CONTOH SURAT TAWARAN

 
 
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK E2, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
 
Tel
: +603-88849302
Faks
: +603-88886680
Laman Web
: http://www.moe.gov.my
   

Rujukan Kami: KP(BPSH-SPSM)303/01/03 (46XXX)
Tarikh : 25 April 2012
Nama : HASSAN XXXXXXXX
No Kad Pengenalan :
940604XXXXXX



 
Tuan, 
 
TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2012
 
Dengan hormatnya Surat Siaran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. KP (BPSH-SPSM) 303/01/06 Jld.2(1) bertarikh 12 April 2012 adalah dirujuk dan berkaitan.
 
2.     Sukacita dimaklumkan bahawa tuan ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah seperti ketetapan berikut:

2.1. Jurusan KEMANUSIAAN
2.2. Sekolah ditempatkan

SM RAJA CHULAN
XXXXXXXXXXXXXXXX
XXXXXXXXXXXXXXXXXXX

2.3. Tarikh dan masa lapor diri 08 Mei 2012 / 9.00 pagi
2.4. Dokumen diperlukan (Asal dan salinan yang disahkan) i.   Surat Tawaran
ii.  Keputusan SPM 2011
iii. Kad Pengenalan
iv. Sijil Kelahiran
v.  Sijil Berhenti Sekolah
2.5 Pakaian Pakaian seragam sekolah dan kemas

3.     Keputusan ini adalah muktamad berdasarkan syarat-syarat dan kekosongan tempat.  Kegagalan melapor diri pada tarikh yang ditetapkan dianggap menolak tawaran.  Tawaran ini terbatal serta-merta jika murid berstatus bukan warganegara Malaysia.

4.     Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, perlu melapor diri di sekolah yang ditetapkan.

5.     Calon yang terpilih ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Fasa 2 dan Fasa 3 dinasihatkan membuat permohonan penangguhan daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara (www.khidmatnegara.gov.my).


Sekian, terima kasih.
 
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
 
Saya yang menurut perintah,
 
 
 
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Surat ini adalah cetakan komputer dan tidak perlu ditandatangan.