Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2013 Semenanjung Malaysia

Permohonan Kemasukan Ke MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) Tingkatan 4 Tahun 2013 di Semenanjung Malaysia

e-Semakan kesmasukan 2013

 

Tempoh permohonan :  1 Oktober 2012 sehingga 19 Oktober 2012.

Permohonan di atas adalah terbuka kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan PMR tahun 2012 dan memenuhi syarat kelayakan untuk pemohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4 tahun 2013. Sebagai sebuah maktab yang khusus untuk aliran sains, MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

A    Syarat Kelayakan permohonan ke MRSM

  • Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera di tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
  • Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan dipertimbangkan permohonannya.
  • Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperolehi sekurang-kurangnya lulus dalam kedua-dua mata pelajaran Matematik dan Sains.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  • Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E untuk mata pelajaran teras dalam keputusan PMR tahun 2012.
  • Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2012.

       Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  • Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 26 hingga 30 November 2012.
  • Tempat dan tarikh ujian perlu dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara atas talian (online).

Pemilihan Calon

  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  • Hanya pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  • Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan. Maklumat permohonan yang tidak lengkap juga tidak akan dipertimbangkan.

B   Permohonan

  • Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
  • Nombor pin boleh diperolehi dari semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Semua Maktab Rendah Sains MARA mulai 1 Oktober 2012. Yang berikut diperlukan semasa mendapatkan nombor pin :      i)  salinan kad pengenalan pemohon     ii)  keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2012 yang telah disahkan benar    iii)  angka giliran PMR pemohon.   Nombor pin adalah percuma.
  • Kemudian layari laman ini :    Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2013   untuk mengisi maklumat secara online.
Permohonan ke Ting 4 MRSM 2013
  • Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  • Pemohon juga perlu mencetak borang permohonan online yang telah lengkap diisi dan menghantarnya bersama-sama dokumen-dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2012.
    • Permohonan Ke Tingkatan 4 2013,
      Pengarah,
      Bahagian Pendidikan Menengah,
      Tingkat 19,
      Ibu Pejabat MARA,
      Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.

C    Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 19 Oktober 2012.
  • Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pada bulan Februari 2013.
  • Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013 maka permohonannya dianggap tidak berjaya.

D    Pertanyaan

  • Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.

E    Maklumat Tambahan

 

Lain-lain :

Klik di sini untuk Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4 Tahun 2014

*Kini Ibu Bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan
sekolah anaknya secara online
*

*Tarikh Bayaran Gaji Bulanan Kakitangan Kerajaan 2013, 2012*

*Hari Kelepasan Am/Cuti Umum 2013*
.
*Takwim Peperiksaan Awam Tahun 2013*

 

Comments: 24

  1. Saya x boleh menghantar e-rayuan utk anak saya sbb ‘status pemohon’ hanya tertera ‘Tidak Berjaya’ saja. Sedangkan sepatutnya ada tertera’klik disini utk rayuan’. Bagaimana caranya utk membuat rayuan.

    • yang ditawarkan sbp tidak akan ditawarkan mrsm lagi. Jika menolak sbp maka akhirnya kedua-dua tidak dapat

  2. Salam,, Keputusan PMR baru sahaja di keluarkan pada 19 dis 2012,, tetapi kenapa tarikh tutup kemasukan Pelajar baru ke tingkatan 4 berasrama penuh sudah Di tutup 31 Oct 2012 di mana saya belum mengetahui Lagi keputusan pmr.

    Untuk pengetahuan tuan/puan, saya bagi mewakili pelajar-pelajar yang mendapat keputusan PMR 8a yang ingin memasuki sek. Berasrama penuh, merasa kecewa kerana tarikh kelayakan permohonan berkenaan telah tutup lebih awal sebelum keputusan PMR di keluar kan.

    Justeru itu saya yang mendapat keputusan PMR 8a 2012, ingin memohon jasa baik JAB .Pelajaran Malaysia
    Meminda atau memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang PMR 8A dan 6A/2B memohon memasuki sek.berasrama penoh.

    Kelulusan dan pemindaan JPMm sangat-sangat lah kami harap kan dan di ucapkan jutaan terima kasih.

    Maklum balas segera amat di hargai.

    Terima kasih.
    Nur syahirah bt kamaruddin.

    • Tarikh permohonan kemasukan ke SBP dan MRSM biasanya diumumkan oleh kaunselor sekolah semasa perhimpunan. Permohonan ini hanya memerlukan keputusan peperiksaan percubaan PMR. Permohonan ke SBP dan MRSM telah ditutup.

  3. saya nk tanya, masih ada peluang tak kalau terlepas pada tarikh sepatutnya untuk membuat ujian kecenderungan kemasukan mrsm ?

  4. ingin bertanya . masih bolehkah untuk saya ke ukkm mrsm sedangkan saya tidak menghantar cetakan borang permohonan . dan bolehkah saya untuk menukar sesi ukkm dari sesi petang ke pagi dengan bersebab ?

  5. saya ingin memohon kemasukan ke sekolah ini berdasarkan keputusan pmr saya.permintaan ini harap dapat dipertimbangkan.

    [ permohonan ditutup ]

  6. saya ingin memohon kemasukan ke sekolah menengah sbp tingkatan 4 berdasarkan keputusan pmr saya. harap permintaan saya dipertimbangkan.terima kasih

    [ permohonan ditutup ]

  7. salam..
    saya baru tahu mengenai permohonan kemasukan ke MRSM ni.. saya rase sgt terkilan sbb tidak dapat memohon dari awal.. admin, tahu ta cara lain untuk saya memohon selepas tarikh tutup ni?

    • Kerana ini urusan online, kami tidak ada cara lain (kalaulah ada) untuk permohonan kemasukan ini.

Please share to benefit others by clicking the share buttons bar (top or bottom)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *