Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2019, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Permohonan MRSM Tingkatan 1 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak Tahun 2019.

.
Tempoh permohonan MRSM Ting. 1 Tahun 2019  :  09 Sept 2018 sehingga 30 November 04 Disember 2018

Tempoh UKKM berlangsung : 05 – 08 Disember 2018
Tempoh log in semula untuk urusan UKKM :  Disember 2018 (Pilih Pusat UKKM).

 

Semakan Keputusan Permohonan dan Rayuan MRSM T1

 

Semakan Keputusan Permohonan dan Rayuan MRSM T4

==============================================

Permohonan ke MRSM Ting. 1  2018 di atas adalah terbuka kepada pelajar tahun 6 yang telah menduduki peperiksaan UPSR tahun 2017 dan memenuhi syarat kelayakan untuk pemohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 1 tahun 2018. Murid yang memohon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) tingkatan satu dan juga menghadiri temu duga.

Teras utama sistem pendidikan MRSM merangkumi pembangunan kurikulum, pembangunan kokurikulum, pembangunan pelajar dan perkhidmatan pendidikan. Sistem pendidikan ini menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah terpuji, cergas fizikal dan berbudaya usahawan.

Terdapat tiga program utama yang ditawarkan di MRSM.  Program-program tersebut adalah :

i. MRSM Program Biasa
Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)

ii. MRSM Program Ulul Albab
Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Program Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.

iii. MRSM Program Dwisijil SPM IGCSE
Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

3 Program MRSM 2014
_____________Jadual 1 (Klik untuk besarkan jadual). 

A    Syarat Kelayakan permohonan ke MRSM

  • Pemohon mesti Warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa adalah Warganegara Malaysia.
  • Pelajar Bumiputera tahun 6 dan pelajar bukan Bumiputera di tahun 6 2016 yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
  • Pemohon dari Semenanjung Malaysia hendaklah lulus Peperiksaan UPSR tahun 2016 dengan mendapat minimum 5A.
  • Pemohon dari Sabah dan Sarawak hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 2B 1C dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2016.
  • Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh antara ___________ yang akan diadakan di semua cawangan MRSM.
  • Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang berikut :
    i. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan/permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
    ii. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman dan luar bandar.

 

B    Permohonan secara Online

  • Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan kata laluan (nombor pin).
  • Kata Laluan boleh diperolehi dari semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Semua Maktab Rendah Sains MARA pada waktu pejabat mulai    __________Yang berikut diperlukan semasa mendapatkan kata laluan  :      i)  salinan MyKid pemohon     ii)  salinan keputusan Peperiksaan UPSR 2016 yang telah disahkan benar.    Kata Laluan adalah percuma.
  • Kemudian layari laman ini :    Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2017   untuk mengisi maklumat secara online.
  • .
  • Pemohon dari Semenanjung Malaysia mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program (Jadual 1) sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang untuk menduduki ujian dan temu duga.
  • Pemohon dari Sabah dan Sarawak mestilah memilih MRSM Tun Mustapha, Tawau yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online untuk menduduki ujian dan temu duga.
  • Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  • Pemohon juga perlu mencetak borang permohonan online yang telah lengkap diisi dan menghantarnya bersama-sama dokumen-dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah selewat-lewatnya pada __ Disember 2014.

C    Tarikh Tutup

  • Tarikh akhir permohonan secara online adalah pada 20 Nov 2016.
    Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada __ Disember 2016. 
  • Keputusan Kemasukan Ke MRSM BIASA dijangka dikeluarkan pada awal bulan Februari 2017.
  • Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2017 maka permohonannya dianggap tidak berjaya.


D    Pertanyaan

  • Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.


E    Maklumat Tambahan

  • Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  • Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  • Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
  • Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.
.

Makluman Pusat ujian dan Temuduga

Jadual 1 – Pusat Ujian, Cadangan Pusat Ujian dan Pilihan Tarikh Temuduga/Ujian

Permohonan, Semakan dan Rayuan ke SBP Tingkatan 1 dan 4

Baca lebih banyak maklum balas daripada ibu bapa pemohon di sini.

 

Comments: 66

  1. Apakah masih berpeluang untuk mohon pertukaran ke MRSM Ulul Albab Kepala Batas?
    Untuk makluman tuan/puan, anak saya telah menghadiri sesi temuduga kemasukan ke MRSM di MRSM Ulul Albab Kepala Batas pada 15hb Disember 2015 di mana beliau telah menduduki peperiksaan berdasarkan kepada akedemi dan Hafazan bersesuaian dengan syarat untuk kemasukan ke MRSM Ulul Albab. Malangnya beliau tidak ditawarkan ke MRSM Ulul Albab Kepala Batas tetapi ke MRSM Beseri, Perlis.
    Antara sebab-sebab permohonan pertukaran untuk menyertai MRSM ULUL ALBAB adalah kerana beliau begitu berminat ingin mendalami sekali gus menjadi insan Ulul Albab agar mempunyai kekuatan akal fikiran, yang menguasai sains, falsafah dan teknologi.
    Jadi, besarlah harapan saya sebagai seorang ayah untuk melihat anak saya ini yang walaupun hatinya lembut tetapi mempunyai otak yang cerdas dan tinggi semangat keagamaan dan juga luas ilmu pengetahuan beserta pemikiran yang begitu tajam .
    Sekiranya MRSM Ulul Albab masih ada kekosongan, diharapkan pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini seterusnya memberikan peluang kepada anak saya untuk ditempatkan ke MRSM Ulul Albab Kepala Batas.

    Segala pertimbangan serta kelulusan daripada pihak Tuan/Puan saya dahului dengan ribuan terima kasih.

  2. Kenapa temuduga fokus ke program ulul albab tapi yg dapat igcse? Dan jauh berbeza aliran. Sy cadangkan MARA tambah lebih banyak MRSM ulul albab memandangkan majoriti permintaan di kalangan ibubapa masakini.

  3. Anak saya pun mmg sentiasa cemerlang dari drjh satu hingga 6 dan menjadi tokoh akedemik serta mendapat 5a dlm upsr 2015…sgt aktif dan mempunyai 35 sijil kurikulum n kokurikulum tetapi tidak terpilih ke sekolah berasrama…
    Hairan n pelik jugak….mmg hairan….group anak yang aktif …bijak…pun tak dapat..tetapi yg tak aktif … n pencapaian yg biasa2 diterima pula….?????

  4. Salam alaikum Bagaimana sekiranya anak saya telah memasuki SBP dan ingin membuat permohonan ke MRSM. Adakah ia akan diterima atau di blacklist dengan serta merta

  5. apakah kemungkinan pelajar bole diterima sekiranya membuat rayuan masuk mrsm bagi pelajar yg menolak sbp…bole suggest alternatif lain..tq

  6. anak saya telah mendapat tawaran SBP dan telah menduduki UKKM MRSM. anak lebih berminat ke program IGSCE MRSM. perlukah saya tolak SBP supaya anak saya boleh masuk MRSM? atau anak masuk SBP dahulu dan buat rayuan ke MRSM?

  7. Salam/Selamat sejatera

    Saya telah layak menduduki UKKM untuk kemasukan ke tingkatan 1 2016 di mana saya memilih MRSM Parit sebagai pusat ujian dan akan menduduki ujian itu pada 14 Disember ini. Saya mendapat tahu bahawa saya perlu membawa salinan borang permohonan tetapi saya tidak boleh log in untuk mencetak borang permohonan itu kerana “permohonan kemasukan telah ditutup”. Adakah ada cara lain untuk mencetak borang permohonan itu?

    Segala bantuan/jawapan dari pihak tuan amat saya hargai

  8. anak saya 4A1B (mate) upkk 7A1B, saya cacat fizikal, miskin tegar dgn pendapatan RM 500 sebulan. anak 8 orang, tinggal di luar bandar. bolehkah ada peluang utk anak saya mohon sekolah MARA

  9. Assalam…
    Bagaimana cara untuk membuat permohonan rayuan ke MRSM? anak sy mendapat 4A 1B (Sains + Math A) UPSR 2015. Sekiranya permohonan rayuan dibenarkan, dalam tempoh bilakah permohonan tersebut perlu dibuat?
    Mohon pencerahan dengan kadar segera kerana tarikh tutup semakan temuduga pd 6 dec 2105.

  10. Assalamualaikum
    saya ingin bertanya adakah pelajar darjah 6 (bumiputra yang menduduki peperiksaan IGCSE checkpoint darjah 6 yang dijalankan oleh pihak Cambrigde dengan keputusan baik/cemerlang boleh memohon untuk MRSM tingkatan satu.
    Mohon pencerahan .

    Zakariyya Zainul

  11. Keputusan rayuan MRSM dah keluar hari ni….cepat cek…sbb tarikh akhir terima atau tidak MRSM tu ada yg 2 mac dan ada yg 4 mac…

  12. Assalammualaikum . Anak sy ada melalui interview RSM ulul albab kepala batas. Anak saya mendpt tawarn sbp sek sains tp sy tolak tawaran krn berminat dgn prog ulul albab . soalan sy adakah pihak mrsm tidak akan menerima permohonan semula murid yg telah menolak tawaran sbp

  13. Assalam, anak saya mendapat 5A dan dipanggil temuduga utk Sek men Sains Muzaffar Syah (katanya kuota pengetua). tp nasib tidak menyebelahi anak saya dia tidak terpilih. yang lebih menyedihkan anak saya juga tidak mendapat tawaran ke mana2 MRSM. Saya percaya kepada rezeki yang telah ditentukan oleh Allah. Alhamdulillah anak selesa bersekolah di Sekolah Kluster cuma kadang2 dia berasa sedih kerana kawan2 lain yg mndapat 5A ke SBP dan MRSM.
    Soalan saya, anak saya hanya dapat temuduga ke SBP (MOZAC) dan tidak ada kepastian dia akan dapat tp betulkah jika sudah mendapat temuduga tersebut MRSM tidak akan memproses permohonan kami?

  14. Saya mendapat 5A dan saya telah membuat permohonan tetapi gagal kemudian saya membuat rayuan secara online,saya ingin tahu bilakah tarikh keputusan rayuan diumumkan…Harap anda dapat reply dengan segera..Terima kasih

  15. Salam…
    Tak guna kita luahkan perasaan masing2 disini…
    Wujud atau tak wujud kabel ni..hanya Allah Taala yang tahu..minta padaNya diluaskan ruang untuk anak2 kita waktu mendatang….kami suami isteri…proceed mcm biasa rayuan sbp dan mrsm utk anak…doa kami…Allah tetapkan yg terbaik utknya…kalau tak dapat..ada hikmahnya kenapa..dia sndiri dah seronok belajar di sek men biasa…dlm kelas dia seronok dikenali cikgu terutama keupayaan mathsnya…kalau terlalu difikirkan….seolah olah ini akhiran anak kita…tapi sebenarnya ini permulaan utk mereka….

  16. assalam, sy nak tanya boleh tak sy nak memohon sekolah mrsm utk anak sy. Ada pengambilan kali kedua dan jika ada bila tarikh akhirnya. mohon penjelasan.

    @
    pengambilan kali ke 2 hanya utk pemohon yg gagal kali pertama dan telah hantar rayuan.

  17. memang rasa ada yang x kena je dgn pemilihan murid yg dpt. Mmg anak dan sy rasa sedih wlwpn tahu ini namanya rezki. Tp agak terkilan kalau yg terpilih mggunakan kabel yg kuat. kwn sy sndri pun pernah ckp anknya dpt sbp n mrsm sbb gunakan kabel n kouta pengetua. Rupanya mmg wujud kouta pengetua ni ya.

  18. 4/2 first intake MRSM akan mendaftar. Tinggi menggunung harapan ibu bapa yang anak-anaknya kena buat rayuan agar diterima. Ada sesiapa tahu bila pulak second intake utk MRSM?

  19. Anak saya gagal ke MRSM dan setelah diperhalusi saya tersilap dalam permohonan kerana tidak menghantar salinan dokumen ke ibu pejabat MARA. Sesi temuduga telah dihadiri dan salinan dokumen diserahkan semasa sesi tersebut. Bolehkah anak saya kembali dengan membuat rayuan. Tolong bagi alamat untuk rayuan online.

  20. Nak mntk pertukaran dari mrsm dari daerah Hulu Perak ke mrsm daerah alor setar kedah..mcmana..saya seorang ibu tunggal mempunyai masalah until melawat anak saya selalu..

  21. Anak saya dapat MRSM Merbok (Biasa ) tetapi beliau amat berminat dengan hafazan dan Bahasa Arab yang ditawarkan di MRSM KEPALA BATAS (ULUL ALBAB )Bagaimana cara membuat rayuan@pertukaran ke MRSM KEPALA BATAS.?

    • anak saya gagal ke MRSM tetapi saya telah membuat rayuan melalui online tetapi setelah rayuan dihantar saya baru perasan ada kesilapan dalam jawatan kokurikulum anak saya iaitu anak saya memegang jawatan naib penegerusi dalam persatuan agama islam tetapi saya telah membuat jawatan anak saya sebagai pengerusi persatuan agama adakah ini akan membuatkan rayuan anak saya di tolak atau saya boleh menghantar rayuan sekali lagi.

  22. Assalamualaikum..anak sy telah mendapat 4A1B (B ialah BI) dlm UPSR baru2 ni.Saya telah cuba memohon no pin di pej.MARA dan MRSM merbok..malangnya tidak diberi.anak saya sgt berminat utk program ulul albab.anak saya telah mendapat semua A dlm peperiksan KAFA (UPKK).. adakah masih ada peluang untuk memohon second intake.mohon pencerahan.
    Terima kasih.

  23. Result dah kluar. alhamdulillah anak saya berjaya ditawarkan masuk ke mrsm.

    Tahniah pada anak yang berjaya ke mrsm

  24. Setahu saya, selepas nama pelajar yg mendapat sbp dikeluarkan automatik, nama pelajar yg x dpt tu diserahkan kpd pihak mara. Maka mara akan membuat pilihan mereka bg intake yg pertama. Selepas itu intake kedua sbp akan diwartakan. Kemudian diikuti dgn intake kedua mrsm. klu salah tolong betulkan.

  25. A’salam, semua..
    Betulkah result kemasukan mrsm akan dikeluarkan pd 31 Januari 2015 ? Tahun lepas pd 15 Januari…
    Tahun ni kelewatan mungkin juga kerana faktor banjir yg menjejaskan beberapa buah mrsm yg terjejas kan..

  26. As salam…saya juga mohon sgt dikongsikan tarikh keputusan permohonan MRSM 2015 segera kerana ada banyak buku dan keperluan sekolah biasa yang perlu dibeli dan disediakan ketika waktu persekolahan sekarang. Sekiranya sudah dapat jawapan pasti, kami boleh bertindak sewajarnya untuk meneruskan pembelian buku2 sekolah biasa atau tidak. Sekian, maklumbalas segera pihak MRSM amat2 dihargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.

    • Setahu sy, tarikh tepat kputusan mrsm sukar ditetapkan sbb ia bergantung pada samada semua pelajar rayuan kali ke-2 yg ditawarkan sbp telah melapor diri, iaitu p’ambilan ke sbp ditutup sepenuhnya baru keputusan mrsm akan dumumkan.
      Mungkin sy salah.

  27. Mengikut fahaman saya pelajar yg ditawarkan ke SBP sahaja yg tak akan ditawarkan ke MRSM. Anak saya tak berjaya utk SBP tapi dapat Kelas Rancangan Khas di sekolah harian … masih ada peluang untuk MRSM kan ?

  28. Adakah keputusan di awal februari 2015 nanti merangkumi aliran biasa,aliran ulul albab dan igcse? Mohon pencerahan..

    @
    semua aliran (kecuali pindaan)

  29. Maaf , sy ingin bertanya tarikh sebenar keputusan mrsm bagi tahun 2015 seperti yang dimaklumkan pada awal Februari .Adakah melibatkan semua aliran atau aliran biasa sahaja.Mohon pencerahan.

  30. Sy pun ingin tahu tarikh sebenar keputusan ting 1 mrsm utk tahun ni. Anak sy jg sgt berminat utk masuk mrsm tp memandangkn keputusan mrsm lambat so sy daftarkan dia di sek men dulu. Klu dh tau keputusan mrsm sekurang2nya dpt mengurangkn belanja utk beli keperluan sekolah di sekolah tersebut sbb apa yg sy tahu pakaian dan buku2 di mrsm tidak sama dgn buku2 yg diguna pakai oleh sekolah2 menengah biasa.

  31. Anak saya mendapat 5A. Oleh kerana saya ragu2 tidak mendapat tempat di MRSM, anak saya telah memohon awal kemasukan ke SBP di Sarawak sebelum keputusan UPSR diumumkan. Anak saya telah dipanggil temuduga salah sebuah SBP dan baru2 ini anak saya telah ditawarkan masuk le SBP Sarawak dibawah KPM. Utk makluman, anak saya juga telah memohon masuk MRSM Kuching secara online. Oleh kerana anak saya benar2 berminat memasuki MRSM, kami telah menolak tawaran SBP tersebut. Persoalan saya, adakah nama anak saya masih dlm pertimbangan dan boleh memasuki MRSM? Saya difahamkan bahawa mana2 pelajar yg telah ditawarkan tempat di SBP dibawah KPM tidak diberi tempat dlm MRSM. Harap respon segera. Tq.

    @
    Betul. Mana-mana murid yg telah ditawarkan tempat di SBP di bawah KPM tidak akan diberi tempat di MRSM lagi.

  32. Good afternoon.

    Sir, may I ask what is the statistical report PT3 2015?

    1. How many students sit PT3 2014 in Malaysia?

    2. How many students get straight 9A or 10A?

    Thanking your kind reply.

  33. Good afternoon.

    Sir, my daughter was offered to study in the School of Science (SBP).

    We also have applied MRSM; do her application will be considered if my daughter does not accept the SBP offer?

    Thanking your kind reply.

    @
    Any student offered SBP will not be offered MRSM again, irrespective of whether you accept SBP or not. Some parents who are confident enough did not summit application to SBP, only MRSM.

  34. APABILA MURID MENDAPAT 3A 2B (TETAPI YG B IALAH SAINS DAN BAHASA INGGERIS) murid itu telah mengikuti pelbagai kegiatan kokurikulum..Adakah berpeluang untuk masuk ke MRSM..

  35. assalamualaikum..anak saya terlepas ujian ukkm pada 16 Dec di mrsm kuala kubu baru. bolehkah anak saya mengambil ujian pada tarikh lain di mrsm tersebut atau di mrsm lain?

  36. sekiranya terlupa cetak borang permohonan mrsm itu .Bolehkh saya pergi ke mrsm itu untuk temuduga lagi ,tetapi saya telah mengisi borang online itu .tolong beri jawapan samada boleh atau tidak.

    @
    borang permohonan perlu dicetak dan dibawa semasa menghadiri temuduga

  37. assalamualaikum…
    adakah tarikh dan masa temuduga yg dipaparkan semasa megisi borang online itu tepat? bermakna anak perlu menghadiri temuduga mengikut tarikh dan masa tersebut? ii adalah kerana semasa saya mencetak borang tersebut ada dinyatakan abaikan masa dan tempat temuduga yag dipaparkan. sekian, TK

  38. Anak saya ade temuduga di pontian pd 15dec 2014…tp sy tidak menghantar cetakan dan dokumen berkaitan secara pos kerana pegawai mara di HQ memaklumkan bhw sy tidak perlu mghantar dokumen secara pos tetapi hnya perlu bw ke pusat temuduga….mohon pencerahan

  39. anak saya akan temuduga pada 16/12/2014, saya tidak menghantar dokumen yang dicetak ke Ibupejabat MARA kerana saya diberitahu oleh pegawai pejabat MARA negeri, dokumen tersebut tidak perlu dihantar cuma bawa semasa temuduga sahaja. tolong beri jawapan samada perlu hantar/tidak dokumen tersebut

    @
    tidak perlu hantar, dan PASTIKAN dibawa semasa temuduga.

  40. anak saya akan temuduga pada 15/12/2014, saya tidak menghantar dokumen yang dicetak ke Ibupejabat MARA kerana saya diberitahu oleh pegawai pejabat MARA negeri, dokumen tersebut tidak perlu dihantar cuma bawa semasa temuduga sahaja. tolong beri jawapan samada perlu hantar/tidak dokumen tersebut

  41. Salam…pakaian sekolah yang diwartakan semasa sesi temuduga itu pakaian sekolah menengah atau rendah…untuk pencerahan..

    @
    bukankah sudah bukan murid SR lagi?

  42. Ank mendapat 4a 1b..sains b walaupn selama peperiksaan mendapat A..sedang membuat rayuan utk “re check @ appeal” utk subjek tersebut. Apakah kemungkinan nya?

    • anak mendapat 4A 1B dan saya telak ke Pejabat mara KL untuk mengambil katalaluan unt memohon kemasukan ke MRSM 2015 namun diberitahu oleh pegawai yang bertugas hanya calon UPSR 5A sahaja yang layak memohon kemasukan ke MRSM.Pulang dengan perasaan kecewa.Mohon penjelasan.

    • Anak saya juga mendapat 4a1b..B dalam subjek sains. Saya telah pergi memohon pin di pejabat Mara dan MRSM sendiri namun tidak diberikan pin tersebut. Maksudnya anak saya tidak diberikan peluang langsung untuk mencuba. Anak saya adalah pelajar aktif dalam sukan ragbi peringkat negeri mewakili daerah dan saya sendiri adalah berpendapatan rendah. Apakah yang harus saya lakukan untuk memenuhi hasrat anak saya memasuki MRSM. Kenapa pelajar 4a1b. B dlm english diberikan pin ntuk memohon. 3a2b juga mendapat peluang diberikan pin. Tolong jelaskan.Tq

    • interview yg waktu cakap dalam bahasa English x boleh gagal. kerana mereka tengok kemahiran murid bertutur. dan kalau ujian pada 9 pulak mesti kena banyak betul.

  43. sekiranya saya mendapat 3A 2B .dalam subjek MATEMATIK (A) BAHASA MELAYU PENULISAN (A) BAHASA MELAYU PEMAHAMAN(A) BAHASA INGGERIS (B) SAINS(B) .jika saya memohon untuk masuk ke MRSM boleh diterima atau tidak .harap pihak tuan boleh beri jawapan dengan segera dan tuan dapat mempertimbangkan penyataan di atas.

    @
    peluang kurang tapi boleh cuba (sains dan mate mesti A)

    • Salam mualaikum tuan, semasa saya mengisi borang permohonan kemasukan ke tingkatan1 MRSM tawau sabah 2015 melalui online,/ no.kad pengenalan bapa
      /jumlah gaji pokok tidak lengkap di isi dan semasa penghantaran borang terlupa disertakan salinan slip gaji bapa.harap dapat memberi pertimbangan. keatas permohonan saya ini.

    • kemungkinan awak susah sikit sebab murid2 yg dapat 5A lebih diutamakan.tahun ni mungkin ade peluang kot :)

Please share to benefit others by clicking the share buttons bar (top or bottom)

Leave a Reply to Najib Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *