Segala persoalan tentang perihalan pengambilan pelajar Program Matrikulasi

Segala persoalan tentang perihalan pengambilan pelajar Program Matrikulasi KPM 2018/2019




1.  Bagaimanakah cara memohon Program Matrikulasi KPM?

J :  Permohonan bagi sesi 2018/2019 boleh dibuat menggunakan PMI (permohonan melalui internet) dengan membuat bayaran di Bank Simpanan Nasional(BSN) sebanyak RM10.00.

2.   Bilakah PMI (permohonan melalui internet) mula dibuka dan tarikh tutup permohonan?

J : PMI mula dibuka pada 19 Julai 2017 tengahari dan ditutup pada 30 November 2017, 11.59 pm.  Tarikh mengemaskini borang permohonan ialah pada   Mac – Apr 2018.

3.   Apakah program yang ditawarkan?

a. Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) – dua (2) semester. Jurusan Sains, Perakaunan dan Aliran Teknikal bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera.
b. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) – empat (4) semester. Jurusan Sains bagi pelajar Bumiputera sahaja.

4. Apakah bidang pengkhususan yang ditawarkan oleh Program Matrikulasi, KPM?

a. Jurusan Sains
b. Jurusan Perakaunan
c. Aliran Teknikal

5.  Bolehkah   pelajar   yang   tidak   mengambil   mata   pelajaran Matematik  Tambahan  dalam  SPM  memohon  jurusan Perakaunan (M003)?

J :Tidak boleh. Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran wajib untuk memohon semua bidang pengkhususan Program Matrikulasi.

6.  Apakah syarat kelayakan minimum dan mata pelajaran yang dikira merit?

J : Bermula pengambilan pelajar baharu sesi 2017/2018, jadual di bawah adalah syarat kelayakan minimum dan mata pelajaran yang diambilkira (bold type) dalam pengiraan merit.

syarat-matrik17s6

MATA PELAJARAN BERTANDA GELAP UNTUK PENGIRAAN MERIT


7.  Bagaimanakah proses pemilihan pelajar dibuat?

J:  Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan meritokrasi. Pengiraan merit mengambil kira 90% akademik dan 10% kokurikulum

8.  Di manakah Program Matrikulasi KPM dijalankan?

J :   Program Matrikulasi dijalankan di lima belas (15) buah kolej matrikulasi KPM dan dua buah kolej Mara seperti berikut:

Kolej Matrikulasi Melaka, Londang
Kolej Matrikulasi N. Sembilan, Kuala Pilah
Kolej Matrikulasi P. Pinang, Kepala Batas
Kolej Matrikulasi Perlis, Arau
Kolej Matrikulasi Labuan, Merinding
Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak
Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng
Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun
Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang
Kolej Matrikulasi Selangor, Banting
Kolej Matrikulasi Kelantan, Pasir Putih
Kolej Matrikulasi Sarawak, Kuching
Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang
Kolej MARA Kulim, Kulim.

Aliran Teknikal
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, Pendang
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Jengka
Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Pontian

ALAMAT DAN PETA KOLEJ MATRIKULASI

9.  Bolehkah saya memohon pertukaran kolej pengajian yang telah ditawarkan kepada saya?

J : Pelajar telah diberi peluang membuat tiga (3) pilihan kolej semasa mengisi borang permohonan. Walau bagaimanapun penempatan kolej tersebut tertakluk kepada kekosongan. Sehubungan dengan itu, calon tidak dibenarkan bertukar kolej.

10.  Bilakah keputusan permohonan masuk ke Program Matrikulasi KPM akan diketahui?

Keputusan permohonan masuk ke Program Matrikulasi KPM akan diketahui dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan iaitu pada : Klik Sini  

11.  Bagaimanakah cara untuk mengetahui keputusan permohonan kemasukan Program Matrikulasi ?

J :  Pelajar boleh menggunakan salah satu daripada cara berikut:

a. Talian telefon pejabat atau bantuan – 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.
b. Melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia – www.moe.gov.my atau link ini
c. SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888.

Pemohon digalakkan melayari laman sesawang supaya boleh terus mencetak surat tawaran atau terus membuat rayuan dalam talian.

12.  Mengapa pelajar gagal dalam permohonan Program Matrikulasi KPM walaupun mendapat keputusan SPM yang baik?

J :  Biasanya pelajar gagal dalam permohonan Program Matrikulasi  KPM  sebab  mata  pelajaran  yang  cemerlang bukan daripada mata pelajaran yang ditetapkan dalam pengiraan merit dan markah kokurikulum yang rendah.

13.  Berapa peratuskah kemasukan pelajar Bukan Bumiputera dalam Program Matrikulasi KPM?

J :  Kemasukan pelajar bukan bumiputera hanya 10% sahaja.

14. Berapakah  yuran  pendaftaran  Program  Matrikulasi  KPM ?

J :  Yuran Pendaftaran Program Matrikulasi KPM

JURUSAN PROGRAM SATU TAHUN KOLEJ MARA PROGRAM DUA TAHUN
SAINS RM599.00 RM715.00 RM599.00
PERAKAUNAN RM546.00 RM720.00
TEKNIKAL RM599.00
PDT III
(Sesi 2017/2018)
RM311.00


15.  Bilakah tarikh pelajar mendaftar di kolej-kolej matrikulasi?

J :Tarikh pendaftaran bagi pelajar baharu sesi 2018/2019 ialah pada  Jun 2018.


16.  Saya ditawarkan Program Matrikulasi Satu Tahun (PST), bolehkah saya memohon Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)? Bagaimanakah cara memohon?

J : Pelajar PST boleh memohon pertukaran ke PDT di kolej Matrikulasi yang ditawarkan melalui Pengarah kolej. Walau bagaimanapun, hanya pelajar Bumiputera sahaja yang boleh memohon PDT.  

Bersambung ….



Semakan Tawaran Kemasukan ke Program Matrikulasi KPM Klik Sini

Segala persoalan tentang Program Matrikulasi diceritakan di sini. Jika terdapat soalan lain yang belum dijawab, sila hantar kepada emel berikut :  zalina@bm.matrik.edu.my

 

Maklumat berkaitan :
Senarai dan Laman Web Rasmi Kolej-Kolej Matrikulasi          
http://myschoolchildren.com/category/after-form-5/
http://myschoolchildren.com/category/education-news/
web.moe.gov.my/bmkpm
moe.gov.my/v/kolej-matrikulasi

Comments: 67

  1. salam.. saya nak tanya ,, saya dapat tawaran matrikulasi dan saya dah klik terima tawaran.. persoalannye.. saya masih dpt tawaran dari upu ke ?? sbb saya lebih prefer nak masuk asasi.. ada sbilangan pihak ckp klw dah klik terima tawaran matrik..kita xkn dpt tawaran U dah.. mohon penjelasan..terima kasih

    @
    kalau dah klik terima matrik, masih akan dapat tawaran UPU jika layak.

    RUANG KOMEN DiTUTUP.

  2. sekiranya saya menerima tawaran matrikulasi adakah masih berpeluang utk tawaran U.. saya mendapat 6A, 3B.

  3. salam. saya belum membuat pengesahan samada menerima tawaran matrikulasi atau tidak kerana ingin menunggu keputusan upu.soalan sy bila tarikh akhir pengesahan ?

    @
    bukankah dipaparkan?
    19 Mei

  4. Salam,saya lepasan spm 2013..saya nak tanya beberapa soalan..harap dapat balas..soalan saya ialah yang manakah lebih bagus sama ada matrikulasi atau diploma? saya dapat program matrikulasi perakaunan di negeri sembilan selama setahun dan saya masih lagi menunggu keputusan untuk diploma accountancy di kolej profesional mara..sekarang ni saya sangat buntu dan tidak tahu nak pilih yang mana.apa yang membuat saya buntu ialah matrikulasi dan kolej profesional mara memberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara..saya memang menyimpan cita-cita untuk belajar di luar negara dari dulu lagi dan saya ingin sangat mencapai cita-cita tersebut..jadi soalan saya seterusnya ialah berapakah pointer yang diperlukan di matrikulasi untuk berpeluang melanjutkan pelajaran atau degree ke luar negara? di kolej profesional mara,jika pointer 3.75 ke atas berpeluang untuk melanjutkan pelajaran atau degree ke luar negara..saya harap soalan saya dibalas dan tolong berikan saya beberapa nasihat atau kata-kata yang membolehkan saya membuat keputusan yang tepat untuk masa depan saya..

    • berfikir dan bersedia dengan teliti SEMUA soalan yang kamu hendak tanya dan jumpa kaunselor sekolah kamu. kerana faktor masa, kami tidak dapat jawab di sini.

  5. Saya dapat program satu tahun . Tapi kalau saya nak tukar ke program dua tahun ? Boleh tak ? Perlu ke buat surat untuk tukar ke program dua tahun ?

  6. Salam, saya ditawarkan ke matrik tapi belum klik terima tawaran sebab nak tunggu upu. Boleh ke cemtu? Ada tarikh tutup tak bila pengesahan terima tawaran? Dah ramai yang tanya soalan ni tapi macam takda jawapan je

  7. Salam akak . saya ada dengar kata kalau dapat matriks secara automatiknya UPU dia ta dapat . Saya prefer kepada UPU sebab saya tak dapat matrik untuk sesi 2014/2015 . tapi saya buat rayuan . agak-2 akak UPU saya masih dapat tak sebab saya buat rayuan matrik ?

    @
    jangan risau, tawaran matrik dan UPU adalah berasingan dan tidak mempengaruhi satu sama lain. Baca Soalan 13 di sini.

  8. salam..saya nak tnya ni.saya dpt matrikulasi di perlisdlm bidang akaun..Tapi intake bulan 5 ni.Masalahnya saya nak tggu result upu bulan 6 ni..Kalau tangguh bolehka?

    • kalau tak salah saya , hebahan keptutusan UPU lepasan SPM 4/5/14 . bila nak kena daftar matrik ? rasanya sempat tunggu untuk UPU punya 😉 .just sharing if tersilap mohon maaf yaa .

    • Keputusan UPU awal bulan 5..Saya sebenarnya agak rasa ralat sedikit kerana saya seorang pelajar bekas aliran sains..Tetapi semasa mengisi borang Matrik, saya pilih jurusan Akaun pada mulanya kerana saya anggap sains itu susah..Last2 saya dpt Matrik dekat Perlis dalam jurusan akaun..Dan saya diberi tempoh setahun sahaja utk belajar..Pada masa tu saya rasa tension sebab saya x ada basic akaun lepas tu dah la tempoh belajar setahun pulak tu..Mana sempat nak catch up..Saya risau sangat kalau saya x dpt UPU..hmmm.. Intake matrik 19/5 ni..Buntu sgt :(

  9. saya nak tanya, jika saya tidak ditawarkan untuk masuk ke matrikulasi dan saya nak buat rayuan. Bagi tingkatan enam, saya perlu terima atau tolak penawarannya?

    @
    perlu terima dahulu. soalan ini kerap ditanya dan telah dijawab.

  10. assalam… adakah rayuan ke program metrikulasi boleh dibuat sebelum keputusan rasmi kemasukan pelajar ke program metrikulasi diumumkan?

  11. Apakah cara pemilihan pelajar ke matrik..saya dapat 9a dan 1b..saya juga pelajar luar bandar..markah koku dpt 8.02. Adakah peluang dpt matrik.bimbang

  12. saya peroleh 2A+ 2A 3B+ 2B dan difahami layak untuk memohon. Saya ingin tahu sama ada kemungkinan besar saya dapat ke matrik atau peluang saya sangat tipis. Saya harap 100% admin tolong bagi pendapat atau sekurang2 nya balas comment saya. tq

    @
    banyak factor lain juga pengaruhi peluang diterima. mohon saja dan kemukakan semua yang terbaik dari diri anda.

  13. salam ..saya tak ambik matematik tambahan dlm spm tetapi saya ad memohon utk kematrikulasialiran akaun . saya dpt 8a1b dlm spm bru ni . adakah permohonan saya akan diterima??

    @
    email pertanyaan : zalina@bm.matrik.edu.my

  14. dlm percubaan saya dpt 3a[bm,sej,pi]1b[bi]4c[kimia,fizik,bio,mate]1e[mate tambahan]dgn keputusan cam tu saya rasa nk tukar dr sains ke perakaunan sbb saya rasa tk blh nk bawa masa kt metrik nnt tp sempat ke saya nk belajar perakaunan sbb masa spm saya tk ambik

  15. Tumpang tanya, kalau adik saya tidak mengambil Matematik Tambahan, layakkah dia apply matrikulasi? Dia pelajar aliran Perakaunan. Subjek dia ambil untuk SPM ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Ingeris, Matematik, Sains, Pendidikan Moral, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas dan Sejarah.

  16. Anak saya tak ambil Matamatik Tambahan,boleh tak dia dapat

    ke matrikulasi,tetapi dia dalam aliran sains tetapi dia tak ambil matematik tambahan.harap dapat balas soalan saya.terima kasih

    • the minimum requirement for entry into Jurusan Sains Program Matrikulasi KPM is C in Matamatik Tambahan as stated above

  17. Kalau saya ambil reka cipta.fizik. Kimia dan addmath sebagai elektif spm saya…ada kah saya layak memohon program matrikulasi?

  18. salam..
    sy ingn brtnya…
    ade kwn sy dri lepasan matrikulasi..tp dy gagal dlm sistem upu..
    dan dy mngmbil kputusn untuk mngulangi program trsbut..apakh lngkh hrus dy buat?

  19. Saye dapat D untuk kimia.. tapi yg lain tu memenuhi syarat.. ada peluang ke diterima permohonan saya

  20. Saya nak tanya. Saya sangat berminat untuk memasuki Matrik. Tetapi saya takdapat. Saya dapat FORM6. saya telah buat rayuan . Result saya 1A 4A- 2B 2C+ 1D. Dan kimia saya D. Adakah saya layak untuk masuk ke Matrik? Tolonglahhhh saya! Saya sangat tertekan. Saya taknak form6 :(

  21. saya dpt 3A 1A- 1B+ 2B 2C.. Saya mohon semua, ipta, ipg, matrik, dgn poli.. tapi semua x dpt.. yang sy dpt hanya ke tingkatan 6.. boleh sy tahu knp? sedangkan kwn sy yg dpt kputusan yg boleh dktakn bwh sy dpt ke matrik.. mcm mana pmilihan matrik tu? kalau berdasarkan meritokrasi, sy punya lg tinggi drpd kwn sy tu.. btw. parents sy pnddk tetap.. adakah itu pnyebab sy x dpt ke matrik?

  22. adakah saya masih lagi berpeluang untuk mengikuti program matrikulasi walaupun tidak membeli pin matrikulasi tetapi hanya membuat rayuan ?

  23. Assalamualaikum. Bagaimanakah cara untuk menukar Jurusan Sains kepada Jurusan Perkaunan?

  24. Anak saya tidak mendapat tawaran ke matrikulasi, sebaliknya dia mendapat tawaran ke tingkatan 6.tetapi dia telah membuat rayuan, sementara tu dia dah daftar ke tingkatan 6.Saya nak tau adakah permohonan rayuan anak saya akan diterima?anak saya mendapat keputusan spm 2A1A-2B+1B1C+1C1D1E… Tq admin.

    • salam,
      Anak saya mendapat keputusan seperti berikut
      BM A
      BI B
      PA B
      SEJ A+
      KIM D
      FIZIK C
      BIO C
      SNS TEK C
      MATH A
      ADD M D

      Dengan keputusan sebegini..adakah anak saya masih ada peluang ke matriks

  25. anak sepupu saya dapat program 2 tahun..program 2 tahun boleh dapat ke kos kritikal apabila di university???(sekiranya dia skor tinggi)

  26. emm..assalammualaikum..saya dpt program dua tahun…yuran die rm550..tu kene bayar sekali gus ke dengan tahun yang kedua?

  27. sekiranya rayuan saya diterima atua berjaya..adakah saya harus megikuti program 2 tahun walaupun keputusan spm saya 1A+ 4A 1A- 3B+ 1B

  28. assalammualaikum..
    saya ingin bertanya..ramai yang mengatakan bahawa di matrikulasi pertukaran jurusan akaun ke sains adalah tidak dibenarkan.Saya ingin menukar bidang akaun kepada bidang sains di matrikulasi.Adakah tidak boleh?sedangkan ketika SPM 2012,saya mengambil subjek fizik dan kimia?harap dapat membantu..terima kasih

  29. Assalamualaikum.

    saya dpt tawaran ke matrik jurusan SAINS for 2 years dan saya x confident
    nak masuk matrik sebab chemistry, physics and biology saya cuma cukup2 makan je(C)
    …agak2 admin la..larat tak saya belajar kat matrik ni..

    betul ke orang kata yang matrik jurusan sains ni macam
    Form 6 aliran sains punye??
    saya takut x larat nak bawak nanti..

    • Persepsi orang ramai ialah matrik sains lebih SENANG daripada Form 6 sains. wahal sebenar rajin belajar yang susah pun menjadi senang, malas belajar yang senang pun menjadi susah

  30. bagaimanakah cara untuk menukar aliran sains kepada perakaunan dalam rayuan?admin tolong reply

  31. salam.sekiranya saya sudah mengklikkan terima pada tawaran matrikulasi …adakah saya masih boleh menerima tawaran daripada upu…harap mohon penjelesan terhadap kekeliruan ini.

  32. SALAM.SAYA MENDAPAT d BAHASA INGGERI.ADAKAH SAYA LAYAK UNTUK RAYUAN MATRIK?? UNTRUK MAKLUMAN SYA DAPAT 3A,2A-,1B+,1B,2C,1C+.1D

  33. saya telah mendapat tawaran ke tingkatan 6. adakah saya boleh membuat rayuan untuk mengikuti program matrikulasi. sekiranya rayuan saya diterima adakah saya juga akan mendapat tawaran IPTA yang telah saya mohon?

    @
    baca jawapan di atas

  34. Bagaimanakah jika saya ingin menukarkan kos sains ke perakaunan dalam rayuan?

    @ baca di atas

  35. bilakah tarikh akhir untuk saya terima permohonan matriks ni kerana saya tidak mnejumpai persoalan di atas yang berkaitan dengan perkara ini?

  36. saya mendapat 1A+ 3A 2c+ 2c 1D… matemtik tambahan saya D… adakah saya layak ke matrikulasi?

  37. Wajibkah saya mengisi maklumat tentang keputusan peperiksaan percubaan SPM semasa memohon kemasukan matrikulasi? Pada masa saya mengisi borang online tersebut, keputusan peperiksaan percubaan SPM tersebut belum diketahui. Terimakasih.

  38. saya dpt PDT, cara bayar yuran dia mcm mana ? perlu ke bayar utk tahun pertama dulu (RM 550.00) atau sekaligus dgn tahun kedua ?

  39. adakah pelajar yang mengambil matapelajaran Lukisan Kejuruteraan menggantikan Biologi boleh memohon ke matrikulasi sains?

  40. kalau saya dapat matrix dan diploma..
    yang manakah patut saya pilih..
    dalam dilema nie sekarang..
    please help me..

    • Matrik ialah Jalanraya ke Uni, Diploma itu diploma. Apa pun, kena rajin berusaha

  41. kalau kita dapat program pengajian setahun,boleh tak kalau kita nak pilih program pengajian 2 tahun?

  42. bagaimanakah cara hendak membuat surat rayuan pertukaran jurusan/aliran?? secara online atau manual??

  43. Adakah matrikulasi mempunyai tarikh akhir bagi pelajar memutuskan sama ada mahu terima tawaran yang ditawarkan untuk sambung belajar di matrik atau tidak?

    • maaf, tapi saya juga agak kurang jelas mengenai tarikh akhir pernyataan persetujuan bagi pelajar yang telah pun mendapat tawaran ke matrikulasi. artikel yang mana ya?

    • sementara tunggu jawapan rayuan ke matrikulasi,,boleh ke saya ke tingkatan enam buat semantara ?

Please share to benefit others by clicking the share buttons bar (top or bottom)

Comments are closed.