

Nota:
1. Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.
2. Pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada penggal 1.
3. Calon yang ingin memperbaiki keputusan periksaan STPM 2014 boleh mendaftar pada penggal 2 sebagai calon sekolah swasta atau calon persendirian individu. Calon akan menduduki peperiksaan bertulis bagi penggal 1 dan penggal 2 sekaligus pada penggal 3.
4. Calon yang ingin memperbaiki keputusan pepeperiksaan STPM 2014 dikehendaki memilih dan menduduki kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan Kerja Kursus (KK). Namun demikian, sekiranya tidak terdapat kertas peperiksaan bertulis alternatif yang sedemikian bagi sesuatu mata pelajaran, maka calon boleh memilih sama ada hendak melaksanakan Kerja Kursus atau tidak melaksanakannya mengikut pilihan yang berikut :
(a) Jika calon memilih untuk tidak melaksanakan Kerja Kursus, maka markah KK yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan digunakan untuk skor KK tahun mengulang. Kemudahan ini hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM dua tahun atau lebih selepas menduduki peperiksaan pertama.
(b) Jika memilih untuk melaksanakan Kerja Kursus yang baharu pada tahun mengulang, maka markah KK yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan terbatal dan tidak boleh merayu untuk diambil markah Kerja Kursus STPM sebelumnya.
(Maklumat lanjut slla rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2015 tentang Pendaftaran Lewat).
5. Bagi calon yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding tahun lepas dan tiada markah KK tahun sebelumnya, calon dikehendaki mengambll kertas peperlksaan alternatif bertulis bagi menggantikan KK. Namun demikian, sekiranya mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan KK, calon dikehendaki melaksanakan KK (Maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2015 tentang Pendaftaran lewat).
6. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61261600 samb.1661/1662/1663/1664/1665.
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA, PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG, 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN Tel:03-61261600 Faksimile: 03-61361488
Portal MPM: www.mpm.edu.my E-mel:ppa@mpm.edu.my
Edisi:26.3.2014


If your STPM 2013 P3 or 2014 P4 result is not good, it's not the end of the world. Just register to sit for peperiksaan Ulangan
If you already get grade A- but not satisfy,
you also can register to sit for peperiksaan Ulangan to hit A.
You can register with normal procedure within
the
period stated above. .
STPM
Baharu 2012/2013 Examination Calendar
