Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Kawalan Tahun 2017
01.09.2016 sehingga 30.09.2016 (TUTUP)
1.
Mengapakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan?
Memudahkan permohonan ke tahun 1 dan sekolah kawalan tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
2.
Bagaimanakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini berfungsi?
Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1 dan ke sekolah kawalan.
3.
Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna?
Ibu bapa dan penjaga.
4.
Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai pengguna baru?
Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
Rujukan: Manual Pengguna.
5.
Selepas membuat pendaftaran, saya mendapati No. Mykad yang dimasukkan adalah salah, apakah yang harus saya lakukan?
Sila daftar semula dengan menggunakan No. Mykad yang betul.
6.
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan Maklumat Diri dan Maklumat Akuan-> Semak Jawapan.
Rujukan: Manual Pengguna.
7.
Bagaimanakah jika saya terlupa jawapan kepada soalan keselamatan?
E-mel kepada pihak admin.
8.
Apakah yang harus saya lakukan jika terlupa No. Angka Giliran?
Rujuk melalui pihak sekolah.
9.
Apakah syarat-syarat untuk kemasukan ke sekolah kawalan?
Setiap sekolah mempunyai syarat-syarat berbeza mengikut negeri dan kawasan.
Baca Panduan Am dengan teliti.
10.
Di manakah saya boleh rujuk senarai sekolah-sekolah dibawah sekolah kawalan?
Baca Panduan Am dengan teliti.
11.
Sekiranya permohonan telah dihantar, adakah saya masih boleh mengemaskininya?
Selagi tarikh tutup permohonan dibuka, anda masih boleh mengemaskininya.
12.
Bagaimanakah saya boleh menyemak status permohonan saya?
Setelah permohonan anda dihantar, tekan semak permohonan untuk melihat status.
13.
Adakah permohonan ini dikenakan sebarang bayaran?
Tiada bayaran dikenakan.
14.
Jika terdapat sebarang masalah yang saya tidak dapat saya selesaikan, siapakah yang patut saya rujuk?
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Unit ICT
No. Tel. : 03-88849415 & 03-88849458
E-mel :kmp.kawalan@moe.gov.my
|
Semakan Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Kawalan