e-Rayuan Permohonan ke Tingkatan 1, 4 SBP dan MRSM Tahun 2013

What is Malaysia’s National Philosophy of Education ?
Education in Malaysia is an on-going effort towards developing the potential of individuals in a holistic and integrated manner, so as to produce individuals who are intellectually, spiritually, emotionally and physically
balanced and harmonious based on a firm belief in and devotion to God.
Such an effort is designed to produce Malaysian citizens who are knowledgeable and competent, who possess high moral standards and who are responsible and capable of achieving a high level of personal well being as well as being able to contribute to the harmony and betterment of the family, society and the nation at large.
 
What is Malaysia’s National Science Education Philosophy ?
In consonance with the National Education Philosophy, science education in Malaysia nurtures a Science and Technology Culture by focusing on the development of individuals who are competitive, dynamic, robust and resilient and able to master scientific knowledge and technological competency.

 

e-Rayuan Permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tahun  2013

.
1.   e-Rayuan Permohonan ke Tingkatan 1  SBP Tahun 2013 (ditutup). Klik di sini untuk keputusan e-Rayuan SBP Tingkatan 1.

Jika permohonan asal ke  SBP Tingkatan 1 tahun 2013 dalam tempoh 15 September 2012 sehingga 31 Oktober 2012 tidak berjaya, maka permohonan e-Rayuan boleh dibuat bermula 24 Disember 2012 jam 10.00 pagi.  Klik di sini untuk baca maklumat prosidur permohonan.

eRayuan SBP T1 2013

ditutup

 .

2.   e-Rayuan Permohonan ke Tingkatan 4  SBP Tahun 2013. (ditutup).  Klik di sini untuk keputusan e-Rayuan SBP Tingkatan 4.

Sekiranya permohonan awal ke  SBP Tingkatan 4 sesi tahun 2013 dalam tempoh 15 September 2012 sehingga 31 Oktober 2012 tidak berjaya, maka permohonan e-Rayuan boleh dibuat mulai 16  Januari  2013.  Klik di sini untuk maklumat prosidur permohonan

eRayuan SBP T4 2013

dibuka sekarang (Sila klik banner ini)

.
3.   e-Rayuan Permohonan ke Tingkatan 1  MRSM  Semenanjung Malaysia Tahun 2013 (4 Feb 2013)

Jika permohonan asal ke MRSM Tingkatan 1 bagi sesi tahun 2013 di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 19 November 2012 sehingga 4 Disember 2012  tidak berjaya, maka permohonan e-Rayuan boleh dibuat pada 4 Feb  2013 selepas link keputusan tidak berjaya dipaparkan. Tidak ada top level link untuk tujuan rayuan ini.

  Klik di sini untuk baca maklumat prosidur permohonan

eRayuan MRSM T1 2013

Semak keputusan rayuan MRSM T1 (AMBILAN KEDUA). Ambilan ketiga akan diumumkan tertakluk kepada kekosongan tempat. Link aktif untuk masa TERHAD.

4.   e-Rayuan Permohonan ke Tingkatan 4 MRSM Semenanjung Malaysia Tahun 2013

Sekiranya permohonan awal ke MRSM Tingkatan 4 bagi sesi tahun 2013 di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 1 Oktober 2012 sehingga 19 Oktober 2012 tidak berjaya, maka permohonan e-Rayuan boleh dibuat pada 5 Feb 2013 selepas link keputusan tidak berjaya dipaparkan. Tidak ada top level link untuk tujuan ini.

  Klik di sini untuk baca maklumat prosidur permohonan.

eRayuan MRSM T4 2013

Semak keputusan rayuan MRSM T4 (AMBILAN KEDUA). Ambilan ketiga akan diumumkan tertakluk kepada kekosongan tempat. Link aktif untuk masa TERHAD.

 

5.   e-Rayuan Permohonan ke Tingkatan 4  MRSM Sabah dan Sarawak Tahun 2013

Jika permohonan awal ke  MRSM Tingkatan 4 bagi sesi tahun 2013 di Sabah dan Sarawak dalam tempoh 19 Disember 2012 sehingga 2 Januari 2013 tidak berjaya, maka permohonan e-Rayuan boleh dibuat bermula pada 5 Feb 2013 selepas link keputusan tidak berjaya dipaparkan.  Klik di sini untuk baca maklumat prosidur permohonan.

eRayuan MRSM T4 Sabah Sarawak 2013

 

Semakan lain :

.eRayuan SBP T1 2013
.

 

 

Please share this page in your Facebook, Twitter, Google +1 or email the link to your friends. 

Comments: 51

  1. I got 6 A/1 B in my PMR(2013) and A’s for my Science as well as my Mathematics. Since my ambition is to become an astronomer I see that my chances are wider in MRSM or a Science school. I would be grateful if my massage would be acknowledged.

  2. anak saya mendapat 5A 3B dlm trial pmr tapi saya tidak memohon sendiri mana2 mrsm kerana pihak sekolah menguruskan pendaftaran .bila kputusan sebenar anak saya mendapat 8A dan baru saya tahu pihak sekolah tidak ada mendaftarkan mana2 sekolah berasrama penuh n mrsm jadi adakah anak saya berpeluang untuk memohon masuk dan bagaimanakah caranya?

  3. salam , saya fatin farhana , tingkatan 1 telah membuat rayuan untuk ke mrsm felda trolak. ramai kawan2 saya memberitahu saya bahawa mrsm felda trolak hanya mengambil anak2 felda sahaja. saya sangat2 berminat untuk ke mrsm felda trolak. saya mendapat 5A dalam upsr dan saya rasa saya patut ditempatkan di mrsm. saya berharap sungguh pihak MARA akan mempertimbangkan rayuan saya ini. jika saya tidak mendapat mrsm felda trolak , saya juga rela ditempatkan di mrsm ulul albab kerana saya fasih membaca al-quran :)

  4. Slm, saya ingin bertanya. Rayuan saya ke sbp diterima. Saya dpat sms seri puteri kl. Tp saya tidak pergi atas sebab2 tertentu. Saya ingin bertanya. Adakah say masih layak ke mrsm? Saya telah membuat rayuan mrsm. Bila keluar keputusannya? Saya form4. Harap dibalas :)

    ans : Semak rayuan T4 MRSM di SINI.

  5. Saya telah membuat rayuan untuk ke MRSM Tun Ghafar Baba tetapi tidak berjaya. Saya amat berharap semoga permohonan kali ini di beri peluang dan saya berjanji akan menjadi pelajar cemerlang. Resume berkenaan diri saya telah pun di hantar ke HQ MARA. Jasa baik pihak tuan amat dihargai dan saya berdoa semoga permohonan rayuan saya berjaya.

  6. Salam. Anak saya Nurul Hanis bt Noohadi, no. giliran JC0251187 telah menghantar permohonan MRSM Muar tetapi tidak dapat hadir temuduga kerana kurang sihat. Anak saya sangat berminat walaupun saya sedar tarikh rayuan telah ditutup dan pengambilan pelajar kedua dan berikutnya adalah pelajar yang telah hantar rayuan. Apa yang perlu saya lakukan agar anak saya mendapat belajar di MRSM.

  7. Saya telah menyemak keputusan permohonan Ke mrsm semenanjung Malaysia Bagi tingkatan 4 2013,saya mendapat tahu bahawa saya tidak berjaya.Persoalan saya Sekarang ialah:
    *kenapa tidak terdapat disitu butang klik ‘DISINI’ untuk membuat rayuan? *adakah Rayuan belum dibuka? *adakah maklumat yg saya Hantar tidak lengkap?

  8. Assalamualaikum…Saya dr Kelantan…Anak saya pernah memohon MRSM Ulul Albab Gemencheh dan hadir temuduga pada 15/12/2012. Saya memilih mrsm di sana memandangkan minat & kesungguhan anak saya terhadap hafazan dan kerana adanya adik saya yg juga tinggal disana dan berjanji utk menjaga kebajikan dan segala urusan anak saya di sana nanti. Selang beberapa hari anak saya berjaya diterima ke SBP Terengganu..tetapi saya tidak mendaftar utk kemasukan anak saya di SBP memandangkan kewangan saya yg tdk mengizinkan utk saya menjenguk anak di sana. Sehingga kini anak saya bersekolah di Sek men Biasa. W/bgmanapun saya tetap cuba membuat surat rayuan ke MARA agar anak saya ditempatkan di MRSM Kelantan memandangkan semangat anak saya utk belajar di MRSM. Apakah anak saya masih mempunyai peluang di mrsm?

    @
    Agak sukar sebab prosedur tawaran dari KPM ialah yang ditawarkan SBP tidak akan ditawarkan MRSM lagi. Berikan sebab-sebab yang kukuh dalam surat rayuan akan membantu. Perhatikan poin ke-6 dalam A.Syarat Kelayakan permohonan ke MRSM dari sini. Kebanyakan pemohon tidak mengambil sirius kepentingan poin ini.

  9. Saya tidak membuat permohonan asal. Selepas mendapat keputusan yang baik iaitu 6A , saya ingin membuat permohonan baru. Saya ingin memohon MRSM Alor Gajah. Bagaimanakah caranya ?

  10. saya nak tanya bila agaknya keluar keputusan e-rayuan untuk masuk sbp tingkatan 4. kita sudah apply e-rayuan bila ia buka pada bulan january,2013 tapi belum ada lagi keputusan. terima kasih

  11. saya nak tanya berkenaan e-rayuan sbp tingkatan 4 2013.dah tutup ke?saya xdpt check lagi ke?r-rayuan mrsm tingkatan 4 2013 pun xde keluar lagi kan?

  12. Raja Muhamad Lutfie Bin Raja Abdul Rahim
    No. 241, Jalan Seri Impian 3/9,
    Taman Seri Impian,
    86000 Kluang,
    Johor Darul Takzim.
    15 FEBRUARI 2013

    Pengarah,
    Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah)
    Tingkat 19, Bangunan Medan MARA,
    Jalan Raja Laut,
    50609 Kuala Lumpur.

    Tuan/Puan,

    PERKARA: RAYUAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR, JOHOR TINGKATAN 4 2013.

    Merujuk kepada perkara diatas, saya Raja Muhamad Lutfie Bin Raja Abd. Rahim kad pengenalan bernombor 971028-01-5813 angka giliran JC 006 K063 bersekolah di Sekolah Menengah Tinggi Kluang, Johor merayu kepada pihak Tuan/Puan untuk mempertimbangkan semula permohonan kemasukan saya ke Maktab Rendah Sains Mara Muar (MRSM) tingkatan 4 sesi persekolahan 2013.

    2 Dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2012 yang lepas, saya telah memperoleh keputusan yang cemerlang dengan keputusan 8A dalam semua mata perlajaran yang ditawarkan disekolah saya. Selaian memperoleh keputusan 8A, saya juga bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan meyertai badan beruniform Persatuan Seni Silat Lintau, sukan Sofbol serta Kelab Koperasi Sekolah.

    3. Untuk pengetahuan Tuan/Puan saya ingin mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam semua bidang terutama dalam aspek pendidikan di MRSM. Dengan kemudahan infrastruktur, suasana pembelajaran yang kondusif dan tenaga pengajar yang profesional disediakan oleh pihak Mara di MRSM. Saya percaya kemudahan yang disediakan adalah jauh lebih baik untuk dibandingkan dengan sekolah menengah biasa.

    4. Diharapkan pihak Tuan/Puan dapat memberi saya peluang kedua kerana saya ingin berjaya hasil didikan tenaga pengajar di MRSM dan mengikut jejak bapa saudara saya yang merupakan bekas pelajar MRSM Muar. Saya ingin berjaya seperti beliau dari segi akademik dan juga sahsiah.

    5. Saya amat berharap agar diberi peluang kedua bagi melanjutkan pelajaran di MRSM yang saya percaya merupakan salah satu institusi pendidikan yang terbaik dinegara ini. Segala pertimbangan dari pihak Tuan/Puan saya dahului dengan jutaan terima kasih.

    Sekian, Terima Kasih

    Yang benar,

    t.t
    (RAJA MUHAMAD LUTFIE BIN RAJA ABD. RAHIM)

    • 1. Perbetulkan semua kesalahan ejaan dan tatabahasa. Urusan rasmi mesti dibuat dengan TELITI.
      2. Nyatakan opsyen dan cawangan MRSM yang dipilih seperti dalam permohonan asal.
      3. Sertakan salinan sijil-sijil yang disahkan bagi pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang . Pastikan surat ini yang ditandatangan telah dihantar ke alamat yang betul dan ada bukti hantaran, melalui surat daftar (registered post).
      4. ‘Rayuan Kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM’ ditulis pada sampul surat.

    • Yang berhormat,

      Saya yang bernama seperti diatas ingin meminta kerjasama tuan untuk menempatkan anak saya yang bernama Leuganeesh Naidu di Tingkatan 4 SBP.

      Anak saya telah pulang dari sekolah berasrama penuh di Pondicherry, India pada tahun lalu untuk menyambung pelajaran di “Global International School” di Malaysia. Saya seorang ibu tunggal dan bapa saya yang berumur 75 tahun tidak mampu untuk membelajarkan anak saya disekolah tersebut disebabkan yurannya yang tinggi.

      Anak saya yang bersekolah di SMK Bukit Bandaraya, Bangsar di Tingkatan 4 mempunyai kelemahan pengurusan masa dan tidak ke tuition. Saya berasa amat kecewa dengan masa hadapan anak saya yang seorang sahaja.

      Saya dengan penuh harapan meminta kerjasama dan perhatian tuan yang sewajarnnya untuk menempatkan anak saya di sekolah berasrama penuh yang bertaraf cemerlang.

      Sekian, terima kasih.

      Komala Naidu
      011-11710206

    • nur athirah..seperti yg mama yatie reply kat atas tu sila baca ye..mmg x de butang rayuan dah…yg boleh dibuat sekarang ni ialah tulis surat rayuan k…

  13. saya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun 2012 dan ingin membuat rayuan ke SBP….bagaimana caranya…

    • Adik Nur Aqilah..lepas 2intake mmg x de coloum e-rayuan lagi jadi cara yang ada cuma adik tulis surat kepada KPM bahagian SBP ( google alamat ) menunjukkan adik mmg bersungguh2 usaha untuk masuk SBP berserta sedikit ulusan rayuan..sbb mmg KPM akan baca surat2 bg mereka yg merayu selepas 2intake before that mereka x berkesempatan nak baca sbb tu adanya e-rayuan online..selebihnya berdoa sungguh k sayang

  14. ya Allah, tolonglah aku ya Allah..aku nk sangat rasa pengalaman belajar kat mrsm ni.. jayakanlah rayuanku

  15. jika terlepas dngan temuduga MRSM, bagaimanakah untuk membuat e-rayuan MRSM? adakah kene temuduga balik atau menghantarkan surat rayuan kepada pihak yang menguruskan MRSM atau secara onnline???

  16. Assalamualaikum , boleh sy tahu dimana link untuk lihat keputusan e-rayuan ? Bila tarikh keputusan tersebut keluar ?

  17. Assalamualaikum, adik saya belum menerima sebarang jawapan untuk kemasukan ke Ting.4 SMKA. Saya nak tahu adakah keputusan pengambilan ke ting.4 2013 ini telah keluar?? dan sekiranya beliau tidak layak, apakah link untuk masuk ke e-rayuan untuk SMKA?

  18. Saya telah mendapat 4A 1B dalam peperiksaan UPSR yang lalu.Saya tidak berkesempatan untuk memohon secara online.Saya ingin memohon rayuan untuk memasuki SBP di sekitar KL atau Selangor.

    Terima kasih,
    Amir.

  19. Assalamualaikm… Saya dpt 5A dlm UPSR tahun 2012… Saya nak tanya, bile keputusan e rayuan ke sbp keluar untuk ambilan kedua????

  20. Assalammualaikum , saya nurul adila . Budak lepasan upsr dan mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 5A . Saya ade memohon untuk memasuki ke sekolah asrama penuh , tetapi tidak berjaya . Saya ade membuat e-rayuan sbp dan e-rayuan mrsm , saya ingin tahu bilakah tarikh semakn e-rayuan dapat dikeluarkan ? Saya amat berharap dapat memasuki ke asrama penuh . Kerjasama dari pihak tuan amat dihargai . Saya harap jawapan dari piihak tuan dapat diberikan dengan segera .

    • anak saya telah medapat 4A1B,tidak mendapat tempat di SBP dan telah membuat rayuan sbl tamat tempoh,tp tidak submit borang e-rayuan.pada 6/1/14 baru di submit dan no rujukan diperolehi,macamana statusnya,dlm status rayuan-rayuan telah di buat.adakah telah di tolak.

  21. ASSALAMMUALAIKUM, Y.BHG DATO’ KETUA PENGARAH, PENGARAH JPN NEGERI PERAK DAN TUAN PPD DAERAH BATANG PADANG, SAYA AFFEZZUL AMRY BIN ABDUL RAHIM MOHON SANGAT AGAR e-RAYUAN SAYA DITERIMA MASUK KE SEKOLAH SBP TAPAH. SAYA TELAH MEMBUAT e-RAYUAN PADA 25/12/2012 DENGAN KEPUTUSAN UPSR SAYA 4A-1B. DI SINI SAYA MERAYU SEMOGA PERMOHONAN SAYA DIBERIKAN PERTIMBANGAN DAN KELULUSAN. SAYA AMAT BERMINAT UNTUK MASUK KE SBP.

    SEKIAN TERIMA KASIH DAN WASSALAM.

  22. Salam Tuan Admin,

    Adakah cara untuk memohon pertukaran dari sekolah SBP ke SBPI ?

    Adakah cara untuk memohon agar tawaran ke SBP di tarik semula agar dapat dipertimbangkan untuk ke MRSM tingkatan 1?

    Terima kasih.

  23. Anak saya telah mendapat 4A,1B dalam UPSR tahun 2012,dan telah mendapat tawaran di Sek.Men Sains Tapah Perak.Saya ingin membuat rayuan permohonan pertukaran di sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal saya.Pilihan saya adalah Sekolah Menengah Sains Machang dan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud Terengganu.

  24. Saya telah mendapat 9A dlm PMR 2012, tetapi saya tidak dpt memasuki web utk memohon SBP semasa dibuka tempohari kerana saya bersekolah disekolah agama kerajaan Negeri Pahang, dan guru saya tidak sempat untuk mendaftar nama kami didalam data Kementerian. Bagaimana untuk memohon SBP pada masa ini?

    • Permohonan baru tidak dapat dibuat selepas tarikh tutup. e-Rayuan untuk merayu permohonan yang tidak berjaya. Biasakan diri peka dengan tarikh-tarikh penting.

  25. Saya tidak sempat memohon MRSM, setelah saya mengetahuinmya, sudah pun melepasi tarikh tutup. Saya mendapat keputusan PMR 2012 sebanyak 9A. Harap dapat membantu.

  26. Saya ingin membuat rayuan kemasukan ke-ting.1 2013.no.angka giliran saya TB0121XXX;NO.KP.00032111XXXX.SAYA AMAT BERHARAP SEMOGA SAYA BERJAYA.
    TERIMA KASIH.

    –>> Isikan maklumat diri dan maklumat alamat surat menyurat yang lengkap sebelum dibenarkan login.

  27. Saya bekerja sebagai seorang tukang gunting rambut dan tinggal di flat PPRT sungai rambai ,bukit mertajam .saya sangat mengharapkan anak saya belajar di sekolah berasrama penuh kerana rumah saya sempit dan isi rumah seramai 8 orang (6+2).sudah tentu tidak dapat belajar dengan selesa jika dia tidak dapat masuk ke SBP . Oleh itu , saya merayu pada pihak atasan supaya anak saya belajar di SBP yang penuh dengan kelengkapan dan selesa.

  28. boleh atau tidak saya membuat rayuan lebih daripada satu sekolah..contoh sekolah berasrama penuh intergrasi batu rakit dan sekolah menengah sains dungun

Please share to benefit others by clicking the share buttons bar (top or bottom)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *