Panduan Mengisi Borang Pendaftaran STAM

Panduan Mengisi Borang Pendaftaran Sijil Tinggi Agama Malaysia
stam

Calon hendaklah membaca semua arahan dengan teliti sebelum mengisi Borang Pendaftaran Peperiksaan. Borang hendaklah diisi dengan tulisan tangan calon sendiri menggunakan pena mata bola sahaja.
1. Tahun – Tulis tahun semasa calon menduduki peperiksaan STAM.
2. Nama Calon – Tulis nama calon dengan HURUF BESAR seperti yang tercatat dalam kad pengenalan / dokumen pengenalan diri (dokumen dilampirkan).
Nama Calon Dalam Bahasa Arab – Tuliskan nama calon dalam Bahasa Arab (bukan ejaan JAWI Melayu) dan mesti sama seperti nama yang diisi di dalam borang permohonan ke Universiti Al-Azhar, Mesir.
3. Nombor Kad Pengenalan – Tulis nombor kad pengenalan MyKad, MyPR, MyKAS / nombor tentera / nombor polis. Jika tiada tulis nombor janaan LP.
4. Nombor-nombor Lain Pengenalan Diri – Tulis nombor pasport / nombor sijil kelahiran / nombor pendaftaran pengangkatan / nombor permit belajar dan lain-lain bagi calon yang menggunakan nombor janaan LP.
5. Tarikh Lahir – Tulis tarikh lahir calon seperti yang tercatat dalam kad pengenalan / dokumen pengenalan diri. Gunakan satu petak bagi setiap satu angka tarikh lahir. Tulis angka 0 pada petak sebelah kiri nombor jika nombor bagi hari atau bulan lahir calon satu digit.
6. Jantina – Pilih dan tulis kod seperti berikut:       1 – Lelaki         2 – Perempuan
7. Keturunan – Tulis keturunan calon.
8. Agama – Tulis agama calon.
9. Jenis Kemasukan – Pilih dan tulis kod seperti berikut:
  ……………………9 – Calon baharu           8 – Calon mengulang
10. – Tidak perlu diisi oleh calon.

11. Jenis Kecacatan – Pilih dan tulis kod seperti berikut: (dokumen dilampirkan)
A – Masalah Pembelajaran
B – Kurang Upaya Penglihatan (Buta)
C– Kurang Upaya Pelbagai
D – Kurang Upaya Pertuturan
F – Kurang Upaya Fizikal
P – Kurang Upaya Pendengaran
R – Kurang Upaya Penglihatan (Rabun)

12. Tahun Peperiksaan SPM Terakhir
13. Angka Giliran SPM Terakhir – Tuliskan tahun dan angka giliran 8PM terakhir diduduki (dokumen dilampirkan).
14. Warganegara – Tuliskan warganegara calon bagi calon bukan warganegara Malaysia.
15. Alamat            16. Poskod                      17. Bandar             18. Negeri
– Tulis alamat surat menyurat calon dengan lengkap iaitu nombor rumah, jalan, taman / kampung, poskod, bandar dan negeri.

19. Nombor Telefon (Wajib diisi oleh calon) – Tulis nombor telefon calon yang boleh dihubungi.
20. Alamat E-mel (Wajib diisi oleh calon) – Tulis alamat e-mel calon yang boleh dihubungi.
21. Pendaftaran Mata Pelajaran (Rujuk senarai mata pelajaran di atas).
– lsikan kod, nama mata pelajaran dan jumlah mata pelajaran yang didaftar dalam ruangan yang disediakan.
22. Keterangan Bayaran – Tulis maklumat bayaran bagi mata pelajaran yang didaftar oleh calon sekolah agama rakyat, swasta dan luar negara. Tulis juga maklumat tentang Kiriman Wang / Wang Pos / Draf Bank atas nama Akauntan Negara Malaysia untuk bayaran tersebut. Bayaran Asas – RM50.00, dan bagi setiap mata pelajaran – RM25.00. Yuran Pengurusan Peperiksaan STAM luar negara kali pertama – RM200.00. Tuliskan jumlah bayaran.
23. – Tidak perlu diisi oleh calon.
24. Pengakuan Calon – Calon hendaklah membaca pernyataan Pengakuan Calon. Calon dinasihat menyemak butiran maklumat diri, maklumat mata pelajaran dan bayaran (untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian sahaja). Setelah itu turunkan tandatangan calon dan tarikh.

 Download Borang Pendaftaran

Please share to benefit others by clicking the share buttons bar (top or bottom)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *