Bantuan Persekolahan RM100 Pelajar SR dan SM telah dikeluarkan pada 15 Jan 2013.
Wang bantuan persekolahan RM100 telah dikreditkan ke dalam akaun sekolah pada 14 Jan 2013. Sekolah boleh semak akaun masing-masing untuk mengesahkannya.
Kerajaan telah membelanjakan RM498 juta sebagai peruntukan bantuan persekolahan RM100 setiap pelajar kepada sejumlah 4.98 juta pelajar di seluruh negara pada tahun 2013.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata jumlah kos berkenaan tidak merangkumi peruntukan bantuan persekolahan bagi pelajar sekolah agama rakyat dan sekolah swasta.
“Bantuan itu akan mula diagihkan kepada pelajar sekolah pada 15 Jan ini dan dijangka selesai pada bulan Februari. Kerajaan sebenarnya menyediakan peruntukan sebanyak RM540 juta bagi bantuan persekolahan tahun ini tetapi oleh kerana kerajaan masih belum menerima data jumlah bilangan pelajar dari sekolah swasta dan sekolah agama rakyat, maka jumlah kredit ke akaun sekolah-sekolah hanyalah RM498 setakat ini” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama penduduk-penduduk di Parit Gantung, Batu Pahat, semalam.
Bantuan persekolahan RM100 itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet Tahun 2013.
Ini adalah kali kedua pembayaran tersebut dilakukan yang meliputi semua pelajar dari sekolah rendah dan menengah tanpa mengambil kira faktor pendapatan seisi keluarga.
Maklumat berita pendidikan yang lain :
http://myschoolchildren.com/category/education-news/