Permohonan Kemasukan Ke Program Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan Januari 2019 untuk Murid Tingkatan Tiga Tahun 2018
Tempoh permohonan : 15 Okt 2018 – 20 Dis 2018
Semakan Kemasukan Ke Program Kolej Vokasional Dan SM Teknik Ambilan Jan 2019 : 18 Januari 2019
Permohonan ke Program tersebut dilangsungkan secara online mulai 19 Oktober 2017 sehingga 20 Disember 2017.
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :
1. UNTUK PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL
(MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA)
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)
SYARAT UMUM
- Calon adalah Warganegara Malaysia;
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
- Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS )yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ;
- Calon sihat tubuh badan;
- Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
- Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA.
- Calon bebas daripada masalah mental; dan
- Calon berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
- Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
- Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).
2. KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) – ALIRAN TEKNIKAL
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)
SYARAT UMUM:
- Calon adalah Warganegara Malaysia;
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
- Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
- Calon sihat tubuh badan;
- Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
- Calon bebas daripada masalah mental;
- Calon berminat dengan kursus dipohon; dan
- Calon bidang *Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta Kejuruteraan Awam mestilah TIDAK RABUN /BUTA WARNA.
SYARAT KHUSUS:
KURSUS | i. Calon memperoleh sekurang-kurangnya C bagi mata pelajaran berikut iaitu :
ii. Calon memperoleh sekurang-kurangnya D dan Band 4 bagi mata pelajaran Sains; |
*Kejuruteraan Mekanikal | |
*Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik | |
*Kejuruteraan Awam | |
Sains Pertanian | |
Perdagangan |
3. UNTUK PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)
- Calon adalah Warganegara Malaysia;
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
- Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
- Calon sihat tubuh badan;
- Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
- Calon bebas daripada masalah mental;
- Calon berminat dengan program dipohon;
- Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
- Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA.
4. UNTIUK KHUSUS PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran PAV)
- Calon adalah Warganegara Malaysia;
- Calon merupakan murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga(3) Tahun 2015;
- Calon sihat tubuh badan;
- Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
- Calon bebas daripada masalah mental;
- Calon berminat dengan program dipohon;
- Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
- Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA.
Klik di sini untuk melakukan permohonan secara online.
Maklumat lanjut boleh diperolehi dari portal online itu.
Bagaimana untuk mendapatkan salinan permohonan ke kolej vokasional untuk rujukan peribadi memandangkan saya tidak dapat mengakses dan hanya perlu menunggu keputusan sahaja