Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2013
03 Wednesday Oct 2012
Written by Admin 1 in Education News
Permohonan Kemasukan Ke MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) Tingkatan 4 Tahun 2013 di Semenanjung Malaysia
Tempoh permohonan : 1 Oktober 2012 sehingga 19 Oktober 2012.
Permohonan di atas adalah terbuka kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan PMR tahun 2012 dan memenuhi syarat kelayakan untuk pemohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4 tahun 2013. Sebagai sebuah maktab yang khusus untuk aliran sains, MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.
A Syarat Kelayakan permohonan ke MRSM
- Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera di tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
- Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan dipertimbangkan permohonannya.
- Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperolehi sekurang-kurangnya lulus dalam kedua-dua mata pelajaran Matematik dan Sains.
Syarat Kelayakan Masuk MRSM
- Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E untuk mata pelajaran teras dalam keputusan PMR tahun 2012.
- Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2012.
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
- Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 26 hingga 30 November 2012.
- Tempat dan tarikh ujian perlu dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara atas talian (online).
Pemilihan Calon
- Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
- Hanya pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
- Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan. Maklumat permohonan yang tidak lengkap juga tidak akan dipertimbangkan.
B Permohonan
- Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
- Nombor pin boleh diperolehi dari semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Semua Maktab Rendah Sains MARA mulai 1 Oktober 2012. Yang berikut diperlukan semasa mendapatkan nombor pin : i) salinan kad pengenalan pemohon ii) keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2012 yang telah disahkan benar iii) angka giliran PMR pemohon. Nombor pin adalah percuma.
- Kemudian layari laman ini : Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2013 untuk mengisi maklumat secara online.
- Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
- Pemohon juga perlu mencetak borang permohonan online yang telah lengkap diisi dan menghantarnya bersama-sama dokumen-dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2012.
- Permohonan Ke Tingkatan 4 2013,
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19,
Ibu Pejabat MARA,
Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
- Permohonan Ke Tingkatan 4 2013,
C Tarikh Tutup
- Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 19 Oktober 2012.
- Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pada bulan Februari 2013.
- Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013 maka permohonannya dianggap tidak berjaya.
D Pertanyaan
- Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.
E Maklumat Tambahan
Lain-lain :
*Kini Ibu Bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan
sekolah anaknya secara online*
*Tarikh Bayaran Gaji Bulanan Kakitangan Kerajaan 2013, 2012*
*Hari Kelepasan Am/Cuti Umum 2013*
.
*Takwim Peperiksaan Awam Tahun 2013*




24 comments
Rukumani Devi Maniam said:
4 October 2012 at 4:22 pm
Anak saya sakit semasa peperiksaan percubaan dan tidak mendapat kelayakan yang sepatutnya. Bolehkah dia menggunakan keputusan itu untuk memohon?
Terima kasih.
HASHIM BIN SARING said:
4 October 2012 at 5:37 pm
Email kan Borang Permohonan Kemasukan Ketingkatan 4 MRSM Tahun 2013
anissa said:
13 October 2012 at 5:18 pm
hashim awak tinkatan brape?
anissa said:
14 October 2012 at 5:24 pm
saya harap smua plajar pmr do the best..insyaallah awak smua dapat kputusa cmerlang..
JOTHI A/P YAVANESWARAN said:
7 October 2012 at 5:03 pm
THE PURPOSE I APPLY MRSM TO INCREASE MY EDUCATION QUALITY.
nurul ain said:
14 October 2012 at 5:26 pm
saya telah menduduki upsr..saya doakan sekolah saya meningkat pada tahun ini…amin
PULEIN KADING said:
30 October 2012 at 5:23 pm
mcm mna nak daftar ni kan..
fadli aziz said:
2 November 2012 at 1:01 am
salam..
saya baru tahu mengenai permohonan kemasukan ke MRSM ni.. saya rase sgt terkilan sbb tidak dapat memohon dari awal.. admin, tahu ta cara lain untuk saya memohon selepas tarikh tutup ni?
Admin said:
2 November 2012 at 1:06 pm
Kerana ini urusan online, kami tidak ada cara lain (kalaulah ada) untuk permohonan kemasukan ini.
mohd zaidi said:
9 November 2012 at 1:00 pm
Tak sempat jugak nak mohon ke MRSM……
amirul shafiq bin muhamad iskandar said:
12 November 2012 at 4:39 pm
saya ingin memohon kemasukan ke sekolah menengah sbp tingkatan 4 berdasarkan keputusan pmr saya. harap permintaan saya dipertimbangkan.terima kasih
[ permohonan ditutup ]
MOHAMAD SYAFIQ BIN JALIL said:
12 November 2012 at 4:42 pm
saya ingin memohon kemasukan ke sekolah ini berdasarkan keputusan pmr saya.permintaan ini harap dapat dipertimbangkan.
[ permohonan ditutup ]
Nursuraya Shazlin said:
25 November 2012 at 12:55 pm
saya nak tanya…apakah jadual ukkm mrsm pada 26.11.2012 ?
Admin said:
25 November 2012 at 10:15 pm
baca di sini : http://www.cikgudahlia.com/2011/11/ujian-kecenderungan-kemasukan-ke-mrsm.html dan http://www.kujie2.com/pengetahuan-am/ujian-kecenderungan-kemasukan.html
najwa said:
26 November 2012 at 2:38 pm
ingin bertanya . masih bolehkah untuk saya ke ukkm mrsm sedangkan saya tidak menghantar cetakan borang permohonan . dan bolehkah saya untuk menukar sesi ukkm dari sesi petang ke pagi dengan bersebab ?
Farhah said:
26 November 2012 at 6:17 pm
saya nk tanya, masih ada peluang tak kalau terlepas pada tarikh sepatutnya untuk membuat ujian kecenderungan kemasukan mrsm ?
husna said:
26 December 2012 at 2:17 pm
salam,sy terlewat mmohon utk kmasukan ting 4(2013).mcm mna caranya utk sy mohon semula?
NUR SYAHIRAH BT KAMARUDDIN said:
30 December 2012 at 11:29 pm
Salam,, Keputusan PMR baru sahaja di keluarkan pada 19 dis 2012,, tetapi kenapa tarikh tutup kemasukan Pelajar baru ke tingkatan 4 berasrama penuh sudah Di tutup 31 Oct 2012 di mana saya belum mengetahui Lagi keputusan pmr.
Untuk pengetahuan tuan/puan, saya bagi mewakili pelajar-pelajar yang mendapat keputusan PMR 8a yang ingin memasuki sek. Berasrama penuh, merasa kecewa kerana tarikh kelayakan permohonan berkenaan telah tutup lebih awal sebelum keputusan PMR di keluar kan.
Justeru itu saya yang mendapat keputusan PMR 8a 2012, ingin memohon jasa baik JAB .Pelajaran Malaysia
Meminda atau memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang PMR 8A dan 6A/2B memohon memasuki sek.berasrama penoh.
Kelulusan dan pemindaan JPMm sangat-sangat lah kami harap kan dan di ucapkan jutaan terima kasih.
Maklum balas segera amat di hargai.
Terima kasih.
Nur syahirah bt kamaruddin.
Admin said:
31 December 2012 at 3:26 pm
Tarikh permohonan kemasukan ke SBP dan MRSM biasanya diumumkan oleh kaunselor sekolah semasa perhimpunan. Permohonan ini hanya memerlukan keputusan peperiksaan percubaan PMR. Permohonan ke SBP dan MRSM telah ditutup.
ummie nadirah mohd azaha said:
6 January 2013 at 11:57 am
pmr 2012 saya mendapat 9at.tapi saya terlepas mengisi borang ke mrsm.
afiqah ainaa said:
20 January 2013 at 11:09 am
kalau saya dapat sbp, saya dapat mrsm x?
klau saya menolak tawaran sbp skrg, agak2 saya akan dpt x mrsm?
hesha said:
20 January 2013 at 5:10 pm
yang ditawarkan sbp tidak akan ditawarkan mrsm lagi. Jika menolak sbp maka akhirnya kedua-dua tidak dapat
wan mohd azroy said:
30 January 2013 at 2:47 pm
adik saya buat rayuan utk mrsm form4 . bila keputusannya dan web site apa kene check. tq
Laili said:
13 February 2013 at 9:41 pm
Saya x boleh menghantar e-rayuan utk anak saya sbb ‘status pemohon’ hanya tertera ‘Tidak Berjaya’ saja. Sedangkan sepatutnya ada tertera’klik disini utk rayuan’. Bagaimana caranya utk membuat rayuan.