan MRSM untuk menjayakan anak bangsa dan bukan hubungan pemberi khidmat dengan pelanggan semata-mata sebab sememangnya antara sebab kita menghantar ke MRSM ialah kerana tajaan yang diberikan. Kalau kursus IGCSE di luar, kosnya mencecah sekitar RM24,000. Kalau kita sanggup bayar semahal itu, bolehlah juga kita membuat pelbagai tuntutan sekiranya kita rasa khidmat yang diterima tidak setimpal dengan harga yang dibayar.

      2. Kita perlu murah hati untuk bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang diterima. Insyallah Alllah akan tambahkan lagi. Kalau bukan sekarang, kemudian nanti, kalau bukan di MRSM, di tempat lain.

  34. Alhamdulillah…anak sya sekarang berada di SMKA Azlan Shah. Terubat sikit setelah gagal SBP. Menurut sumber dalaman akibat key in data oleh pihak sekolah tidak lengkap. Kita sentiasa mendoakan dan mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. InsyaAllah andai ada rezekinya di MRSM, saya akan tetap menghantarnya walau sudah banyak perbelanjaan telahpun dikeluarkan…..demi anak-anak….berhutang bergadai pun sanggup….

  35. mimiayu :-as-salam,
    Mmg betul tindakan anak Puan..Keputusan anak Puan mmg tepat..Alhamdulillah..Syukur kpd Allah s.w.t terang mata hati anak Puan..Mudah2an Allah s.w.t akan memberikan kejayaan yg berterusan..Berilah sepenuh sokongan kpd anak Puan..Itulah yg sepatutnya kita buat utk anak…Saya juga pd mulanya berdebar2 menanti keputusan MRSM tetapi setelah difikirkan semula ada lebih bnyk kebaikkan anak saya berada di salah sebuah sekolah mirip ua milik kerajaan negeri, saya akur dgn kemudahan yg Allah s.w.t takdirkan buat anak saya..Mudah2an diberikan ketenangan hati buat anak-anak kita dan ibubapanya dan mendapat hidayah yg berterusan…kita merancang yg terbaik buat anak kita, tetapi perancangan Allah s.w.t lebih baik buat kita.

    • T.kasih reply. Maha suci dan maha kaya Allah yg berhak memberi hidayah kpd sesiapa sj yg dikehendaki.

  36. Sangat bersetuju dgn tuan anjang aki dan puan mimi ayu. Juga kagum dgn pengorbanan seorang ayah dan ibu yg sanggup berhabis utk anak2. Ianya membuatkann saya lebih bersemangat utk berbakti kpd orang tua dan negara.

  37. Semalam tengok 14 hb hari ini jd 15hb pulak. Agaknya tukang announce tu lupa esok cuti. Harap x berubah lg.

    Kalau x dpt nak buat rayuan macam mana ya? Ada sesiapa tahu? Nak prepare terus.

  38. pada pandangan saya pihak sekolah kena beritahu murid-murid dan ibu bapa tentang MOU antara MARA dan SBP ini. jika dah dpt twrn SBP/SBPI walaupun tak setuju mungkin sbb tak dpt sekolah yg dipohon tetapi ditawarkan sekolah lain ataupun mmg tak mau ke SBP maka secara otomatik maka nama akan digugurkan secara otomatik dari list MRSM. Dan yg saya tau SBP memang memilih pelajar berdasarkan markah yg tinggi dlm UPSR, maka pelajar yg dpt SBP adalah pelajar yg cemerlang. oleh itu jika rasa result anak adalah cemerlang dan jika berminat nak masuk MRSM tak mau ke SBP maka jgnlah mohon SBP kerana jika cemerlang tentulah akan dipilih oleh SBP. Mohon MRSM sahaja.

  39. Anak sy telah pun mendaftar di sbp…walaupn dia berharap dpt ke mrsm. Tp sy rasa dia sgt bertuah krn dia terpilih antara 2700 calon yg memohon sbp tersebut. Sekolah tersebut cuma mengambil 150 calon upsr yg mdpt 5A. Jadi anak2 yg mndpt sbp sgt bertuah sebenarnya….Sy tidak pasti apa kriteria yg melayakkan diri utk ke sbp. Mungkin sudah tertulis rezeki dia di situ…alhamdulillah

    • pn nani kalau anak terpilih masuk ke sbp yang twrkan tempat hanya 150 tempat dari 2700 yg memohon, maka sememangnya anak pn nani adalah sangat cemerlang di dlm pelajaran dan kokrikulum. sbbnya kementerian boleh akses result sebenar upsr setiap pelajar dan memang byk bezanya antara dapat A dengan markah 99 denga A 75 shj. seorang guru pernah memberitahu kpd saya bahawa jika seorang pelajar itu mendapat 5A dlm upsr ataupun 8A dlm PMr belum tentu dia seorang pelajar yg benar benar cemerlang kerana di malaysia ini A adalah sangat besar . jadi sebab itulah sbp memilih pelajar yg benar benar cemerlang shj, jika tak berapa nak cemerlang tak payahla guna pintu belakang untuk ke sbp atau mrsm sebabnya takut mereka ni kalau di sbp atau mrsm tertinggal dengan pelajar pelajar yg lain, pelajar cemerlang ajar sikit sahaja dah tau cara nak buat, tapi pelajar yg kurang perlu diasuh dididik dan mungkin juga perlu tusyen tambahan.

  40. sebenarnya saya kenal rakan anak saya yg sgt cemerlang di dalam pelajaran di sekolahnya termasuklah anak saya sendiri yg di anugerahkan tokoh akademik. Tetapi yg peliknya rakan2 serta anak saya sendiri telah kecundang dalam permohonan ke sbp dan dua orang pelajar yg mendapat 5A upsr tetapi bukanlah merupakan pelajar pilihan telah di tawarkan ke sbp…hairan!

    • Setuju….
      Anak saya pun mmg sentiasa cemerlang dari drjh satu hingga 6 dan menjadi tokoh akedemik serta mendapat 5a dlm upsr 2015…sgt aktif dan mempunyai 35 sijil kurikulum n kokurikulum tetapi tidak terpilih ke sekolah berasrama…
      Hairan n pelik jugak….mmg hairan….group anak yang aktif …bijak…pun tak dapat..tetapi yg tak aktif … n pencapaian yg biasa2 diterima pula….?????

  41. Saya Dah semak laman web MARA pada pukul 8.20 pg ( 15hb. jan) tetapi tidak ada. Sesiapa ada info tolong maklumkan. Terima kasih

  42. syukur, anak saya diterima masuk ke mrsm kubang pasu program igcse, percaturan saya membuahkan hasil dimana langsung tak pohon SBP

  43. salam..anak sya telah gagal dlm permohonan ke sbp,krk dan mrsm,buat masa ni hanya belajar di sekolah aliran biasa…nampaknya dia sgt kecewa kerana dia antara pelajar cemerlang di sek..tak tahu di mana silap rezeki tidak menyebelahi dia mungkin koata sek kategori bandar yg membatas kannya,saya ingin membuat rayuan tapi tak tahu bagaimana? kesian kat anak saya.

  44. Saya seorang guru d sek rendah.. 6 org anak murid saya mohon mrsm… semuanya tidak berjaya. 4 orang dibenarkan buat rayuan.2 orang lagi tiada pun arahan buat rayuan. Saya nak tanya knapa tak boleh buat rayuan? Adakah ini bermakna murid tersebut dapat markah rendah dalam temuduga@ nama mereka ada dlm senarai ambilan ke2 sbp??

  45. Anak sy gagal diterima masuk dlm sbp ambilan pertama. Semalam gagal untuk kemasukan ke mrsm. Tak sanggup melihat wajahnya yg benar2 kecewa. Dh dpt 5A pun satu peluang pun dpt. moga2 rayuan anak sy diterima untuk ambilan ke2.

    • Pada mana2 parent yg anaknya gagal ke sbp atau mrsm atau sekolah rancangan khas janganlah kecewa sangat nanti anak2 kita kecewa. 30 tahun yang lalu saya juga pernah kecewa sebab tidak dapat bersekolah d sekolah berasrama penuh atau mrsm walaupun saya mendapat 4A & 1B. Lebih menyedihkan saya dpt tahu gagal ke mrsm sehari selepas org yg diterima mendapat surat tawaran. (Orang yg kecundang awal2 dah lama dapat surat). Memang kecewalah sebab ingatkan dapat dan tambah kecewa lagi bila ada org bg tahu tempat saya kononnya diambil oleh orang yg ada orang dalam. Walaupun di sekolah biasa saya dpt keputusan yg cemerlang juga namun di tingkatan 4 saya masih gagal juga ke sbp dan mrsm. Cita cita asal nak jadi doktor tak kesampaian sebab parent hantar ke sr ke sekolah teknik. Dari sekolah Teknik saya ke UTM dan akhirnya berjaya menjadi seorang jurutera. Anak sulung saya juga dapat 5A dan pmr di sekolah harian biasa juga berjaya mendapat 8A. Sekarang di tingkatan 5 di sekolah harian biasa. InsyaAllah ada hikmah disebaliknya. Kita sekadar berusaha Allah jua yang menentukan segalanya.

  46. Alhamdulillah saya berjaya mendapat tawaran kemasukan ke mrsm kubang pasu. Terubatlah sedikit rasa duka tidak dipilih ke sbp. Pihak MARA sepatutnya memberitahu kepada ibu bapa mengenai perjanjian SBP dengan MARA ini. Namun begitu, di MRSM Kubang Pasu ada memberitahunya…

  47. Alhamdulillah…camne kes anak saya ya…semakan pertama…Tahniah, ditawarkan ke MRSM Pengkalan Hulu. Daftar 3 Feb. cetakan surat tawaran belum dpt dpt dibuat sbb ada masala teknikal. Semakan kedua…permohonan anda tidak berjaya. Sila klik di sini untuk menghantar rayuan. Ada no direct kpd pegawai2 berkenaan utk dpt kepastian?

    • Salam ustaz..tgk dlm web..sy terus emel kpd timb pengarah utk persoalan sy..x sampai sejam dah dpt reply..good luck

  48. Alhamdulillah anak sy terpilih ke MRSM IGCSE Tumpat..kpd yg tidak berjaya boleh buat rayuan..in shaa Allah berjaya dlm panggilan kedua nanti..

  49. Saya berasa hairan, kawan anak saya memberitahu yang ia berjaya mendapat tawaran ke MRSM apabila dia membuat semakan pada 15hb. Januari. Tetapi apabila saya cuba untuk membuat semakan angka gilirannya, saya dapati permohonannya tidak berjaya dan ada button untuk rayuan.. Sesiapa ada info tolong maklumkan.

  50. Assalammualaikum,

    Saya nak tanya, anak saya dapat 4A 1B UPSR 2013. Saya tidak dapat no.pin utk mohon MRSM daripada pihak pengurusan Pejabat MARA kerana syarat kemasukan hanya utk pelajar yg dapat 5A sahaja. Sekiranya saya tidak mohon MARA secara online dan tidak ada syarat temuduga, boleh tak saya buat rayuan secara bertulis ke Ibu pejabat MARA.

    Mohon bantuan dari tuan/puan, kerana saya sehingga ke hari ini masih lagi berasa terkilan dan kecewa apabila saya dapati ada pemohon yang 4A 1B boleh mohon secara on line dan juga telah dipanggil untuk temuduga.

  51. Assalamualaikum my name is Haziq. I’m a student from MRSM Alor Gajah I do believe there are many parents still wondering how to ensure their child get an offer from mrsm. Actually I’m a head of prefect at my previous school. I’m not too active in co-curiculum but at least I involved in various kind of co-curriculum affair such as competition. You need to win at least a single of competition that relate with co-curriculum. Futhermore you need to show such a good attitude. It will be more better if you are a tokoh sahsiah terpuji that’s all from me.

    • Assalamualaikum. Saya ni pelajar darjah 6. Saya ingin memohon MRSM jika mendpt 5A. Andai kate saya mendpt 5A dan permohonan saye diterima, saya perlu menghadapi temu duga. Temu duga itu susah ke? Saya tanye kpd awak cause you have experience. And dkt mane sebenarnye nak memohon. Thanks for the information:))

  52. Hi my friend! I wish to say that this article is awesome,
    great written and include approximately all significant infos.
    I’d like to see extra posts like this .

  53. Apakah ada syarat untuk memasuki MRSM ULUL ALBAB 2016 harus lulus peperiksaan UPKK dan juga SRA. Pertanyaan ini adalah kerana anak saya telah lulus UPKK dengan keputusan 6a Tahun 2014. Sekarang beliau dalam darjah satu 6 sekolah kebangsaan dimana mempunyai waktu yang agak terhad untuk menduduki SRA. Mohon penjelasan.

  54. Selamat petang..Ank i dpt tawaran di SBP BATU PAHAT…The same day, dia dh wat exam dkat MRSM JB..So nk tnya ni, dia akn dpt mrsm x klau saya menerima tawaran ke sbp?

Searching for books? 10 million titles HERE. FREE shipping worldwide!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *