Pendaftaran Calon SPM Ulangan, SPMU 2021 dan Calon SPM Persendirian, Nov 2021

Tarikh Pendaftaran SPM bagi Calon Ulangan (SPMU) dan SPM Calon Persendirian tahun 2021 : 17.5.21 – 18.6.21 Klik

Format Baharu SPMU yang dicadangkan bermula pada 2020 dibatalkan: Format lama seperti 2019 digunapakai.** 

PANDUAN Pendaftaran SPMU




Pendaftaran Calon Persendirian SPM 2021 dan SPMU 2021 :  sehingga 18 Jun 2021 (Baca dahulu senarai semak di sini dan klik link pendaftaran)

 

Borang dan panduan tambahan.

Jadual Peperiksaan SPMU 

Semakan Online Keputusan SPMU 2021 : Tarikh diumumkan kemudian.

Pendaftaran Calon Persendirian SPM dan SPMU dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac setiap tahun. 

Panduan Pendaftaran Calon Persendirian SPMU

Keterangan Bayaran Matapelajaran SPMU

Panduan Ujian Lisan BM untuk Calon Persendirian 

Baca pengalaman Calon-calon SPMU dan Calon Persendirian tahun-tahun yang lepas, klik sini. (230 komen)

31 Mata Pelajaran Ditawarkan kepada Calon Persendirian Pada Bulan November, daftar maksimum 12 mata pelajaran. Rujuk jadual di bawah.

Calon dinasihatkan mendaftar di PPD terdekat sambil membayar bayaran pendaftaran.  (Senarai PPD 1,  Senarai PPD2Senarai PPD3). Sila sediakan kiriman wang/wang pos/draf bank atas nama Pengarah Pendidikan Negeri. Calon juga diingatkan untuk mematuhi tempoh pendaftaran kerana permohonan lewat tidak akan dilayan.


Mata pelajaran yang ditawarkan untuk SPMU

spmu3

 

SYARAT AM PENDAFTARAN PEPERIKSAAN SPMU
Mereka yang pernah menduduki peperiksaan SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC /FMC.

Mereka yang tidak memenuhi mana-mana satu syarat menduduki peperiksaan tersebut di atas tetapi dapat memberi alasan yang munasabah boleh memohon kelulusan untuk mengambil peperiksaan daripada Pengarah Peperiksaan, selewat-lewatnya akhir Januari tahun peperiksaan. Ini termasuk pegawai kerajaan yang memerlukan kelulusan Bahasa Melayu untuk pengesahan jawatan dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam yang memerlukan kelulusan Bahasa Melayu sebagai syarat mendapatkan ijazah.

Syarat Pemilihan Mata Pelajaran:

1. Mata pelajaran yang ditawarkan dalam SPM(U) ialah BM, Sejarah, Maths.

2. Calon yang mempunyai Sijil SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC boleh mendaftar mata pelajaran 1103 Bahasa Melayu, 1449 Matematik dan 1249 Sejarah atau ketiga-tiganya.
3. Calon yang tidak mempunyai Sijil SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC atau hanya mempunyai Sijil SAP / GCE (Malaysia-Cambridge), wajib mendaftar mata pelajaran 1103 Bahasa Melayu. Calon juga boleh menambah mata pelajaran 1449 Matematik dan 1249 Sejarah.dan sebagainya.

SENARAI SEMAK PENDAFTARAN UNTUK CALON SPMU (JUN)

  • DAPATKAN BORANG PENDAFTARAN SPMU(JUN) DI KAUNTER JPN ATAU PPD                          
  • LENGKAPKAN MAKLUMAT YANG DIMINTA                                                                                              
  • SEDIAKAN BAYARAN SECUKUPNYA MELALUI KIRIMAN WANG POS ATAU BANK DRAF       
  • SERAH BORANG YANG LENGKAP DI JPN ATAU PPD SEBELUM 30 MAC                                            
  • DAPATKAN CETAKAN RESIT RASMI (NO. LOGIN DAN KATALALUAN) DI KAUNTER                
  • DAFTARKAN DIRI ANDA SECARA ATAS TALIAN MELALUI LAMAN WEB LEMBAGA PEPERIKSAAN SEBELUM 30 MAC SETIAP TAHUN  : https://spmu.moe.gov.my/daftar/       

 

Keputusan SPMU  :
Keputusan SPMU  akan diumumkan pada  bulan Ogos setiap tahun.  Calon-calon boleh semak keputusan dengan SMS atau secara online:

Semakan secara SMS :

  • Taip  SPMU RESULT [space] No. KP dan hantar ke 15888
  • Contoh: SPMU RESULT 960211125466 sms to 15888

Semakan secara online : Klik SINI.

JPN akan hantar slip keputusan ke alamat calon dalam borang pendaftaran semasa mendaftar SPMU. Calon-calon juga boleh menghubungi JPN masing-masing untuk menyemak keputusan.

 

 

Tarikh peperiksaan SPMU : bulan Jun Setiap Tahun    JADUAL SPMU

Calon yang mendaftar SPMU dan menduduki peperiksaan pada bulan Jun juga boleh mendaftar sebagai calon persendirian dan menduduki peperiksaan SPM pada bulan November tahun semasa.

Mata pelajaran SPMU yang ditawarkan pada Nov dan Bayaran

aau1

aau2

Borang pemohonan boleh didapatkan dari PPD yang berdekatan (Senarai PPD 1,  Senarai PPD2, Senarai PPD3).

Panduan Ujian Lisan untuk Calon Persendirian

 

Maklumat berkaitan :

Takwim Peperiksaan Awam

Senarai Mata pelajaran yang ditawarkan kepada calon persendirian dan calon sekolah pada November  

Kadar Bayaran Baharu Bagi Pengurusan Peperiksaan UPSR, PT3, SPM, SPMU, STAM (berkuatkuasa MULAI tahun 2015)

http://myschoolchildren.com/spm-june-papers-spmu/

http://myschoolchildren.com/spm-past-years-papers/

Comments: 147

  1. Assalamualaikum, SPMU Tahun 2021 masih menggunakan format lama tak? Saya nak perbaiki subjek Bahasa Inggeris utk melayakkan saya memohon IPG?

  2. Salam. Maaf tumpang tanya. SPMU ada sijil ke? Kalau ada, bagaimana nak ambil sijil spmu?

    @
    JPN di negeri di mana SPMU diambil

  3. Assalamualaikum nak tanya saya lepasan SPM tahun 2014,sekarang saya dah umur 22 tahun.Masih boleh lagi tak saya nak ambil SPM persendirian.

    satu lagi saya bukan dari aliran sains,boleh ke saya ambil physics,biology dengan chemistry masa exam spm persendirian?harap dapat jawab soalan saya

    Terima Kasih :)

    @
    1. SPM persenirian tiada had umur.
    2. Boleh, tetapi X digalakkan.

  4. hello , sy nak tnya masih dapat buat utk late registeration tak, untuk spm persendirian? sbb tak sempat nak update registeration . ini untuk kali pertama yg ambil spm lah ..

  5. assalam saya nak bertanya jika seseorang itu tidak pernah mengambil PMR …. dan skrg nak mengambil peperiksaan SPM blh ke…,
    hanya ada UPSR sahaja…..

    @atikah
    Kelayakan setakat UPSR sahaja? Anda mempunyai cukup pengetahuan untuk menduduki peperiksaan SPM ke?
    Apa gunanya dibenarkan menduduki peperiksaan dan keputusan kelak ialah pasti gagal?

  6. I tidak pernah menduduki ujian SPM. Jika saya hendak menduduki peperiksaan SPM Pendidikan Moral tahun ini, saya perlu buat project?

  7. aslkm,bole bertanya all subjek bole diambil bulan november??paper july or june hnya bm,sejarah n math??

    @nia

    Ya. Betul

  8. Salam, saya pelajar 2016 SPM.Saya hanya dapat dua kredit ,boleh saya ambil SPM ulangan pada november 2017? Daftar kat mana dan pendaftaran buka sampai bila ?

    @
    pendaftaran SPM November dibuka dari 01-03-17 sehingga 30-03-17. Dibuka semula pada 01.03.2018

  9. salam, sy nk tanya sy terlepas tarikh 30 march 2017 aritu utk mendaftar SPMU paper julai. bila lagi tarikh bakal dibuka dan dengan pihak mana sy perlu berurusan?

    @
    sesetengah Negeri mungkin melanjutkan tarikh tutup sehingga 15 April 2017. Cuba (nasib) hubungi JPN Selangor.

  10. Saya dah ambil spm pd 2016.Boleh x klw saya nk ulang ambil subjek fizik shj pd thn ni sbb result fizik saya C+.So klw blh nk ambil lain bg dpt sekurang2nya B & nnti blh x nk gabungkan result spm 2016 & 2017??

    @
    gabungan keputusan SPM dalam lingkungan 3 tahun dibenarkan.

  11. Assalamualaikum . nak tanya, saya calon persendirian . saya nak daftar spm . masa saya pergi jpn diorang ckp kena bawa slip pt3 skali . tp bila saya tnya cikgu lama saya tak payah pun takpa . saya pening
    Emm tapi slip pt3 saya hilang huhu mcm mana ni ???

    @
    dapatkan salinan slip PT3 daripada Sek

  12. salam,saya nak tanya…Boleh ke ambik spm persendirian nov 2017 lagi,walaupun saya pernah menduduki spm sebenar 2013 n repeat spm lagi pada tahun 2015…pada tahun 2017 nih,saya nak repeat ambik spm lagi…Boleh ke? cik.

    @
    Boleh

  13. Assalamualaikum…
    Saya ingin bertanya, jika saya ingin berdaftar sebagai calon persendirian, bilakah tarikh untuk mengambil borang pendaftaran di jpn atau ppd daerah? Apakah saya boleh mengambilnya sekarang atau saya perlu menunggu pada tarikh 1.3.2017 ini? ini kerana, saya sudah cuba untuk daftar secara online.. tetapi ianya memerlukan kata laluan dan password..

    @
    pendaftaran hanya dibuka mulai 01.03.2017!

  14. Assalamualaikum tuan, pelajar lepasan KV boleh ke ambil SPM semula ? kami ada sijil Bahasa Melayu Setara SPM. Had Umur untuk ambil SPM Persendirian umur berapa ? tq

  15. saya pelajar tahun pertama kolej vokasional … kalau saya nak ambil spm untuk yang wajib saja bolehkan? disebabkan pelajar kolej vokasional tidak mempunyai spm … kami yang mempunyai spmv saja … susah untuk saya melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya …

  16. assalamualaikum.
    sy nak tanya.Kalau ambil paper bio,chemi,phy dan adm3, kena buatkerja kursus juga ka bagi calon persendirian.Terima kasih.

  17. “kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan”

    Jika SPM tidak credit, apakah maksud kelulusan yang diiktiraf tersebut yang setarafnya selain kertas Julai?

  18. SPMU 2016 saya telah gagal dalam ujian Bahasa Malaysia dan Sejarah, kalau saya nak ambil ujian satu kali lagi, dimana saya boleh dapatkan borang untuk mendaftar pada bulan Mac 2017

    @
    serupa dengan cara anda daftar untuk 2016, borang dari PPD/JPN. 1 Mac 2017

  19. SALAM SEJAHTERA, sy nak tanya saya ingin ulang peperiksaan SPM bagi subjek Mathematic.. bagaimana nak mohon ya..

    @Rogini
    pendaftaran dibuka pada 1 Mac 2017. arahan boleh baca di halaman ini dan halaman lain.

  20. hello.. apakah subject yg patut sya ambil untuk memenuhi syarat persijilan spm memandang sya gagal dalam peperiksaan spm yg lalu..

  21. Hi admin,

    saya nak tanya, ujian lisan untuk paper BI (Persendirian) ni, Ujian lisan nya akan dijalankan mcm mana yer? Minta pencerahan.

    Terima kasih

  22. sy sedang menjalani peperiksaan pertengahan tahun bagi pelajar tingkatan lima.blh tak saya nak ambil pd dan mengisi borg pendaftaran calon persendirian tahun ni?

    @
    tarikh tutup pendaftaran SPMU setiap tahun ialah akhir bulan Mac.

  23. saya nak tanya bila saya akan terima surat yang saya sudah mendaftar pada march itu untuk SPMU2016 (june ujian) ?

  24. Hi, may I know where and how to apply to retake SPM?
    I want to retake SPM as well as within this year (2016).
    Any way can inbox me or send me the solution by email.
    Thank A lot ~!

  25. Saya telah ambil spm pada tahun 2014…Tapi saya tidak ambil return untuk matapelajaran yang saya fail…Tapi saya nak ambil return untuk matapelajaran BAHASA MELAYU & ENGLISH…Tolonglah beritahu tarikh untuk return pada tahun 2016…Tarikh buka dan tarikh tutup return….Tolonglah !!!

    @
    ???

  26. saya nak mengambil kertas Jun 2016 (BM), Pada 2015 saya baca noval Komsas. Adakah apa- apa perubahan dalam noval.

  27. I would like to retake my Addmaths and physics……can i just retake that both papers or i have to take other subs also togather with that both

  28. Assalamualaikum.. kalau saya nk ambil spm calon persendirian, di mana ia akan dijalankan? Di dewan dgn calon biasa atau di bilik khas.

  29. Sijil spmu mcm mna , mcm biasa spm jga dlu jga kaa atau ada d ubah….
    Dan dapat ka msuk t6 klw lmbt setahun…

  30. hai. saya fail bahasa melayu dan matematik SPM 2011 dan saya bercadang untuk mengambil SPM(U) tahun 2016 ni. bolehkah sy mengikuti pembelajaran di sekolah sebagai pelajar hanya untuk subjek pengulangan tersebut?

  31. ingin bertanya, tahun ini saya ambik spm dan sy tidak menduduki spm b.melayu kertas 1 kerana saya tertukar tarikh , adakah saya kena tunggu bulan jun/julai untuk repeat?

  32. Anak saya sedang belajar di sebuah sekolah antarabangsa, bolehkah dia daftar sebagai calon persendirian untuk menduduki SPM BM? Daftar dengan JPN? Thank you.

  33. assalamualaikum .. macm mana mahu semak result spmu 2015 .. saya terlepas tarikh yg ditetapkan untuk menyemak… minta maklum balas secepat penting ..

    @
    Boleh ambil keputusan dari JPN terdekat spmu itu diambil.

  34. hai.. saya nak tanya kalau ambil subjek kimia,bio,fiz harus menjalani ujian peka ke? sebab result peka saya yang lepas saya dapat A semua

  35. hai, saya lepasan spm 2012, dan saya nak mengambil subjek sains sahaja untuk calon persendirian boleh kah? sebab utk calon ulangan subjek sains tak ditawarkan. untuk persendirian pula harus ambik 6 subjek tapi saya nak 1 subjek je sains, someone please help.

  36. Hai..salm..nak tya.. sy ambik spm 2013..
    Bulan november nanti sy akan menduduki paper math,phy,chemistry and addmath.
    Nak tya.. kalau paper math tu ada ke nak ujian apa2 sebelum ambik exam nov nanti?.

    @
    math Nov kertas teori shj. Bawa alat2 geometri

  37. Hi, any idea of when the spmu certificates will be out? Or do u need to request for it from JPN?

    @
    just wait. no need to request.

  38. Hye, i would like to asking its possible to take spm on ages 25, she dont have pmr either.. she just going to kolej kemahiran.. before its easy for her to get job.. but not know.. the company ask for spm.. its posibble she take spm now???

  39. assalamualaikum/hi .. saya telah behenti skolah pd awl thun 2010 tgkatan 4 …dn tk ambik spm..jd blh ke sy dftr utk ambik spm tu ..dan mcmmn caranya ?

  40. Walaupun saya telah daftar untuk mengambil peperiksaan BM Bulan Julai 2015 saya tidak dapat menduduki peperiksaan pada Bulan Julai.

    Boleh tak saya mengambil peperiksaan BM pada bulan November 2015 dan apakah syarat-syaratnya? Terima kasih.

    @
    Pendaftaran untuk peperiksaan Jun dan Nov 2015 telah ditutup pada 31 Mac 2015. Dibuka semula pada 1 Mac 2016.

  41. Moral 8,
    BI 5,
    Mate 6,
    Sains 7,
    Seni 4
    Ekonomi Asas 8.

    Saya menduduki peperiksaan pada tahun
    1994. Subjek apakah yang perlu saya ulangi?
    Terima kasih.

  42. Salam.. nak tanya, Saya berumur 26 tahun hanya ada Pmr.. takut dengan masa depan .. boleh tak saya sambung ambil Spmu.. apa perlu saya lakukn, minat saya nak belajar bidang kulinari.. pls reply. t.ksh

  43. hai..saya nk Tanya sepatutnya saya lepasan spm 2008..Tapi saya berhenti sekolah,macam mana procedure untuk saya ambil spm Yee? Any advice?

  44. Saya amat menyesal sbb asyik bermain jee 2tahun ini dan saya ingin berulang semula SPMU pada tahun depan . Saya akn menduduki spm tahun ini dan saya tahu result tu comform banyak fail . Beri lah cadangan . Cukup tak setahun atau belajar balik dlm 2 tahun utk saya belajar balik bab form4,5 ? Saya ingin belajar balik kat tuisyen and kalau saya ambik pada tahun depan , Exam SPMU comform ada ke ?

    @
    SPMU tetap ada.

  45. Boleh saya dapatkan jadual peperiksaan spm persendirian bulan november 2015?

    @
    sama dengan jadual peperiksaan SPM biasa calon sekolah harian

  46. assalammualaikum . sye nak tanye . mcm mana nak tau borang spm persendirian di terima atau tak ?

    @
    Semak dgn JPN (berdasarkan maklumat salinan karbon semasa mendaftar)

  47. saya nak tanya ..saya x ambil spm..skrg umur saya 19..boleh ke kalau saya nak ambil spm balik..??macam mana nak buat ye..tq

  48. Moral 8 Saya menduduki peperiksaan pada tahun
    BI 5 1994. Subjek apakah yang perlu saya ulangi?
    Mate 6 Terima kasih.
    Sains 7
    Seni 4
    Ekonomi Asas 8

  49. boleh tak nak buat rayuan sebab dah lambat daftar. sebab nak amik asasi setahun then sambung degree pharmacy. dia nak tgok results chemistry at least B. nak kena amik tahun ni jugak.

  50. ..ada had umur tak utk ambil SPMU dan boleh ke kalau nak ambil 1 subjek je..contoh bahasa melayu je..

    @
    tiada had umur. boleh. 1 Mac 2016

  51. Boleh kah saya berdaftar lagi pada 31 march untuk paper ulangan? Adakah masih boleh pergi ppd untuk membuat pendaftaran ulangan paper spm pada 31 march esok?

    Ya.

  52. mau tanya… pendaftaran spm ulangan sebelum 31 mac ini hanya sub sej math dan bm sahaja ke.. n uf saya nak daftar untuk sub bi bagaimana

    @
    Sub BI juga sebelum 31 Mac. Semua subjek dalam SPM (Nov) sebelum 31 Mac

  53. Salam nk taye… saya calon spm 2014 dan result bi saya gagal.. jadi saya nak ambil spm(n) 2015 jadi perlu ke saya mengambil ujian lisan bagi subjek bi?

  54. Saya lepasan SPM2014, saya ingin tambah 1 subjek (biology) – disebab saya dari aliran teknik (Lukisan Kejuruteraan) saya tidak dibenarkan untuk mengambil biology pada SPM lepas. Bolehkan saya menambah subjek biology pada SPM 2015? Saya perlu mendaftar menggunakan borang mana? Persendirian atau ulangan?

  55. sy nak tanya, kalau spm ulangn perlu ujian lisan bi bm tak? tapi masa spm 2010 dlu aku dah ikut ujian lisan bm juga bi. dah ada sijil.

  56. Morning!
    Nak Tanye kalau purchase bank draft, column ” To: ” nak tulis name pe ?
    Untuk Bulan June hanye BM, Math & History, kalau BI blh ambil biler ?

  57. Salam 1 Malaysia. saya nak bertanya sikit. saya sekarang sedang berkhidmat di jabatan kerajaan. saya adalah lepasan SPM tahun 1995. umur saya sekarang ialah 38 tahun. saya berpangkat gred 3 SPM. BM saya setakat lulus pangkat 8 shj. kelayakan yg diminta oleh kerajaan kini adalah kepujiaan dlm bahasa melayu jika nak jawatan tetap. boleh kah saya mengambil kertas julai untuk bahasa melayu sahaja.

    @
    Boleh. Tiada had umur untuk menduduki SPMU BM.

  58. Salam… saya merupakan Pelajar Lepasan SPM 2014. Saya mendapat gred D bagi kertas Bahasa Inggeris dan gred E bagi Kertas Matematik. Saya difahamkan bahawa syarat minimum Bahasa Inggeris dan Matematik haruslah gred C. Saya ingin bertanya… bagaimana pula membuat pendaftaran bagi kertas Julai? Saya ingin mengulang. Terima kasih atas bantuan…

    @
    baca Prosedur_Daftar_SPMU_2015

    • Saya lepasan spm 2014. Repeat Mathematics n Bi paper Nov. Maths awk Nov jg ke? If awk tak kesah, sy nak ajak awk study group seems kita sama umur n repeat paper yg sama. Hw can i contact u? Need ur reply.

  59. assalammualaikum, saya nak tnye ni.. harap dpt balas.. semua subjek teras, BM, SJ, MT, BI DAN PI saya credits..

    tpi saya punya subjek PHYSIC, KIMIA, ADD MATH saya tak kredit, dapat D jer.. cuma biology jer credit dpt C.

    kursus yg sya nk apply tak lepas sebab perlu dpt sekurang2nya B, bagi subjek physic, kimia, biologi dan math/ add math ..

    sekarang ni, boleh tak saya nak daftar spm (N) untuk 3 subjek sains tulen jer. saya nak ulang physic , kimia dan biology??

    @
    Tiada masalah

  60. sy berumur 20 .ingin mengambil spm,,pada umur 17 sy mempunyai masalah keluarga shingga tidak mengambil spm..bgaimana cara memohon spm smula

  61. Hi, Sy Berumur 26 Tahun… Sy Tak Memiliki Sijil Pmr Mahupun Spm… Dan Jika Sy Menduduki Peperiksaan Spmu Ini Ada Peluang Tak Sy Msuk Krja Kerajaan? Reply Pliss…

    @
    Baca syarat pendaftaran SPMU

  62. Selamat mlm & salam 1 malaysia…sya mahu tanya selain subjk BM,Math & Sej…apa lg subjk yg boleh kna ulang..?

    @
    biasanya 33 subjek

  63. Salam . Sy nak tanya , sy dapat D dalam bi . Adakah sy patut mengulang ? Jika sy mengulang , adakah spm(n) akan memberi kesan terhadap result spm sy jika sy mendapat gred lebih rendah ?

    @
    jika dapat yang lebih rendah, abaikan sahaja

  64. selamat petang
    Untuk pendaftaran mesti ambil boring di Jpn atau ppd
    Kalau saya ambil ujian Bahasa Melayu di lain dearah maksud ujian halaman ujian di dearah ujian tersebut? Bayaran blh want tunai di kaunter? terima kasih

    @
    siapa faham soalan ini?

  65. Saya lepasan spm 2014. Kalau saya amik SPM ulangan untuk satu subjek, then saya isi borang upu, bila boleh saya sambung belajar? Saya kena ikut pelajar lepasan spm 2015 ke?

  66. nak tanya kalau subjek spm ulangan. jika saya ambil subjek bahasa melayu. adakah soalan komsas diambil dari novel azfa hanani dan kembara amira (zon utara)?. atau dari novel yang baru??

    @
    yang ini patut tanya guru BM (di pusat tuisyen)

  67. bolehkah saya mengulangi subjek saya yang kurang memuaskan ,walaupun keputusan spm saya lulus. tetapi,saya ingin mengulangi subjek seperti mathematic and sejarah.

    @
    BOLEH

  68. Hi, sy nak bertanya , sy berumur 18 tahun ini , tahun lepas saya tidak ambil spm ,disebabkan dibuang sekolah , boleh ke sy nak ambil tahun ini juga , semua subject . berapa kah bayaran pendaftaran itu ?

  69. Nak tanya saya berumur 20tahun dan hendak repeat subject matematik utk SPM. Mcm mana cara nya? Tarikh tutup pendaftaran bila?

    @
    maklumat di atas

  70. saya ni nak tanya sikit saya masih bersekolah.umur saya sekarang 17tahun tahun ini spm..boleh ke saya nak ambik spm secara persendirian.

    @
    boleh

  71. Nak tanya.. sya xhabis pmr mahupun spm.. mcm mana sya nak menduduki ujian tersebut? masih dpt lagi ke? umuq 23 tahun.. pls reply…thx admin..

    @
    baca dahulu syarat utk menduduki SPM di atas

  72. salam 1 Malaysia, saya ingin bertanya.. saya telah mengambil spm tahun 2009, dan semua subjek teras saya kredit… cuma dahulu saya aliran sains tulen, dan saya tidak mengambil subjek sains biasa, jadi bolehkah sekiranya saya mengikuti semula spm sebagai calon persendirian dan hanya mengambil subjek yang saya inginkan sahaja, sebagai contoh cuma sains biasa, ekonomi, sains sukan dan lain-lain… tanpa perlu mengambil semula subjek bm,bi,sej,math n p.islam?

  73. Bilakah tarikh Pendaftaran Peperiksaan Kertas Julai 2015 – Bahasa Melayu?
    Apakah Dokumen yang di perlukan.

    @
    1 Mac 2015. rujuk di atas.

    • apa dokumen saya perlu bawa semasa ambil july paper bm 2015. (IC, slip pendaftaran)
      Bilakah tarikh pendaftaran tutup. (30 Mac 2015)
      dimanakah saya perlu pergi untuk pendaftaran calon persendirian di pulau pinang (JPN P.P.)

  74. Saya mempunyai adik berumur 26 tahun dan hanya mempunyai pmr sahaja. amat sukar nak apply kerja sebab kebanyakan perlukan spm result. nk mntk pendapat. kalau dia nak mula belajar and ambil spm balik, berapa subjek perlu didaftarkan?
    tarikh mula daftar adakah sama utk setiap subjek?
    tips2 utk mula belajar semula.
    terima kasih

  75. Saya sdh baca arahan di atas, tapi msh tdk fhm, kalau saya menduduki peperiksaan spm pada thn 2010,dan pada masa tu, berlakunya kemalangan, jadi beberapa subjek tdk dpt saya duduki, skrg saya mahu ambil peperiksaan lagi, jadi saya ni calon persendirian atau spmu? dan subjek apa bole saya ambil ?bole tak ambil subject yg tdk pernah duduki?

  76. Salam..nk tnya boleh x?ada seorg bdk ni yg tlh diberhentikan sek semasa dia berada dlm tingkatan 4 tahun 2013;dan dia bercadang utk mengambil paper julai.soalannya boleh ke dia nk mengambil paper julai pada tahun ni?

    @
    boleh

  77. Hi..jz wanna enquire wer can I register to retake spm bm paper?

    @
    starting 1 March 2015, register online or in JPN. You can’t register now.

  78. bilakah boleh dapat sijil spm ulangan mm jun 2014 Dan dapat dari mana

    @
    Belum terima? dapatkan dari JPN terdekat

  79. Hi, I dy 20yrs old, may I know I only have PMR level can retake SPM? I end my school life after PMR, i wan to continue my study but first I need to retake SPM, anyone help? How i register?

    @
    yes. enrol as s SPMU (June & Nov) students. starts 1 March every year.

    • boleh, wajib ambil 6 matapelajaran asas. tarikh tutup pendaftaran 2015 adalah pada 31 Mac.

  80. Good afternoon. I got B for my chemistry in 2013 SPM. May I retake chemistry in november 2015? Or can I retake all subjects again?

    @
    you can retake Chemistry in Nov 2015. ‘All subjects’ is not necessary unless you wish to.

  81. Hi there.

    Good day to you!

    I have completed the SPM on 2008 and my BM & BI results just pass. I would like to know whether still allow to retake and how to apply and whether this 2 subjects available for next year 2015. How long will result release ?

    Thanks.

  82. Assalammualaikum admin..
    Spm sy thn 2007..masih boleh repeat paper matematik x? Tq

    @
    Boleh. hanya keputusan x dapat digabung.

    • Salam..saya lepasan spm 2009..saya bercadang untuk.mengambil spmu tahun 2016 untuk baiki keputusan bi n math..saya nak apply kerja kt spa..boleh ke gabungkan keputusan 2009 dan 2016 atau pun perlu mengambil semua kertas spm? Sya tgk dalam.page spa, limit utk menduduki spm kedua adalah 3 thn..kalau saya repeat spm, mcm mna nk isi borang?..mohon pencerahan..

  83. salam. saya terlepas tarikh Ogos hari tu. nak check result spmu ada cara lain x kalau nak tahu result..plz reply..

    @
    boleh disemak di JPN berdekatan (telefon)

  84. salam, saya nak tanya,kalau gagal matematik dan bahasa inggeris ,bahasa malaysia hanya setakat lulus sahaja. kalau ambil spm persendirian ke atau spm ulangan

  85. Saya telah ambil spm pada tahun 2013…Tapi saya tidak ambil return untuk matapelajaran yang saya fail…Tapi saya nak ambil return untuk matapelajaran SCIENCE & ENGLISH…Tolonglah beritahu tarikh untuk return pada tahun 2015…Tarikh buka dan tarikh tutup return….Tolonglah !!!

    @
    Tarikh buka dan tarikh tutup : 1 Mac – 30 Mac 2015

  86. bila keputusan SPMU boleh diumumkan , sebab rayuan UPU kemasukan IPTA hampir tarukh tutup ni …. harap diumumkan secepat mungkin

    • hi! in order to repeat spm november, do i have to sit in the hall or
      private room?

      @
      Hall. Join with normal SPM students.

  87. hi. I want to ask that ,is that any information of resit SPM this year or next year?

    @
    SPMU reopen on 1 Mac 2015

  88. Saya nk buat rayuan mohon SPMU Nov 2014 wpun dh tutup tarikh krn terlewat mohon di PPD terdekat oleh krn saya sedang belajar di luar negara.bole kah dpt pertimbangan dari JPN?tkasih

    • saya nak tanya, saya nak mengulang BI, Math. dalam masa yang sama saya nak ambil mata pelajaran yang saya tak pernah exam lagi. add math, physic, chemistery, biology. Boleh ke?

      spm dulu 2011

    • Bolehkah saya ambil matapelajaran Physics, Biology and Chemistry ? Tetapi saya tak pernah ambil matapelajaran tersebut sebelum ini.

  89. Hello, I would like to know the date of SPMU results for 2014, whether it’s exact or estimated. Thank you.

    @
    estimated, August 2014

  90. Assalamualaikum.. Ingin bertanya sekiranya seseorang yang berumur 17 tahun yang pernah mengambil pmr kemudian menyambung pengajian dipusat bertaulliah swasta dan telah mendapat SKM , apakah mereka layak boleh memohon untuk mengambil peperiksaan spm ini secara persendirian?

    Terima kasih atas jawapan dan kerjasama anda

Please share to benefit others by clicking the share buttons bar (top or bottom)

Leave a Reply to yona Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *