Membuat Rayuan Sekiranya tidak ditawarkan tempat di Tingkatan 6 Bawah

Tempoh Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 Tahun 2018: mulai 16 April – 24 Mei 2018

Rayuan Tawaran Kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah Tahun 2018 (Guna Borang T6BKK)

Sekiranya anda mendapat imej paparan biru ini, anda tidak berjaya dalam tawaran kemasukan ke tingkatan enam bawah tahun 2018.F6-maaf

Syarat Kelayakan Kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah

Persoalan Penting Tentang Tawaran Kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah.

Anda boleh membuat rayuan dengan melalui prosedur berikut:

1. Calon sekolah yang tidak ditawarkan tempat di Tingkatan Enam Bawah tahun 2018 boleh membuat rayuan secara online. Baca maklumat dan arahan selanjutnya di sini. Pengetua sekolah bertanggungjawab mengemukakan semua borang rayuan murid kepada JPN masing-masing.

2. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1hb Jan tahun semasa.

3. Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah lama di mana murid mengambil peperiksaan SPM, dan mempunyai perakuan rekod disiplin yang baik.

4. Kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri adalah tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon dan akan dimaklumkan oleh JPN masing-masing.

5. Semua rayuan yang diterima lewat daripada  24 Mei 2018 tidak akan dipertimbangkan.

.
6. Keputusan rayuan kemasukan ke tingkatan 6 bawah boleh disemak mulai 11 Jun 2018. Klik di sini untuk menyemak.

* Nota:
Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti ini, calon dinasihatkan supaya mengulang semula peperiksaan SPM pada tahun 2018.

Perhatian : Rayuan calon sekolah untuk memasuki tingkatan enam bawah adalah berdasarkan kelonggaran atas penglibatan kokurikulum.

Perlu diingatkan calon mesti hantar borang rayuan melalui pengetua sekolah asal. Kelulusan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat.

Keputusan dan penempatan adalah ditentukan oleh jabatan pelajaran negeri.
.

MUAT TURUN BORANG-BORANG

T6BKK   BAGI CALON SEKOLAH KERAJAAN
T6BCP    BAGI CALON PERSENDIRIAN, SEKOLAH SWASTA & AGAMA
T6BRTJ  UNTUK RAYUAN MENUKAR JURUSAN
PUA275   PERMOHOAN MENUKAR SEKOLAH TINGKATAN 6
T6BRU    BAGI CALON SEKOLAH YANG LAYAK TETAPI TIDAK MENDAPAT TAWARAN ATAU TIDAK MELAPOR DIRI ATAU MENOLAK MATRIKULASI/IPTA/IPTS ATAU SEBAB-SEBAB LAIN.


Maklumat berkaitan :

Comments: 117

  1. If I don’t get STPM it means that I wouldbget matrik offer?

    @
    Yes, for the cases of should get Form 6 but didn’t get, based on experience of students from previous years, they are offered Matrik. (Of course must had summit application, and excluding extraordinary case)

    • what will happen to.my matrik offer if my parents help me appeal for stpm already

      @
      Between matrik and Form 6, a student can only choose one. In order for you to be offer a place in Form 6, you must reject the matrik offer, of which the result will be out on 24 Apr 2018. If you accept matrik offer, your appeal will not likely be considered.

  2. Hello, can I know why wasn’t I offered form six as I passed the minimum requirements ( A for BM, Sejarah, Biology, Additional Mathematics, A+ for BI, Mathematics, PM, Prinsip Perakaunan, Physics, Chemistry) to be enrolled into form six. Is it possible that I am offered matrikulasi since results of enrollment for matrikulasi will be announced on 27th April?

    @
    Your result implies, most likely.

  3. hi admin……they say that the result will be out on 4 june 2016 , but i still cant find the website beacuse today is 15 of june …..please reply ASAP

    @
    click HERE for keputusan rayuan.

  4. Salam admin….sy telah mengisi surat rayuan masuk ke tingkatan 6….jika sy di terima…dimanakah sy perlu melaporkan diri…adakah di sekolah asal ataupun sy boleh membuat laporan di mana2 sekolah…?

    @
    ikut arahan dalam surat tawaran. tidak boleh melapor di mana-mana sek

  5. Hello, may i ask where is the website for checking result of rayuan tingkatan 6 2015/2016?

    @
    available 23 June 2015

  6. Salam Admin.. bilakah keputusan rayuan ting6 2015 Diumumkan? Harap admin dpt respon dgn segera.. Terima Kasih..

    @
    sekitar 18 Jun 2015

  7. salam admin ,sy lepasan spm 2013 .sy ditawarkan tingkatan 6 utk sesi 2014 tp sy tak pegi krn pegi ke pusat kemahiran .jika sy nak mohon utk tahun 2015 ni ,sy kene isi borang T6BKK atau T6BRU ?

    @
    T6BCP, sila confirm dengan PPD/JPN terdekat

  8. hello , saya menerima tawaran untuk ke ting 6 . tapi sy tidak melapor diri d sekolah pada tarikh yg telah ditetapkan krna minggu upu , boleh ka sy mendaftar walaupun dah lewat ?.

    @
    cubalah.
    Bukankah telah dinyatakan dalam surat, yg menunggu upu perlu lapor T6 juga?

  9. salam admin ,sy lepasan spm 2013 dan dpt tawaran ke form 6 bagi tahun 2014 dan sy telah menolak dan pergi ke pusat kemahiran .sy mahu membuat permohonan utk ke form 6 tahun ini , boleh ke sy hantar borang terus ke jpn tanpa ke sekolah asal dahulu ?

  10. salam sejahtera saya ingin melajutkan perlajarn di ting 6 tapi rezeki saya tak tercapai,tapi saya ingin sangat masuk ting 6,,dan saya berharap dapat diberi kan peluang, result spm bahasa melayu saya pada thun 2014 adalah c+..dan sejarah pula c,,saya merayu agar diberi peluang

    @
    dapatkan borang rayuan yang betul, isi dan hantar terus ke PPD/JPN terdekat

  11. salam admin.. kalau dah mohon rayuan lepas tu kena tunggu ke sampai keputusan keluar? sy bm kredit dan mrkh koko 5.95 layak ke?

    Ya. tunggu keputusan rayuan

  12. Salam admin.. ble tumpang tnya ka.. saya tidak ditawarkan masuk Ting6 bawah 2015 dn saya juga tidak layak untuk merayu msuk ting6.. tetapi keputusan saya hnya 2kdit sahaja.. tpi bm saya gred c kepujian dan lulus sejarah.. penglibatan kokurikulum saya pn agak baik dn dapat 81 mrkah.. tetapi ble ka sa membuat Rayuan masuk ting6 bawah 2015 nie.. harap Admin dpt Reply message saya secepat mungkin.. Terima kasih.

    @
    dapatkan borang rayuan yang betul, isi dan hantar terus ke PPD/JPN terdekat

    • Ble jgak ka hntar terus ke Pengetua sekolah asal sendiri..? patut jgk ka hntar di PPD/PPN..

  13. Saya mengambil SPM pada tahun 2013 menggunakan nombor IC sementara. Saya tidak mempunyai IC pada masa itu. Saya baru mendapat IC pada hujung tahun lepas. Saya tidak dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 pada tahun lepas kerana tidak memiliki kewarganegaraan Malaysia. Saya telah membuat rayuan menggunakan borang T6BKK pada 6 Mei. Adakah terdapat prosedur yang khas bagi kes saya?

    @
    kalau sudah jadi warganegara, layak mohon dgn prosidur biasa

  14. 5/5/15 sepatutnya daftar form 6 disekolah yg ditetapkan tapi tadi saya baru pergi ppd untuk lihat sekolah yang saya dapat tapi pegawai yg bertugas cuti.. bolehkah saya daftar selain dari tarikh yg ditetapkan? Takut terbatal saja seperti yang dinyatakan diSurat tawaran..

    @
    kenapa tidak semak sekolah lebih awal?

  15. Assalamualaikum dan selama pagi semua…

    Tahniah kepada pelajar yang mendapat tempat di mana2 pusat pengajian…. kepada yang tidak mendapat tempat boleh berusaha lebih lagi dengan membuat rayuan spt yang disyorkan…
    Apa yang ingin sy nyatakan di sini perihal yang tolak rayuan ke matrikulasi… Sepatutnya peluang yang diperolehi kena rebut bukan tolak… sy juga merupakan bekas pelajar matrik (akaun) dgn pointer 3.53 thn 2012… sedangkan masa SPM sy tidak ambil akaun dan add math…. masa tu subjek akaun dan add math hanya la pilihan untuk ditempatkan ke pusat matrik dan sy memperolehi keputusan yg baik utk math, ekonomi dan perdagangan… tp sebelum sy ke pusat matrik sy amik inisiatif sendiri dgn pinjam buku rujukan kawan buat ulangkaji untuk subjek akaun… memang cabaran juga sebab add math x pernah belajar dan semasa di sem 1 sy cuma memperolehi C+ sahaja….setiap kali ujian mesti gagal…namun bila naik sem 2 dan sem 3 (masa tu matrik 3 sem) ada peningkatan yg baik sehingga sy dilantik sbg tutor akaun untuk bantu rakan-rakan yang lain…apa2 pun belajar ni kena minat dan tekun….bertanya dan rujuk kpd rakan2 @ pensyarah sebab mereka lebih dekat dgn kita dan akan cuba membantu kita….dalam masa yang sama perbanyakkan doa, solat, ngaji agar pintu hati lebih terang utk terima ilmu2 yg diberikan…. sekian….

    • @exmatrikulasi 2000
      wa’alaikumusalam,, wahh thniah!
      terus rasa bsemangat kembali mau masuk sana even sebelum ni ambik sains time spm

  16. salam admin, esk form 6 dah start.. tpi sya x dpt tawaran form 6,wlaupun result 2B 4C 2E 1G dan mrkah kokurikulum sya 6.6…..jdi skrang ni sya tgah tunggu tawaran upu… tpi sya risau jika x dpt upu..
    soalan sya, bolehkah sya buat dua rayuan? rayuan upu dan rayuan form 6?

    @
    Boleh. Yang telah ditawarkan T6 masih akan ditawarkan UPU jika layak

  17. Saya sangat berminat untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 ke jurusan kemanusiaan tetapi , keputusan SPM kertas bahasa melayu saya lulus tetapi tidak kredit masa sekaramg ini saya menjalani peperiksaan ulangan kertas bahasa melayu tahun 2015, saya harap rayuan saya dapat diluluskan

    • AS SALAM,, saya tidak mendapat tawaran ke fom 6,, tapi saya mendapat c+ dalam subjek bm dan sej dan penglibatan koko juga agak aktif, adakah saya layak untuk memohon rayuan ke fom 6 ???

      @
      layak

  18. admin sye dpt 1a, 3b, 4c, 1d.
    yang subjek d ialah bm…
    kegiatan kokurikulum sye xlah teruk sangat ade jawatan pengerusi dan pernah wakil sekolah untuk hoki…
    adekah sye layak membuat permohonan stpm ?????

    @
    BM minimum kepujian (C)
    Jangan putus asa. Boleh cuba mohon

  19. Salam kalau dduk selangor sek kat pahang,still kena rujuk pengetua sek kat pahang tu ke?sbb nak smbung f6 kat selangor.

    @
    uruskan di JPN Selangor

  20. assalam..sy lpsn spm2014..sy xdpt matrik dan form6..mcm mana nk buat rayuan???sbb sy dari skolah maahad bwh kerajaan negeri dan nama sy xada dlm senarai ting6..sy sgt berminat utk smbung f6 aliran sc.tpi sy hanya dpt D dlm sbjek2 sc.sy na tebus balik result sbjek sc..ada harapan x?? :'( mohon balas

    @
    baca halaman ini Borang T6BCP

  21. Bagi sesiapa yg umur dia dah 19 dan 20..kamu masih ada peluang untuk melanjut pengajian di tingkatan 6 bawah asal kan kamu memenuhi syarat2 am dan khusus..jadi bagi yg umur mereka time 18 tahun dlu abaikan ting 6 bawah ni sperti yg sy komen di atas,kamu masih ada peluang..cara 2 nya kamu perlu buat rayuan bersama mereka(calon2 spm semasa 2014) pada blan 4 ni..borang bole ambil dr jpn dan serahkan pada pengetua sek lama time kamu ting 5 dlu..semoga berjaya..InsyaAllah

  22. Bolehkah calon SPM(u) yang dapat keputusan yang cemerlang memohon ke tingkatan enam. Kakak saya menduduki peperiksaan SPM 2013. tapi dapat gagal semua subjek. Tahun lepas kakak saya menduduki kertas jun.Dan dapat 3A dalam BM, sej, maths pada bulan jun. dia dapat keputusan yang baik. Tambahan pula dia menduduki peperiksaan SPM until bulan November juga.Bulan November dia mengulang semua subjek yang diambil dalam peperiksaan SPM 2013. Tolong reply siapa yang tahu tentang permohonan. bila dia mohon. tahun INI dia berumur 19.

  23. Saya nak tanya. Tahun depan saya berumur 19 tahun dan saya memang nak sangat masuk stpm. Saya pernah masuk tingkatan 6 tapi saya berhenti pada bulan7 atas sebab dapat tawaran ke politeknik pd bulan 11. Tambahan pula saya pergi ke plkn kumpulan 3 pd bulan 8. Setelah tamat plkn saya berasa ingin menyambung stpm. Adakah masih ada peluang untuk saya? Saya betul betul mahu masuk ke tingkatan 6 semula :(

  24. Selamat sejahtera , saya seorang pelajar matrikulasi yang ingin mengambil Tingkatan 6 . Bolehkah saya berhenti matrikulasi dan memohon tingkatan 6 ? Saya hanya habis semester 1 di matrik dan belum masuk semester 2 lagi . Sila balas . Terima kasih.

    @
    tidak digalakkan. Orang berebut-rebut nak masuk matrik, ini pula nak tukar dari matrik ke F6. Soalan ini pernah dijawab. Baca di atas.

  25. kalau dapat STPM 4.00 CGPA pun tak ada makna masuk tingkatan 6 kalau spm 4 kredit katanya lagi. dia nak semua pelajar yang tak cemerlang masuk uitm ambil pra diploma . ada ke patut. kalau macam tu yang MPM tawarkan kita masuk tingkatan 6 tu buat habis wang mak bapak jer beli buku dan segala macam. betul ke apa pegawai uitm tu cakap?

  26. Ada sorang pegawai dari uitm yang ambil pelajar ikut masuk diploma. dia cakap kalau dapat 4 kredit spm iaitu BM-B+, BI-D,MATH-B,SEJ-B, PM-C+ tapi STPM 2.75 takkan dapat masuk U dia kata. Jadi kita orang belajar penat2 untuk stpm buat penat jer lah. SO KALAU ADA ADIK2 DAPAT SPM TIDAK BAGUS BAIK APLLY PRA DIPLOMA JER KAT UITM KATANYA.

  27. Admin,sekarang saya buat (STPM CALON PERSENDIRIAN) 2014/2015.Jika saya dapat kredit dalam bahasa melayu kertas jun dan tambah mata pelajaran spm 2 kredit tahun lepas.Jadi saya ada 3 kredit,boleh saya pindah dari CALON PERSENDIRIAN STPM ke SEKOLAH KERAJAAN STPM?Tolong saya jelaskan hal ini Please ….

  28. assalam admin,macam mna jika saya lepasan spm 2012 ….
    bolekah saya memohon untuk stpm tahun 2014?

  29. slm, bila tarikh rayuan t6 2014 diumumkan? adakah surat akan sampai di rumah? mohon jawab admin.

    @
    sekitar 19 Jun 2014. semak dan cetak surat tawaran online

  30. Boleh ke saya melapor diri sekarang biarpun hari melapor suda lepas (5/5/2014) kerana saya melancong pada minggu tersebut . Please . harap dapat . Saya ingin menyambung pelajaran saya . Thanks

    @
    pendaftaran lewat biasanya tidak ditolak. LAPOR SEGERA.

  31. hi.saya suday rayuan stpm 2014.bila dan bagaimanakah tahu jika lulus atau tidak?semak bagaiman?tolong saya admin plz…

    @
    check online. mid June

    • Boleh saya tahu tarikh semakan rayuan stpm 2014 tetap? dan bagaimanakah cara untuk tahu bahawa sudah lulus atau gagal?tapi boleh saya tahu adakah surat rayuan akan hantar ke rumah secara pos atau kena semak dalam online?tolong saya admin…plz……

      @
      online. check here.

    • Admin, jika saya tak dapat luluskan rayuan stpm apa yang saya kena buat, tapi saya dah buat ujian bahasa melayu 2014 kertas jun. tolong saya admin plzz..tapi saya ada 2 credit dan 5 lulusan dalam spm 2013, bolehkah saya dapat rayuan stpm…tolong saya jelaskan mengapa pelajar buat rayuan???

      @vinitha
      salah satu cara untuk dapatkan tempat di Ting 6 ialah tunjukkan minat yang tegas (hadir bersama ibu/bapa ke sekolah itu). syarat kelayakan minimum STPM juga perlu ada

    • 10q very much Admin. So, i will wait and see what will be the result come, then admin say what to do. I will sent my result rayuan stpm after its come.

  32. Saya telah ditawarkan matrikulasi tetapi saya ingin menolaknya dan telah membuat rayuan ke tingkatan 6.Tetapi saya masih tidak memberi jawapan untuk menerima atau menolak matrikulasi kerana saya takut nanti saya tidak dapat masuk tingkatan 6 ,matrikulasi pun tak dapat.Adakah saya patut memberi jawapan menolaknya?Saya juga ingin tahu ada alternatif lain selain membuat rayuan melalui borang T6BRU?Adakah saya akan masuk tingkatan 6 lebih lewat berbanding pelajar yang lain selepas berjaya membuat rayuan?Saya berharap agar soalan saya dijawab sebab saya tidak tahu nak buat apa-apa sekarang.

    @
    peluang berjaya semua kes rayuan setara. tiada keutamaan diberi kepada kamu. ya. masuk lebih lewat.
    alternatif: pengetua sekolah T6 pilihan kamu dapat membantu

    • Saya ingin tanya jika saya ditempatkan di sekolah lain dan bukan sekolah asal saya untuk tingkatan 6,adakah saya boleh memohon untuk penukaran sekolah dan perlukah saya menuggu lagi?

      @
      semua pelajar berhak memohon pertukaran. prosedur macam biasa

  33. sekiranya saya sudah klik butang ‘terima’ untuk matrikulasi..selepas itu..saya membuat rayuan untuk tingkatan 6..adakah saya masih berpeluang untuk matrikulasi ?

    • kalau sudah ditawarkan matrikulasi tidak akan ditawarkan T6 lagi.
      kalau sudah terima matrikulasi maka rayuan Tingkatan 6 tidak akan dipertimbangkan

  34. sya sudah semak tawaran tingktan enam 2014 .. tapi nama saya tiada .. kad pengenalan saya seolah olah tiada dalam sistem ,, macam mana ???

  35. Saya ingin sangat untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6 dengan keputusan y kurang baik . Saya hanya mendapat dua kepujian sahaja . Ada ka saya layak ? Dengan markah kokum 5.5 . Ada ka saya layak ? Saya bermohon agar dapat masuk ke tingkatan 6 dengan kelulusan y kurang baik .

  36. Saya dapat result yang sederhana . Tapi adakah sy boleh masuk tingkatan 6 ? BM sya dapat B tpi BI sya E . Agak teruk . Adakah sy dpat layak mengisi borang rayuan t6 ? Please tolong reply .

    @
    tunggu hingga keputusan tawaran T6 diumumkan dahulu. Semua layak isi borang rayuan.

  37. salam admin, ini kes yang pelik. saya merupakan calon spm 2012. sy tidak mendapat tawaran ke tingkatan 6 dan juga menolak tawaran matrikulasi. bagaimana saya ingin memohon kemasukan tingkatan 6 bawah sesi 2014/2015?

    @dya

    memang pelik. mohon melalui jpn terdekat

  38. salam…admin…saya nak tanya ni….saya telah menerima…surat tawaran tingktan6….tapi sya x mendaftarkan diri…sebab menunggu rayuan upu…dismping bkerja…namun saya tidak dapat juga upu tu….sekarang nie..fikir nak ambik form6..balik…boleh ker?

  39. macam mane nk semak keputusan rayuan ketingkatan 6 2013?? tolong respond secepat mungkin.. saye dh cube mcm2 care nk semak online trmsuk pkai yg encik soh klik.tpi xde pon kluar ape2..

    • tarikh semakan online asal 24 Jun ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan di portal KPM

  40. SAYA TELAH DITAWARKAN KE TINGKATAN 6 TETAPI TIDAK MELAPORKAN DIRI PADA TARIKH YANG DITETAPKAN, BAGAIMANA SAYA HENDAK MEMOHON UNTUK MASUK KE TINGKATAN 6?

  41. Hi, saya ingin bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan tingkatan peralihan?
    terima kasih.

    @ lera
    perjambatan di antara UPSR dengan Tingkatan 1

  42. Nice to meet you admin. I came from sekolah swasta. Can u tell me when did the result of rayuan come out? Thx for reading this message. =)

    • It depends on JPN of the respective state. For faster result, u can check with your local JPN directly.

  43. Salam admin sy diterima masuk ke tingkatan 6 tahun lepas…tp sy tangguh sbb kene hbskan plkn……so sy kene masuk tahun nie dan download borang T6BRU..pastu htr…betul please reply…tq

  44. salam admin, adakah slh satu sbbny sy x dtawarkn msuk tngkatan 6 oleh krana krang penglibatan dlm kegiatan kokurikulum biarpn kptusan spm mmnuhi syarat kelayakn msuk tingkatan 6??

    • 3 sebab :
      – pelajar lain yang ditawarkan T6 mempunyai keputusan akademik yang lebih baik.
      – markah koku tidak memuaskan.
      – kekurangan tempat di T6

  45. saya ingin sangat masuk tingkatan 6 kerana semua tawaran yang saya tunggu saya x dpt kecuali dari swasta…so ini saja la harapan saya ni. keputusan spm saya hanya 4 kredit dan mendapat kepujian dalam bahasa melayu manakala matapelajaran bi dan math saya lulus rendah ja markah cgpa kokum saya 49..so adakah saya diterima untuk masuk tingkatan 6?

  46. salam admin..tumpang tanya..saya pernah terima tawaran kemasukan ke t6..tapi,saya tidak melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan..tawaran daripada upu pula saya x dapat..jadi,bolehkah kalau saya ingin membuat rayuan?dan bagaimana caranye?

  47. Sekiranya telah membuat rayuan, perlukah saya menunggu keputusan rayuan sehingga tamat tempoh rayuan pada 16 Jun 2012?

  48. sekiranya saya tidak mendaftar pada hari yang ditetapkan di jurusan sains,adakah saya masih boleh memohon untuk tingkatan 6?

  49. dengan keputusan saya hanya tiga kredit dengan membekalkan ko-korikulum yang baik saya harap permohonan saya untuk mengemukakan rayuan ke tingkatan 6 bawah 2012 dapat di pertimbangkan

  50. saya ingin menyambung pelajaran di tingkatan 6 ..keputusan bagi bahasa inggeris saya kepujian tinggi (B)

  51. kalau kurang aktif dalam penglibatan kokurikulum adakah diterima rayuan saya? saya minat ingin memasuki tingkatan 6.

  52. saya fail bahasa english.. adakah saya boleh masuk ke tingkatan 6 saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan akan menebus kegagalan saya…

    • boleh masuk T 6 jika memenuhi syarat. rujuk di sini

      Syarat lulus Bahasa Inggeris peringkat SPM belum muktamad.

  53. rayuan kemasukan ke tingkatan 6 bawah kerana cuma peluang ini yang saya ada,lagipun keputusan memenuhi syarat.

  54. Dengan keputusan saya hanya tiga kredit, dan berbekalkan ko-kurikulum yang baik saya harap permohonan saya untuk mengemukakan rayuan ke tingkatan 6 bawah 2012 kepada Jabatan Pelajaran Negeri akan diterima dan dipertimbangkan. Saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Saya juga tidak akan sia-siakan peluang sekiranya permohonan atau rayuan saya diterima. Terima kasih.

  55. saya merayu sangat2x agar saya di masukkan ke tingkatan 6 kerana ini sahaja peluang yang saya ada ..

  56. saya merayu untuk memasuki tingkatan 6 bawah, saya telah memenuhi syarat-syarat untuk memasuki tingkatan 6 bawah 2012 . saya berharap rayuan saya dapat di pertimbangkan pihak tuan .

    • Rayuan mesti dibuat dengan borang yang disediakan yang memerlukan TANDATANGAN pelajar

  57. saya merayu agar diterima masuk ke tingakatan enam bawah pada tahun 2012,peluang ini akan saya gunakan sebaik mungkin untuk meneruskan lagi ke pengajian yang lebih tinggi.terimakasih-

    Read more: Membuat Rayuan Sekiranya tidak ditawarkan tempat di Tingkatan 6 Bawah Tahun 2012 – Soalan PMR, SPM, STPM

  58. saya merayu agar diterima masuk ke tingakatan enam bawah pada tahun 2012,peluang ini akan saya gunakan sebaik mungkin untuk meneruskan lagi ke pengajian yang lebih tinggi.terimakasih-

  59. tumpang tanya, sekiranya saya tidak mendaftar kemasukan tingkatan 6 dari awal, bolehkah saya menggunakan borang rayuan untuk kemasukan seterusnya?

  60. saya ingin membuat rayuan ke tingkatan enam, saya mohon sangat agar dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam….saya berharap sangat ada peluang untuk belajar lagi….

  61. saya merayu agar di terima tingkatan 6 pada tahun 2012 ni..kerana ia peluang untuk saya terus berjaya..saya sangat memerlukannya…

  62. Saya minat nak melanjutkan pelajaran saya di tingkatan 6
    saya merayu agar saya dapat melanjutkan pembelajaran saya ke tingkatan 6

    • Permohonan untuk masuk tinkatan 6 supaya dapat menebus kekecewaan dan kegagalan dalam peperiksaan.

    • saya merayu sangat-sangat agar saya di masukkan ke tingkatan 6 rendah,saya masih ingin untuk menyambung pelajaran.

Please share to benefit others by clicking the share buttons bar (top or bottom)

Leave a Reply to AFFLAH NUR HASSANAH BINTI JUAN Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *