PANDUAN MENGISI  BORANG PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR

Calon  hendaklah  membaca  semua  arahan  dengan  teliti  sebelum  mengisi Borang  Pendaftaran  Peperiksaan UPSR. Borang  hendaklah  diisi dengan tulisan  tangan calon sendiri menggunakan pena mata bola sahaja.

SENARAI  MATA PELAJARAN DITAWARKAN

SK
011       Bahasa Melayu Pemahaman
012       Bahasa Melayu Penulisan
013       Bahasa lnggeris Pemahaman
014       Bahasa lnggeris Penulisan
015       Matematik
018       Sains

SJKC
021       Bahasa Melayu Pemahaman
022       Bahasa Melayu Penulisan
023       Bahasa lnggeris Pemahaman
024       Bahasa lnggeris Penulisan
025       Matematik
026       Bahasa Cina Pemahaman
027       Bahasa Cina Penulisan
028       Sains

SJKT
031       Bahasa Melayu Pemahaman
032       Bahasa Melayu Penulisan
033       Bahasa lnggeris Pemahaman
034       Bahasa lnggeris Penulisan
035       Matematik
036       Bahasa Tamil Pemahaman
037       Bahasa Tamil Penulisan
038       Sains

  1. Tahun – Tulis tahun semasa calon menduduki peperiksaan UPSR.
  2. Nama Calon – Tulis nama calon dengan HURUF BESAR seperti yang tercatat dalam kad pengenalan / dokumen pengenalan diri (dokumen dilampirkan).
  3. Nombor Kad Pengenalan – Tulis nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid. Jika tiada tulis nombor janaan LP.
  4. Nombor-nombor Lain Pengenalan Diri – Tulis nombor pasport / nombor sijil kelahiran / nombor pendaftaran pengangkatan dan lain-lain bagi calon yang menggunakan nombor janaan LP.
  5. Tarikh Lahir – Tulis tarikh lahir calon seperti yang tercatat dalam kad pengenalan / dokumen pengenalan diri.
    Gunakan satu petak bagi setiap satu angka tarikh lahir. Tulis angka 0 pada petak sebelah kiri nombor jika nombor bagi hari atau bulan lahir calon satu digit.
  1.  Jantina – Pilih dan tulis kod seperti berikut:         1 – Lelaki            2 – Perempuan
  2.  Keturunan – Tuliskan keturunan calon.
  3.  Agama – Tuliskan agama calon.
  4. – Tidak perlu diisi oleh calon UPSR.
  5. – Tidak perlu diisi oleh calon UPSR.
  6.  Jenis Kecacatan – Pilih dan tulis kod seperti berikut: (dokumen dilampirkan)

A – Masalah Pembelajaran
B – Kurang Upaya Penglihatan (Buta)
C – Kurang Upaya Pelbagai
D – Kurang Upaya Pertuturan
F – Kurang Upaya Fizikal
P – Kurang Upaya Pendengaran
R – Kurang Upaya Penglihatan (Rabun)

  1. – Tidak perlu diisi oleh calon UPSR.
  2. – Tidak perlu diisi oleh calon UPSR.
  3.   Warganegara  – Tuliskan warganegara calon bagi calon bukan warganegara Malaysia.
  4.   Alamat          16. Poskod                     17. Bandar        18. Negeri.
    – Tulis alamat surat menyurat calon dengan lengkap iaitu nombor rumah, jalan, taman / kampung, poskod, bandar dan negeri.
  1. – Tidak perlu diisi oleh calon UPSR.
  2. – Tidak perlu diisi oleh calon UPSR.
  3.   Pendaftaran Mata Pelajaran (Rujuk SENARAI MATA PELAJARAN DITAWARKAN di atas). – lsikan kod, nama mata pelajaran dan jumlah mata pelajaran yang di daftar dalam ruangan yang disediakan mengikut senarai mata pelajaran SK / SJKC / SJKT sahaja.
  1. Keterangan Bayaran – Tulis maklumat bayaran bagi mata pelajaran yang di daftar oleh calon sekolah swasta.
    Tulis juga maklumat tentang Kiriman  Wang / Wang Pos / Bank Draf atas nama Akauntan Negara Malaysia untuk bayaran tersebut.
  1. – Tidak perlu diisi oleh calon UPSR.
  2.   Pengakuan Calon – Calon / ibu bapa / penjaga hendaklah membaca pernyataan Pengakuan Calon.
    Calon / ibu bapa / penjaga dinasihat menyemak butiran maklumat diri, maklumat    mata pelajaran dan bayaran (untuk sekolah swasta). Setelah itu turunkan  tandatanqan ibu bapa / penjaga  dan tarikh.


Download Borang Pendaftaran




Please share to benefit others by clicking the share buttons bar (top or bottom)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *