Sekitar PRU13 (Fakta dan Berita)

‘Patut sentiasa peka dengan keadaan politik semasa walaupun tidak melibatkan diri secara langsung dalam politik negara’

1900 calon bertanding dalam 222 kerusi Parlimen dan 505 DUN. Tiada kerusi tanpa pertandingan. 

Fakta-fakta mengenai Pilihan Raya Umum ke-13.

11 April 2013  (7 fakta)

1.   Seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi dalam pilihan raya umum ke-13. Antaranya 12,992,661 pengundi biasa dan 275,341 adalah pengundi awal.

2.  Pengundi awal akan mengundi pada 30 April 2013 dan terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan berserta 2,954 pengundi di luar negara (tidak dapat hadir ke pusat mengundi) yang akan mengundi melalui pos.

3.  RM 400 juta perbelanjaan diperuntukkan untuk pengendalian PRU13, berbanding dengan RM179 juta pada PRU12.

4.  8,789 pusat mengundi dengan 26,219 saluran mengundi disediakan.  8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi adalah untuk pengundi biasa pada 5 Mei 2013 manakala  544 pusat mengundi dengan 882 saluran mengundi untuk pengundi awal.

5.   Empat peraturan baharu akan diperkenalkan pada PRU13 ini :

i.     penggunaan dakwat kekal

ii.    pengundian awal oleh anggota polis dan tentera menggantikan undi pos

iii.  membenarkan orang kurang upaya (OKU) membawa orang dipercayai untuk membantu semasa pengundian

iv. Memansuhkan proses bantahan dan tidak membenarkan penarikan balik penamaan calon yang telah diluluskan.

6.   Semua petugas media seperti wartawan, jurukamera, juruteknik dan yang berkaitan yang terpaksa bertugas di luar kawasan tempat mereka mengundi, layak memohon untuk mengundi awal. 

7.  Mana-mana majikan yang tidak membenarkan pekerjanya keluar mengundi, apabila disabitkan kesalahan, boleh didenda sebanyak RM5,000 atau dipenjara selama satu tahun sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954,”

 

 

 

Yang berkaitan :

Semak daftar pengundi PRU13

Tarikh Cuti Awam dan Negeri 

 

Comments: 1

Searching for books? 10 million titles HERE. FREE shipping worldwide!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *