Semakan Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2014 Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Semakan Permohonan ke MRSM Tingkatan 4 di S. Malaysia, Sabah, Sarawak Tahun 2014

.

Semakan Permohonan ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2014 Ambilan ke-2 : 26 Feb 2014

Semakan dan Rayuan Permohonan ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2014 :  1 Feb 2014

Jika Berjaya.  Jika tidak berjaya, rayuan boleh dibuat dengan klik link “di sini” yang dipaparkan.


(I)  Permohonan Kemasukan Ke MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) Tingkatan 4 Tahun 2014 di Semenanjung Malaysia

Tempoh permohonan :  29 September 2013 sehingga 18 Oktober 2013.

Semakan keputusan permohonan boleh dibuat sekarang.  Permohonan di atas adalah terbuka kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan PMR tahun 2013 dan memenuhi syarat kelayakan untuk pemohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4 tahun 2014. Sebagai sebuah maktab yang khusus untuk aliran sains, MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

A    Syarat Kelayakan permohonan ke MRSM

  • Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera di tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
  • Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  • Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperolehi sekurang-kurangnya lulus dalam kedua-dua mata pelajaran Matematik dan Sains.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  • Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E untuk mata pelajaran teras dalam keputusan PMR tahun 2013.
  • Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2013.

       Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  • Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 25 hingga 29 November 2013.
  • Tempat dan tarikh ujian perlu dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara atas talian (online).

Pemilihan Calon

  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  • Hanya pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  • Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan. Maklumat permohonan yang tidak lengkap juga tidak akan dipertimbangkan.

B   Permohonan

  • Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
  • Nombor pin boleh diperolehi dari semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Semua Maktab Rendah Sains MARA mulai 29 Sept 2013 hingga 18 Okt 2013. Yang berikut diperlukan semasa mendapatkan nombor pin :      i)  salinan kad pengenalan pemohon     ii)  keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2013 yang telah disahkan benar    iii)  angka giliran PMR pemohon.   Nombor pin adalah percuma.
  • Kemudian layari laman ini :    Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2014   untuk mengisi maklumat secara online.
Permohonan ke Ting 4 MRSM 2013
  • Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  • Pemohon juga perlu mencetak borang permohonan online yang telah lengkap diisi dan menghantarnya bersama-sama dokumen-dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2013.
    • Permohonan Ke Tingkatan 4 2014,
      Pengarah,
      Bahagian Pendidikan Menengah,
      Tingkat 19,
      Ibu Pejabat MARA,
      21, Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.

C    Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 18 Oktober 2013.
  • Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pada bulan Februari 2014.
  • Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2014 maka permohonannya dianggap tidak berjaya.

D    Pertanyaan

  • Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.

E    Maklumat Tambahan

 

(II)  Permohonan Kemasukan Ke MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) Tingkatan 4 Tahun 2014 di Sabah dan Sarawak

Tempoh permohonan :  19 Disember 2013 sehingga 6 Januari 2014.

A    Syarat Kelayakan permohonan ke MRSM

  • Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Sabah dan Sarawak serta pelajar bukan Bumiputera di tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan di Sabah dan Sarawak.
  • Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  • Pemohon hendaklah lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan PMR 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperolehi sekurang-kurangnya lulus dalam kedua-dua mata pelajaran Matematik dan Sains.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  • Mendapat sekurang-kurangnya 5A 3B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E untuk mata pelajaran teras dalam keputusan PMR tahun 2013.

         Pemilihan Calon

  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  • Hanya pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  • Maklumat permohonan yang tidak lengkap juga tidak akan dipertimbangkan.

B   Permohonan

  • Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
  • Nombor pin boleh diperolehi dari semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Semua Maktab Rendah Sains MARA mulai 19 Sept 2013, hari keputusan PMR 2013 diumumkan. Yang berikut diperlukan semasa mendapatkan nombor pin :      i)  salinan kad pengenalan pemohon     ii)  salinan keputusan Peperiksaan PMR 2013 yang disahkan benar .    Nombor pin adalah percuma.
  • Kemudian layari laman ini :    Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2014 (Sabah & Sarawak)   untuk mengisi maklumat secara online.
  • Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online sebelum atau pada 6 Jan 2014.
  • Pemohon juga perlu mencetak borang permohonan online yang telah lengkap diisi dan menghantarnya bersama-sama dokumen-dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah selewat-lewatnya pada 10 Jan 2014.
    • (Permohonan Ke Tingkatan 4),
      Pengarah,
      Bahagian Pendidikan Menengah,
      Tingkat 19,
      Ibu Pejabat MARA,
      21, Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.

C    Tarikh Tutup

    • Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada  6 Jan 2014.
    • Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pada bulan Februari 2014.
    • Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2014 maka permohonannya dianggap tidak berjaya.

e-Semakan kesmasukan 2013

Lain-lain :

*Kini Ibu Bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan
sekolah anaknya secara online
*

*Tarikh Bayaran Gaji Bulanan Kakitangan Kerajaan 2014, 2013*

*Hari Kelepasan Am/Cuti Umum 2014*


.
*Takwim Peperiksaan Awam Tahun 2014*

 

Comments: 8

  1. anak saya dapat 7A dan 1B – B utk subjek agama…Ada peluang tak untuk masuk ke mrsm? Dia telah ambil ujian UKKM hari itu.

    tq

Please share to benefit others by clicking the share buttons bar (top or bottom)

Leave a Reply to mohd asyraf bin kamal barih Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *