Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2019 Semenanjung Malaysia

Permohonan Kemasukan Ke Ting. Empat MRSM  2019 Semenanjung Malaysia 

Tempoh permohonan MRSM Ting. 4 Tahun 2019  :  09 Sept 2018 sehingga 30 November 15 Disember 2018

 

 

 

Semakan Keputusan Permohonan dan Rayuan T1  Ambilan ke-1

Semakan Keputusan Permohonan dan Rayuan T4  Ambilan ke-1

A.         SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE :

1.          Pelajar Bumiputera tingkatan tiga yang bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

2.          Pelajar   bukan  Bumiputera   tingkatan   tiga  yang  sedang  bersekolah   di  Sekolah

Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

3.         Pelajar  yang  sedang  menuntut  di  Sekolah  Berasrama  Penuh  (SBP)  dan  Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke  MRSM.

4.          Pemohon mestilah sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3.

B.         CARA MEMOHON KATA LALUAN :

1.         Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan pada waktu pejabat bermula  September 2018.

2.         Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3 yang disahkan  benar serta angka giliran Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2018, semasa mendapatkan kata laluan.

3.         Pemohon  mestilah  mengisi  semua  maklumat  yang  diperlukan  di  dalam  borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.

new

4.          Pemohon  mestilah  menghantar  cetakan  borang  serta dokumen  yang berkaitan  ke alamat di bawah:

(Permohonan ke Tingkatan 4 Tahun 2019)

Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah,

Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut,

50609 KUALA LUMPUR.

C.         UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM)

1.          Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara __ hingga __ Dis 2018.

2.          Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara online.

NOTA :

1.          Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.

2.          Permohonan yang tidak lengkap seperti tidak menghantar secara online dan cetakan borang tidak akan dipertimbangkan.

3.          MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

D.         SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM

Memperoleh keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa

Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.

 

E.          TARIKH TUTUP PERMOHONAN :

1.          Tarikh akhir permohonan secara online dilanjutkan  kepada 15 Disember 2018.

2.          Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat- lewatnya pada 15 Dis 2018.

3.          Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Januari 2019. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2019, permohonan dianggap tidak berjaya.

 

 

Comments: 3

  1. Memohon agar pemberitahuan tarikh kemasukan MRSM 2015 di hantar ke e-mail saya seperti di atas.

    @
    perlu semak secara online, sendiri

Please share to benefit others by clicking the share buttons bar (top or bottom)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *