Calon hendaklah membaca semua arahan dengan teliti sebelum mengisi Borang Pendaftaran Pentaksiran PASR. Borang hendaklah diisi dengan tulisan tangan calon sendiri menggunakan pena mata bola sahaja.
SENARAI MATA PELAJARAN DITAWARKAN
041 Kemahiran Hidup (Penternakan), Bahasa Melayu dan Matematik
042 Kemahiran Hidup (Jahitan), Bahasa Melayu dan Matematik
043 Kemahiran Hidup (Masakan), Bahasa Melayu dan Matematik
044 Kemahiran Hidup (Perkebunan), Bahasa Melayu dan Matematik
045 Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar dan Bahasa lnggeris
- Tahun – Tulis tahun semasa caJon menduduki PASR.
- Nama Calon – Tulis nama calon dengan HURUF BESAR seperti yang tercatat dalam kad pengenalan / dokumen pengenalan diri (dokumen dilampirkan}.
- Nombor Kad Pengenalan – Tulis nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid. Jika tiada tulis nombor janaan LP.
- Lain-lain Nombor Pengenalan Diri – Tulis nombor pasport / nombor sijil kelahiran / nombor pendaftaran pengangkatan dan lain-lain bagi calon yang menggunakan nombor janaan LP.
- Tarikh Lahir – Tulis tarikh lahir calon seperti yang tercatat dalam kad pengenalan / dokumen pengenalan diri.
Gunakan satu petak bagi setiap satu angka tarikh lahir. Tulis angka 0 pada petak sebelah kiri nombor jika nombor bagi hari atau bulan lahir calon satu digit.
- Jantina – Pilih dan tulis kod seperti berikut: 1 – Lelaki 2 – Perempuan
- Keturunan – Tuliskan keturunan calon.
- Agama – Tuliskan agama calon.
- – Tidak perlu diisi oleh calon PASR.
- – Tidak perlu diisi oleh calon PASR.
- Jenis Kecacatan (Tuliskan Nombor Kad OKU) – Pilih dan tulis kod seperti berikut: (dokumen dilampirkan}
A – Masalah Pembelajaran
B – Kurang Upaya Penglihatan (Buta)
C – Kurang Upaya Pelbagai
D – Kurang Upaya Pertuturan
F – Kurang Upaya Fizikal
P – Kurang Upaya Pendengaran
R – Kurang Upaya Penglihatan (Rabun)
- -Tidak perlu diisi oleh calon PASR.
- -Tidak perlu diisi oleh calon PASR.
- Warganegara – Tuliskan warganegara calon bagi calon bukan warganegara Malaysia.
- Alamat 16. Poskod 17. Bandar 18. Negeri
-Tulis alamat surat menyurat calon dengan lengkap iaitu nombor rumah, jalan, taman / kampung, poskod, bandar dan negeri.
- – Tidak perlu diisi oleh calon PASR.
- – Tidak perlu diisi oleh calon PASR.
- Pendaftaran Mata Pelajaran (Rujuk SENARAI MATA PELAJARAN DITAWARKAN di atas).
– Isikan kod, nama mata pelajaran dan jumlah mata pelajaran yang didaftar dalam ruangan yang disediakan.
- Keterangan Bayaran – Tulis maklumat bayaran bagi mata pelajaran yang di daftar oleh calon sekolah swasta.
Tulis juga maklumat tentang Kiriman Wang / Wang Pos / Bank Draf atas nama Akauntan Negara Malaysia untuk bayaran tersebut.
- – Tidak perlu diisi oleh calon PASR.
- Pengakuan Calon – Calon / ibu bapa / penjaga hendaklah membaca pernyataan Pengakuan Calon.
Calon / ibu bapa / penjaga dinasihat menyemak butiran maklumat diri, maklumat mata pelajaran dan bayaran (untuk sekolah swasta). Setelah itu turunkan tandatangan ibu bapa / penjaga dan tarikh.