Penambahbaikan PBS Mulai 1 Apr 2014. Baca seterusnya …...

1 April 2014

PT3 2014 menggantikan PMR 2013. Baca Seterusnya …….

Tajuk hangat tahun 2014 ialah sama ada wujud satu peperiksaan yang akan menggantikan peperiksaan PMR.

Peperiksaan masih akan digunakan. Tidak mungkin 100% berdasarkan kerja pentaksiran dan kerja kursus di sekolah. Yang akan menggantikan peperiksaan PMR ialah PT3.

 

23 FEB 2014

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan sehingga ia dikata putuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam masa yang terdekat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata, kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS sedang dijalankan dan cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk keputusan selanjutnya. Keputusan ini akan diumumkan sebelum atau pada 1 April 2014.

“Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga satu kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa terdekat”.

.
Apa itu PBSMR?

PBSMR singkatan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah.

Setakat ini diketahui ia hanya akan melibatkan empat matapelajaran sahaja. Paling mungkin Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Ada pula yang kata PPMR 2014 akan menggantikan PMR.  Tidak ada pihak yang memberikan kata putus lagi dan tertakluk kepada perubahan menjelang dan sepanjang  tahun 2014. Sama-samalah kita lihat.

Dalam satu kenyataan pada 24 Dis 2013, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, peperiksaan baru dikenali PBSMR bagi menggantikan PMR itu masih belum dapat disahkan.

“Apabila ada pelan berkenaan, sudah pastinya akan berlaku perubahan format. Bagaimanapun, saya hanya akan membuat komen apabila semuanya sudah dimuktamadkan dan diterima umum. Saya tidak gemar komen sesuatu yang tidak pasti dan masih belum diwujudkan, malah saya tidak boleh sahkan perkara itu,” katanya.

Yang ibubapa paling mengharapkan ialah isu-isu yang timbul dalam PBS sekarang dan feedback negatif yang dikemukakan dapat diselesaikan oleh pihak yang berkenaan.

Untuk makluman, komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik

  1. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP)
  2. Kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Ibubapa boleh rujuk kepada PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan untuk maklumat lanjut.

 

MORE :

http://myschoolchildren.com/category/education-news/

http://myschoolchildren.com/category/isu-semasa/

Takwim Peperiksaan Awam 2014