Soalan Lazim Tentang MUET

Soalan Lazim Tentang MUET ( FAQ About Malaysian University English Test )

1.  Siapakah yang dikehendaki mengambil Malaysian University English Test (MUET)?

Calon yang ingin memohon untuk memasuki IPTA di Malaysia bagi mengikuti program ijazah pertama.

2.  Berapa kali MUET dijalankan dalam setahun?

Mulai 2012, MUET dijalankan sebanyak tiga kali dalam setahun, iaitu pada bulan Mac, Julai, dan November.

3.  Apakah syarat kelayakan untuk menduduki MUET?

Tidak ada apa-apa syarat dikenakan untuk menduduki MUET.

4.  Berapa kertas dalam peperiksaan MUET?

Terdapat empat kertas, iaitu kertas 1 (Listening), kertas 2 (Speaking), kertas 3 (Reading), dan kertas 4 (Writing).

5.  Berapakah bayaran yuran MUET?

Mulai tahun 2012, bayaran yuran untuk MUET adalah sebanyak RM100.00.

6.  Bagaimanakah untuk membuat pendaftaran MUET?

Pendaftaran peperiksaan MUET dibuat secara online melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my  atau http://www.mesp.gov.my/Online  untuk mengetahui cara melakukan pendaftaran.

7.  Setelah pendaftaran dibuat, bagaimanakah saya boleh menyemak status pendaftaran saya?

Calon boleh menyemak status pendaftaran dengan dua cara:
i. melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my
ii. melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon boleh menaip MUET INFO <jarak><nombor kad pengenalan> dan hantar ke 15888.

8.  Bagaimanakah cara untuk mendapatkan slip daftar MUET (MUET/D)?

Calon boleh mencetak slip daftar MUET (MUET/D) melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my

9.  Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan menukar pusat ujian MUET?

Calon dikehendaki mengisi borang MUET/C2 yang boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my dan mengemukakan permohonan kepada MPM melalui Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing, selewat-lewatnya dua bulan sebelum peperiksaan bermula.

10.  Adakah bayaran dikenakan untuk menukar pusat ujian?

Ya. Caj sebanyak RM25 dikenakan bagi setiap calon. Bayaran mesti dibuat dengan kiriman wang/wang pos atas nama “Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia”.

11.  Bolehkah saya membuat pertukaran tarikh ujian Speaking MUET?

Boleh, dengan syarat mengemukakan surat permohonan rasmi kepada MPM seminggu sebelum tarikh ujian berkenaan bermula dengan memberi butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, angka giliran, tarikh baru yang dipohon, alasan pertukaran (sertakan bukti), dan nombor telefon.

12.  Bolehkah saya menangguhkan daripada menduduki MUET?

Tidak boleh.

13.  Jika saya ingin menarik diri daripada menduduki MUET, adakah yuran ujian saya akan dikembalikan. Jika ya, adakah saya akan mendapat jumlah yang penuh?

Tidak, kecuali bagi kes yang berikut:
i. calon yang sakit berpanjangan dan dapat mengemukakan surat pengesahan tentang penyakitnya oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
ii. calon yang meninggal dunia (salinan surat perakuan kematian hendaklah dikemukakan oleh ahli keluarga atau wakilnya)

Bagi kes di atas, jumlah bayaran akan ditentukan oleh MPM.

14.  Bagaimanakah cara untuk memohon menarik diri daripada menduduki MUET?

Calon perlu mengisi borang permohonan penarikan diri yang boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my .

15.  Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan ejaan nama dan nombor kad pengenalan yang silap tercetak pada Slip Daftar MUET (MUET/D)?

Calon boleh mengemukakan surat kepada MPM dengan menyertakan salinan kad pengenalan. Pembetulan tidak akan dibuat pada Slip Daftar MUET, tetapi akan dibuat pada slip keputusan MUET.

16.  Bagaimanakah cara untuk mendapatkan salinan slip keputusan MUET?

Calon boleh membuat permohonan secara bertulis kepada MPM. Borang permohonan boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my

17.  Adakah bayaran dikenakan terhadap permohonan salinan slip keputusan MUET?

Ya.

i. Caj sebanyak RM20 dikenakan bagi permohonan kali pertama, RM30 bagi permohonan kali kedua, dan RM50 bagi permohonan kali ketiga dan seterusnya.
ii. Bayaran mestilah dibuat dengan kiriman wang/wang pos atas nama “Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia”.

18.  Di manakah saya boleh memperoleh buku peraturan dan sukatan pelajaran MUET dan berapakah harganya?

Buku tersebut boleh dibeli daripada MPM pada harga RM15. Borang permohonan boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my . Buku ini juga boleh dimuat turun/dicetak secara percuma melalui Portal MPM.

19.  Berapakah tempoh sah laku keputusan MUET?

Tempoh sah laku keputusan MUET adalah seperti yang berikut:

(a) Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013.
(b) Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun, iaitu mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

20.  Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan MUET?

Calon boleh menyemak status keputusan MUET dengan dua cara:

i. melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my
ii. melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon boleh menaip MUET RESULT<jarak><nombor kad pengenalan> dan hantar ke 15888.

21.  Bolehkah saya membuat permohonan rayuan semak semula keputusan MUET?

Boleh. Borang permohonan rayuan semak semula keputusan MUET boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my . Tarikh tutup rayuan semak semula ini ialah dua minggu selepas tarikh keputusan diumumkan.

22.  Adakah bayaran dikenakan terhadap permohonan rayuan semak semula keputusan MUET?

Ya. Caj sebanyak RM70 dikenakan bagi tujuan ini. Bayaran mestilah dibuat dengan kiriman wang/wang pos atas nama “Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia”.

23.  Bolehkah borang permohonan salinan penyata keputusan MUET diproses jika saya tidak mengisi ruang angka giliran kerana terlupa?

Boleh. Maklumat asas seperti nama, nombor kad pengenalan (berserta salinan kad pengenalan), sesi dan tahun menduduki ujian MUET boleh digunakan untuk mengesan penyata keputusan MUET calon.

24.  Berapa lamakah tempoh permohonan untuk mendapatkan salinan penyata keputusan MUET?

Penyata keputusan MUET yang dipohon melalui pos akan dikirimkan kepada pemohon dalam tempoh satu hari bekerja selepas permohonan diterima oleh MPM, dan yang dipohon di kaunter MPM akan disiapkan dalam tempoh 30 minit selepas permohonan diterima.

25.  Mengapakah saya mendapat keputusan X dalam ujian MUET, sedangkan saya hanya tidak hadir untuk satu kertas sahaja?

Dalam ujian MUET, calon diwajibkan menduduki keempat-empat komponen ujian MUET. Jika gagal menduduki salah satu komponen atau kertas, maka calon akan mendapat keputusan X untuk keseluruhan keputusan ujian MUET.

Sumber : http://www.mpm.edu.my

 

Comments: 8

  1. 1) Adakah cara pemarkahan muet berbeza jika diambil di sekolah, matrikulasi atau ipta ?

    2) Mengapa kebanyak calon muet yang menduduki peperiksaan di ipta susah untuk mendapat keputusan band 4 ? Adakah soalan muet disekolah lebih senang berbanding ipta ?

    • Salam …
      Sy ingin bertanya, sy sudah membuat pertukaran pusat ujian lisan shj di sekolah yg berdekatan dgn rumah sy, tetapi pihak mpm tidak update terkini tentang status sy di aplikasi semakan di laman web mpm . Jd skrg nie sy tidak tahu sama ada pertukaran sy diluluskan ataupun tidak . Jd, bolehkah sy trus dtg ke sekolah yg berdekatan dgn rumah sy tu & beritahu pd pengawas muet yg bertugas utk sy membuat ujian lisan di sekolah tersebut ? Mohon bantuan . Sy buntu sgt sbb muet dah nak mulaaa 😭😭😭😭

  2. adakah keputusan muet kali pertama masih boleh digunakan bagi urusan pengajian sekiranya seseorang individu gagal hadir bagi peperiksaan muet kali ke dua

  3. mcm mane cara saya nak memohon untuk menambahkan satu markah bagi mendapatkan band3..
    keputusan muet saya hanya perlukan 1 markah untuk saya band 3 dan barulah saya boleh grade..i need help please

  4. bagaimana cara untuk membuat surat untuk mpm bagi penbetulaan dalam kad pemgenalaan.saya tersilap dalam daftar muet.tolong memberi tunjuk ajar.terima kasih

  5. Sekiranya saya tidak hadir pada peperiksaan MUET, dan saya ingin mendaftar semula , adakah saya dikategorikan didalam peperiksaan ulangan atau pun hanya membuat pendaftaran baru sahaja?

  6. Boleh tak kita nak tukar calon persendirian ke calon sekolah kalau dah daftar ? Tp tarikh daftar masih belum ditutup lagi setakat ni.

  7. Saya ambil muet pada sesi mac. Sedangkan upu tutup pada April, saya tidak dapat mengisi upu lagi tanpa keputusan muet. Apakah langkah yang harus dilakukan oleh saya untuk memastikan saya dapat sambung degree pada tahun tersebut?

Searching for books? 10 million titles HERE. FREE shipping worldwide!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *