Pakej Mata Pelajaran Tingkatan 4 Mulai Tahun 2020 – STEM

Mulai Tahun 2020, tidak ada lagi aliran Sains dan Sastera seperti dalam KBSM. Pelajar mempunyai lebih kebebesan untuk memilih mata pelajaran minat kegemarannya. Ini tidak bermakna pelajar bebas memilih apa-apa mata pelajaran semasa dalam kelas tingkatan 4. KSSM* (Kurikulum Standard Sekolah Menengah), mulai 2020 menawarkan dua golongan pakej utama iaitu :

1, Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)

2. Sastera dan Kemanusiaan. ( S&K )

Kriteria pemilihan adalah yang berikut:
i.   mengambil semua mata pelajaran sains tulen (Kumpulan D) iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan; atau

ii.  mengambil mana-mana dua mata pelajaran sains tulen dan Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi (Kump E) atau mata pelajaran daripada bukan elektif STEM (Kump A, B, C); atau

iii. mengambil sekurang-kurangnya dua mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi (Kump E) atau mengambil mana-mana satu mata pelajaran vokasional, MPV (Kump F).

Contoh-contoh gabungan mata pelajaran teras, wajib dan elektif  adalah seperti berikut:     [ mp = Mata Pelajaran ]

Gabugan pilihan mata pelajaran elektif boleh menjanakan ratusan pakej

dan kebolehlaksanaannya bergantung kepada kemudahan dan sumber guru yang tersedia ada di sekolah. Sila baca halaman ini bersama halaman “6 Kumpulan MP elektif” untuk mendapat gambaran yang lebih jelas.

Berikut adalah contoh-contoh Pakej STEM :

STEM Pakej 1 : Mata pelajaran teras Sains dikecualikan

STEM1

STEM Pakej 2 : Mata pelajaran teras Sains dan Pendidikan Islam dikecualikan

STEM2
                                       Mata pelajaran 1223 tidak boleh diambil bersama 5227 dan 5228         

STEM Pakej 3 : Mata pelajaran teras Sains dikecualikan

STEM3




STEM Pakej 4 : Mata pelajaran teras Sains  dikecualikan

STEM4

STEM Pakej 5 : Mata pelajaran teras Sains dikecualikan

STEM5

STEM Pakej 6 : Mata pelajaran teras Sains dikecualikan

STEM6




STEM Pakej 7 : 2 Elektif dari Kumpulan E dan 1 Elektif dari Kumpulan B

STEM7

STEM Pakej 8 : 2 Elektif dari Kumpulan E dan 1 Elektif dari Kumpulan D

STEM8

STEM Pakej 9 : 1 Elektif dari Kumpulan F

STEM9

STEM Pakej 10 :  2 Elektif Bahasa

STEM10

STEM Pakej 11 :  1 Elektif Kesusasteraan

STEM11

STEM Pakej 12 :  1 Elektif dari Kumpulan E dan 1 Elektif dari Kumpulan F

STEM12



STEM Pakej 13 :  1 Elektif dari Kumpulan B dan 1 Elektif dari Kumpulan F

STEM13

STEM Pakej 14 :  1 Elektif dari Kumpulan B dan 1 Elektif dari Kumpulan F

STEM14

STEM Pakej 15 :  1 Elektif dari Kumpulan A dan 1 Elektif dari Kumpulan F

STEM15

STEM Pakej 16 :  1 Elektif dari Kumpulan B dan 1 Elektif dari Kumpulan F

 STEM16

Untuk pakej yang melibatkan mata pelajaran MPV, ia tertakluk kepada kesediaan sekolah. (Surat Siaran Bil. 11 Tahun 2019)


Sambung … Pakej S&K

 

*KSSM  telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, dengan Tingkatan 1 telah bermula pada 2017, maka Tingkatan 4 bermula pada tahun 2020.
                             
Please share to benefit others by clicking the share buttons bar (top or bottom)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *