Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Tahun (Lower Sixth Intake)

Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah: Mulai 7 – 24 Julai 2022  .Tarikh mula Sem 1:  Ogos 2022 (Sek Kumpulan A),   Ogos 2022 (Sek Kumpulan B),  Tarikh Rayuan Kemasukan ke T6 : 7 – 24 Julai 2022




Pelbagai soalan dan perkara penting tentang Kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah

Syarat Kelayakan Kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah

Gred Pemarkahan Sekolah-sekolah harian (UPSR, PT3, SPM, STPM) di Malaysia

Senarai Sekolah yang Menawarkan Kelas Tingkatan Enam di Semua Negeri di Seluruh Malaysia

.

Persoalan Penting Tentang Program Matrikulasi KPM 

Semakan Tawaran Kemasukan ke Program Matrikulasi.  

Tarikh-tarikh Penting bagi Pelajar Lepasan SPM, STPM dan Setaraf  

Membuat Rayuan Jika Anda TIDAK ditawarkan tempat di Tingkatan 6 Bawah

Membuat permohonan pertukaran sekolah tingkatan 6 bawah jika ditawarkan di sekolah yang tidak disukai.

tawar-F6-18

.
Tarikh pendaftaran pelajar baru Tingkatan 6 Bawah tahun 2021 adalah pada  ~ Julai 2020

Pelajar yang berjaya boleh mencetak surat tawaran dengan  “klik hantar” selepas permohonan berjaya dipaparkan dan membawanya bersama semasa mendaftar. Dokumen yang perlu dibawa :

i). Surat Tawaran        ii). Keputusan SPM tahun semasa
iii). Kad Pengenalan       iv). Sijil Kelahiran         v). Sijil Berhenti Sekolah

Pelajar yang sedang menunggu tawaran daripada UPU juga perlu melapor diri dahulu di sekolah yang ditetapkan.

Untuk pelajar yang sedang menghadiri kursus Program Latihan Khidmat Negara dan mendapat tawaran Tingkatan 6 bawah dikehendaki memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan supaya pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN dibenarkan..

Pelajar yang telah ditawarkan tempat di Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan tempat di Tingkatan 6 bawah. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau mana-mana sekolah yang menawarkan kelas Tingkatan 6.
Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370.

Selamat meneruskan penjelajahan alam pendidikan anda !

 

Maklumat berkaitan :

MAKLUMAT PENTING STPM FORMAT BAHARU
Trial STPM All State

ONE Circle STPM
.

Semakan Penting Pelbagai Tawaran

http://myschoolchildren.com/category/after-form-5/

http://myschoolchildren.com/category/education-news/

Please share this page in your Facebook, Twitter, Google +1 or email the link to your friends. Let more people get the correct information.

Comments: 35

  1. Assalamualaikum.nak tanya,kwn saya ni mulanya tidak mahu masuk form6.sebab lebih minat dengan politeknik.tetapi apabila keputusan upu keluar,kawan saya tidak dpt msuk ke politeknik.skrg,dia mahu merayu untuk masuk form6 tetapi malangnya tarikh semakan tawaran ke form6 dan rayuan sudah tamat.so,macam mana mau merayu di form6?

    @
    agak sukar.
    Nasihat kepada semua pembaca : Sepatutnya terima F6 dahulu, kalau dapat tawaran lain boleh tinggalkan F6 tanpa apa-apa kommmitmen. Jika semua permohonan yg lain kandas, masuk ke F6. (Fakta: Terima F6 tidak menpengaruhi peluang dapat tawaran yg lain.)

  2. asalammualaikum sya nk tanya adakah sya boleh membuat rayuan kerna tidak hadir pada tarikh pendaftaran tingkatan 6

    @
    cuba telefon sekolah, mohon maaf dan minta didaftarkan. Atau lebih baik, hadirkan diri di sekolah untuk uruskan.

  3. assalamualaikum , saya tidak dapat ke tingkatan 6 dan tidak dapat ke mana mana matrikulasi atau upu . saya sudah menghantar borang rayuan ke sekolah tetapi penolong kanan tingkatan 6 kata saya kena buka satu laman web untuk klik tiada penempatan tetapi saya tidak tahu link untuk klik tiada penempatan . so saya mau minta tolong kalau ada sesiapa tahu tolong inform ke saya . sekian terima kasih .

    @
    dapatkan URL laman web dari penolong kanan itu.

  4. salam, seperti yang admin nyatakan hari lapor diri adalah hari pertama mula kelas. adakah kelas akan diadakan sehingga petang? ibu bapa yang ikut sekali camne?

  5. tumpang tanye….kalau surat berhenti sekolah hilang….ape perlu dibuat…esok dh kene daftar TT

    @
    dapatkan salinan photocopy yg disahkan dari sekolah.

  6. Salam. Nak tanya pasal salinan dokumen yang perlu dibawa tu perlu pengesahan PPD juga?

    @salsabila
    boleh disahkan oleh PK sekolah

  7. salam,saya nak tanya 2 mei 2017 ini perlu melapor diri di sekolah yg ditetapkan..selepas 2 mei ini ada sebarang aktiviti atau orientasi?satu lagi bila sesi persekolahan bermula?

    @
    sebenarnya PdP perlu dijalankan mulai hari pertama, tetapi biasanya 2 minggu pertama, aktiviti suai kenal & pelbagai yg lain

  8. Salam nak brtnya saya clon spm 2015 , saya dpt twrn kmskn form 6 2016 ttpi sya tdk hdir krna sya mmsuki ipts dan skrg sya quit ats sbb trtntu. Untuk kmsukn f6 2017 adakah saya diterima?

  9. Assalamualaikum,
    setelah membuat semakan via onlne, nama anak saya tidak tersenarai utk ke Tingkatan 6.
    boleh saya tahu kenapa sbb jikalau mengikut perkiraan mata utk 3 subject terbaik dia mendapat 8 mata.
    mohon penjelasan. Terima kasih.

    @anis
    Salah satu kemungkinan ialah beliau ditawarkan Program Matrikulasi KPM.

  10. admin nk tanya kalau saya tak tekan “terima” untuk tingkatan 6 adakah akan menjejaskan UPU saya ???

    @
    Tidak

  11. Assalam
    Saya nak tanya, anak saya adalah seorg pelajar bukan warga negara malaysia. Baru nak menduduki SPM tahun nie. Perlukah anak saya memohon untuk masuk ke tingkatan 6 lepas mendapat keputusan SPM nyer tahun depan atau KPM akan automatik menawarkan sekiranyer anak saya layak?

    Ribuan terima kasih.

  12. kelayakan untuk memohon t.6 adalah 20 tahun pda 1 januari..tahun ini tarikh 1/12/2016 saya baru genap 20 tahun..sekiranya saya ingin memohon t.6 pada tahun dpan, adakah saya masih layak atau tidak?

    @
    Calon lahir 1996 sepatutnya masuk T6 pada 2014. Tahun 2017 peluang terakhir anda.

  13. saya telah belajar di tinggkata 6 sesi mei 2015 tetapi masuk politeknik january 2016..adalakah saya dapat masuk balik tingkatan 6 sesi mei2016

  14. assalammualaikum?sya dah terambil keputusan utk berhenti tingkatan 6 pada hari orentasi…bolehkah sya mohon semula utk ke tingkatan 6 semula?

    @
    hanya boleh harapkan yang terbaik. mohon sejuta maaf dari pihak sekolah kerana kecuaian (kejahilan?) sendiri ….

  15. saya nak tanya 4 mei tarikh melaporkan diri adakah saya perlu memakai baju sekolah ?terima kasih.

    @
    tidak perlu. Datang dengan pakaian kemas.

  16. kalau saya dapat tawaran kemasukan upu semasa saya belajar di tingkatan 6 macam mana?

    @
    maka tinggalkan T6 jika lebih berminat dengan tawaran UPU.

  17. masa pendaftaran untuk tingkatan 6 boleh datang sendiri ke? atau wajib bawa ibu bapa sebab masing masing sibuk nak luangkan masa..

    soalan kedua , dokumen yang perlu dibawa tak boleh bawa salinan ke??

  18. klau mcm kite nak mintak tukar kolah sebelum daftar form 6 kena gi kat ppd ke
    kena tunggu pendaftaran form6 jugak??baru g kat ppd?

    @
    lapor diri dahulu sebelum boleh buat permohonan pertukaran sekolah

  19. Tarikh utk melapor diri untuk form 6 ialah 4 mei 2016. saya ingin tahu bilakah sesi persekolahan form 6 bermula? adakah bermula pada 4 mei 2016 juga?soalan kedua saya sedang menunggu keputusan rayuan matriks Yang akan keluar pada 18 Jun 2016.adakah saya perlu melapor diri ke form 6 sementara waktu

    @Mesha
    Biasanya PdP kelas tingkatan 6 bawah hanya dapat berjalan dengan lancar 1 minggu selepas 4 Mei 2016.

    SEMUA calon yang mendapat tawaran dinasihatkan lapor diri. Sekiranya SEMUA alternatif yang lain kandas, masih ada tempat pembelajaran di tingkatan 6!

  20. sekiranya saya tidak mendapat surat tawaran untuk ke tingkatan 6 yg sepatutnya saya dapat kerana kesilapan alamat yang didaftarkan di sekolah saya, bagaimanakah saya ingin melapor diri bagi kemasukan ting 6 tanpa surat tawaran itu?

    @Alvin
    Semakan online akan menunjukkan sama ada berjaya atau tidak. Tidak ada kaitan secara langsung dengan alamat yang didaftarkan.

  21. SILA RUJUK JPN/PPD MENGIKUT ALAMAT
    KEDIAMAN ,kenapa tidak ada alamat?

    @
    mengikut alamat kediaman kamu semasa pendaftaran SPM 2015

  22. saya telah menyemak kemasukan form 6, tetapi tiada apa-apa penempatan sekolah bagi saya…adakah ini berkaitan dengan permohonan politeknik premier??

    @
    jika nama sekolah tidak dinyatakan dalam surat tawaran, rujuk PPD dalam kawasan kamu untuk memgetahui sekolah manakah yang ditempatkan.

  23. macam mana tau tempat yg ditawarkan ? surat tawaran hanya tulis SILA RUJUK JPN/PPD MENGIKUT ALAMAT KEDIAMAN

    @
    rujuk PPD dalam kawasan kamu untuk memgetahui sekolah manakah yang ditempatkan. Memang sebilangan kecil surat tawaran T6 tidak dinyatakan nama sekolah.

  24. Klau calon yang mmpunyai masalah kad pengenalan smasa peperiksaan dan telah mndpt kad pengenlan slepas slip keputusan spm dy akan dpt twaran ke? sdngkan dlm knyataan kemasukan spm dy bukan warganagara ….adakah kpm akan bgi dy tawaran tingktn 6?

  25. macam mana tahu tempat yang ditawarkan untuk belajar Tingkatan 6 rendah?

    @
    dalam surat tawaran telah dinyatakan sekolah mana seseorang calon ditawarkan: contoh

  26. Saya nak masuk form 6 sesi 2016/2017 . Bilakah tarikh utk mendapa surat tawaran and bila saya boleh mula
    Belajar …. i am really confused.

    @
    tawaran T6 adalah automatik jika layak.

Please share to benefit others by clicking the share buttons bar (top or bottom)

Leave a Reply to Nabil Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *