Semakan Keputusan SPM 2013 – Kenyataan Akhbar

Semakan Keputusan SPM 2013 – Kenyataan Akhbar dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 akan diadakan pada hari Khamis, 20 Mac 2014 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini, seramai 470,395 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh Negara. Daripada jumlah 470,395 calon, 415,509 adalah calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 8,054 adalah calon sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain KPM (contoh: MRSM), 8,325 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 11,261 adalah calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM, 25,857 adalah calon persendirian manakala baki 1,389 adalah dari Sekolah Menengah Agama Rakyat.
.

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing­masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM jarakkan taip angka giliran dan hantar ke 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, 20 Mac 2014 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 26 Mac 2014.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

13  Mac 2014

 

Check SPM 2013 Result – Press Release From Board of Examination, Ministry of Education Malaysia.

MALAYSIA CERTIFICATE OF EDUCATION EXAMINATION RESULT, YEAR 2013

The announcement of result analysis of Sijil Pelajaran Malaysia 2013 will be held on Thursday, 20th March, 2014 at 9.00 am in the Main Meeting Room, Level 6, Block E8, Government Complex Parcel E, Putrajaya.

This year, a total of 470,395 candidates have registered to sit for the SPM at 3,616 examination centers nationwide. Among those 470,395 candidates, 415,509 candidates are from Government schools, Government-assisted schools and Government-assisted religious schools; 8,054 are school candidates from Government Agencies other than Ministry of Education (such as MRSM); 8,325 are candidates from State Religious Secondary School, 11,261 are candidates from Private Schools registered with MOE, 25,857 are private candidates while the remaining 1,389 were from Sekolah Menengah Agama Rakyat. (SAR)

School candidates can get their results from their respective schools after 10.00 am on that day. Private candidates will received their result by post or they can contact their respective State Education Department, where they registered their SPM before.

Ministry of Education Malaysia will provide sms services through mySMS 15888. Type SPM [space] Index Number and send to 15888. This service will be activated starting from 10.00 am, March 20, 2014 and will end at 11:59 PM, March 26, 2014.

Board of Examination
Ministry of Education Malaysia

13 March 2014

Comments: 3

Searching for books? 10 million titles HERE. FREE shipping worldwide!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *