Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2013 Sabah Sarawak

Permohonan Kemasukan Ke MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) Tingkatan 4 Tahun 2013 di Sabah dan Sarawak

.
Klik di sini untuk Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4 Tahun 2014

Tempoh permohonan :  19 Disember 2012 sehingga 7 Januari 2013.

Permohonan di atas adalah terbuka kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 tahun 2012 yang memenuhi syarat kelayakan untuk pemohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4 tahun 2013. Sebagai sebuah maktab yang khusus untuk aliran sains, MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

A    Syarat Kelayakan permohonan ke MRSM di Sabah dan Sarawak

  • Permohonan ini terbuka kepada pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Sabah dan Sarawak dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Sabah dan Sarawak.
  • Pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 5A 3B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR.
  • Pelajar yang sedang menuntut di  Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.

B   Permohonan

  • Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
  • Nombor pin boleh diperolehi dari semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Semua Maktab Rendah Sains MARA berdekatan pada waktu pejabat mulai 19 Disember 2012. Yang berikut diperlukan semasa mendapatkan nombor pin :      i)  salinan kad pengenalan pemohon     ii)  salinan keputusan Peperiksaan PMR 2012 yang telah disahkan benar.   Nombor pin adalah percuma.
  • Kemudian layari laman ini :    Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2013 Sabah dan Sarawak   untuk mengisi maklumat secara online.Permohonan ke Ting 4 MRSM 2013 Sabah sarawak
Permohonan ke Ting 4 MRSM 2013 Sabah sarawak
  • Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  • Pemohon juga perlu mencetak borang permohonan online yang telah lengkap diisi dan menghantarnya bersama-sama dokumen-dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah selewat-lewatnya pada 11 Jan 2013.
    • Permohonan Ke Tingkatan 4 2013,
      Pengarah,
      Bahagian Pendidikan Menengah,
      Tingkat 19,
      Ibu Pejabat MARA,
      21, Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.

C    Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 7 Januari 2013.
  • Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pada bulan Februari 2013.
  • Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013 maka permohonannya dianggap tidak berjaya.

D    Nota Tambahan

  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  • Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

E    Pertanyaan

  • Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.

F    Maklumat Tambahan

 

Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4 Tahun 2013 Semenanjung Malaysia

Klik di sini untuk Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4 Tahun 2014

Please share this page in your Facebook, Twitter, Google +1 or email the link to your friends, let all your Sabah Sarawak friends know earlier.

Comments: 13

  1. Saya adalah ibu tunggal yang hanya menerima Pencen socso dan tidak berkerja. Anak saya ingin memohon untuk masuk ke MRSM ni ke tingkatan 4. Anak saya mendapat 4A dan 3B bagi PMR 2012. (4A tu semuanya teras). Layak ke dia memohon? Terima kasih

  2. Nur Liyana binti Kamarudin,
    (No. Kad Pengenalan : 970409435024),
    No. 71 Jalan Intan,
    Taman Sri Nanding,
    43100 Hulu Langat,
    Selangor Darul Ehsan.

    Kepada,

    Pengarah,
    Bahagian Pendidikan Menengah,
    Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
    21, Jalan Raja Laut,
    50609, Kuala Lumpur. 28 Februari 2013

    Tuan,

    RAYUAN KEMASUKAN KE TINGKATAN EMPAT MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) 2013

    Perkara diatas mohon dirujuk.

    2. Untuk makluman pihak tuan, permohonan awal saya keMRSM Tingkatan 4 bagi sesi tahun 2013 dalam tempoh 1 Oktober hingga 19 Oktober 2012 adalah tidak berjaya. Sehubungan dengan itu, Saya ingin merayu kepada pihak tuan agar dapat menempatkan saya kemana-mana MRSM untuk kali ketiga.

    3. Saya membuat rayuan ini adalah kerana saya benar-benar berminat dan mempunyai keyakinan tinggi bahawa MARA benar-benar berkemampuan untuk melahirkan generasi yang boleh memantapkan dan memajukan bangsa dan negara. Tambahan pula, tiada seorang pun ahli dalam keluarga saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran Ke MRSM.

    4. Selain dari itu, bapa saya merupakan seorang pesara kerajaan yang berpendapatan rendah, manakala ibu saya hanya seorang suri rumah yang tidak bekerja. sekiranya diberi peluang oleh pihak tuan untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM, saya akan memanfaatkannya sebaik mungkin demi kemajuan pelajaran dan membela nasib keluarga saya.

    5. Saya benar-benar berharap agar rayuan saya ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan.
    Kerjasama dan sokongan penuh dari pihak tuan, didahului dengan ucapan terima kasih.

    Sekian terima kasih.

    “RAKYAT DIDAHULUIKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

    Yang benar,

    (NUR LIYANA BINTI KAMARUDIN)

    • Surat rayuan tidak boleh dipos di sini. Mesti dicetak dan ditanda tangani dan dihantar beserta dengan salinan semua sijil pencapaian cemerlang. Sungguhpun telah dijelaskan, tetapi pelajar tetap enggan membaca dengan teliti.

  3. Bismillahhirrahmannirahim.

    Anak saya telah mendapat straight A’s dalam PMR 2012 namun tidak berjaya memasuki MRSM Sandakan, Sabah. Walau bagaimanapun, saya telah mencuba nasib dengan menghantar rayuan kepada pihak MARA. Bilakah keputusan rayuan akan keluar ? :) Dan bolehkah saya menghubungi pihak MRSM Sandakan bagi mengetahui sebab anak saya tidak dapat menempatkan diri di sekolah tersebut ?

    Anak saya sungguh kecewa kerana ketiga-tiga orang rakannya yang tidak mendapat straight A’s berjaya memasuki MRSM KoKi dan MRSM Sandakan.

    • Sila hubungi ibu pejabat MARA. Apa jua tindakan pro aktif SENTIASA lebih baik daripada menunggu.

    • Dah buat rayuan 2 kali. Sekarang ni semua kawan-kawan anak saya yg memohon dan buat rayuan dpt Mrsm KoKi dan Mrsm Sandakan. Sedih sgt tgk anak saya sbb kawan dia baru sahaja dpt panggilan ke mrsm masuk 8/4 ni.

  4. Assalamualaikum,

    Saya merupakan seorng pelajar dari Sekolah Menengah Sains Labuan. Saya ingin bertanya, bolehkah saya berpindah ke MRSM Sandakan untuk persekolahan sesi 2014 dalam tingkatan 5 ?

    @
    boleh. buat permohonan melaui MRSM anda sekarang

  5. Thanks to my father who informed me regarding this blog, this blog is actually awesome.

  6. I got this web site from my friend who informed me regarding this web site and now this time I am visiting this web page and reading very informative articles or reviews here.

Searching for books? 10 million titles HERE. FREE shipping worldwide!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *