Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional Dan SM Teknik Ambilan Januari 2016

Permohonan Kemasukan Ke Program Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan Januari 2016 untuk Murid Tingkatan Tiga Tahun 2015 

Semakan Kemasukan Ke Program Kolej Vokasional Dan SM Teknik Ambilan Jan 2016

Permohonan ke Program tersebut telah  dilangsungkan secara online mulai 5 Oktober 2015 sehingga 20 Disember 2015.

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut : 

1.  UNTUK PROGRAM KOLEJ  VOKASIONAL
(MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA)
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)

SYARAT UMUM

  •  Calon adalah Warganegara Malaysia;
  •  Calon  mestilah  murid  yang  bersekolah  di  Sekolah  Menengah  Kerajaan  / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS )yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ;
  •  Calon sihat tubuh badan;
  •  Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  •  Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA.
  •  Calon bebas daripada masalah mental; dan
  •  Calon berminat dengan program dipohon.

SYARAT KHUSUS

  •  Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
  •  Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,  Bahasa  Inggeris,  Sains,  Matematik,  dan  Kemahiran  Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).

 

2.  KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) – ALIRAN TEKNIKAL
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)

SYARAT UMUM:

  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  • Calon  telah  menduduki  Pentaksiran  Berasaskan  Sekolah  (PBS)  yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
  • Calon sihat tubuh badan;
  • Calon  bebas  daripada  sakit  kronik  (masalah  jantung,  darah  tinggi,  kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bebas daripada masalah mental;
  • Calon berminat dengan kursus dipohon; dan
  • Calon  bidang  *Kejuruteraan  Mekanikal,  Kejuruteraan  Elektrik  dan  Elektronik serta Kejuruteraan Awam mestilah TIDAK RABUN /BUTA WARNA.

SYARAT KHUSUS:

KURSUS i.      Calon memperoleh sekurang-kurangnya C bagi mata pelajaran berikut iaitu :

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Kemahiran Hidup

ii.      Calon memperoleh sekurang-kurangnya D dan Band 4 bagi mata pelajaran Sains;

*Kejuruteraan Mekanikal
*Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
*Kejuruteraan Awam
Sains Pertanian
Perdagangan

 

3.  UNTUK PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)

  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  • Calon  telah  menduduki  Pentaksiran  Berasaskan  Sekolah  (PBS)  yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
  • Calon sihat tubuh badan;
  • Calon  bebas  daripada  sakit  kronik  (masalah  jantung,  darah  tinggi,  kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bebas daripada masalah mental;
  •  Calon berminat dengan program dipohon;
  •  Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
  • Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA.

 

4.   UNTIUK KHUSUS PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran PAV)

  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon merupakan murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga(3) Tahun 2015;
  • Calon sihat tubuh badan;
  • Calon  bebas  daripada  sakit  kronik  (masalah  jantung,  darah  tinggi,  kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bebas daripada masalah mental;
  •  Calon berminat dengan program dipohon;
  •  Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
  • Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA.

Klik di sini untuk melakukan permohonan secara online.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dari portal online itu.

 

Searching for books? 10 million titles HERE. FREE shipping worldwide!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *