Jadual Gaji (Gred A – G) Matriks Kakitangan Kerajaan Malaysia dalam 18 Klasifikasi Perkhidmatan

Jadual Gaji Minimum Maksimum Mulai 01.07.2016, Gred A – H

Jadual Gaji Matriks dalam 18 Klasifikasi Dalam 252 Skim Perkhidmatan

Maklumat Gaji

1. Mulai 01.07.2016, gaji minimum kakitangan awam akan dinaikkan ke RM1200, sementara pencen minimum dinaikkan ke RM950; sebulan. (Pada masa yang sama, gaji minimum pekerja di Semenanjung Malaysia dinaikkan dari RM900 ke RM1000, manakala di Sabah, Sarawak dinaikkan dari RM800 ke RM920.

2. Pada 01.07.2016, semua 1.6 juta kakitangan awam akan menerima satu pergerakan gaji tambahan selain daripada pergerakan gaji tahunan biasa. Contohnya, seorang jurutera dari Jabatan Kerajaan yang berada pada Gred Gaji J48 P1T5 tangga kedua iaitu RM6,211.62  pada tahun 2015 akan menerima gaji pokok RM6481.62 pada 01.01.2016 (katakan TPG beliau adalah 1 Jan) dan menerima gaji pokok bulanan baharu sebanyak RM6751.62 mulai 01.07.2016.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016
Rasionalisasi Skim Perkhidmatan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia berkuat kuasa mulai 1 Julai 2016.
Baca Pekeliling di sini.

 

1.  Perkhidmatan Pengangkutan

Juruterbang, Pemeriksa Juruterbang, Pemeriksa Kapal Terbang, Pegawai Kawalan Trafik Udara, Pegawai Laut

Gred  A41,  A44,  A48,  A52,  A54

Penolong Pemeriksa Kapal Terbang, Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara, Penolong Pegawai Laut

Gred  A29,  A36,  A38

Pembantu Laut, Pemeriksa Kereta Motor, Pemandu Lokomotif

Gred  A13,  A22,  A26

 

2.  Perkhidmatan Bakat dan Seni

Penerbit Rancangan, Ahli Muzik, Pereka, Pegawai Kebudayaan, Artis Budaya, Juru fotografi, Jurusolek

Gred  B21/22,  B25/26,  B29/30, B31/32,  B37/38,  B41/42,  B43/44,  B47/48, B51/52,  B53/54

 

3.  Perkhidmatan Sains

Pegawai Meteorologi, Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Pegawai Sains, Pegawai Geosains, Pegawai Teknologi Makanan, Pegawai Penyediaan Makanan, Pegawai Makmal Filem

Gred  C41,  C44,  C48,  C52,  C54

Penolong Pegawai Meteorologi, Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Penolong Pegawai Sains, Penolong Pegawai Geosains, Penolong Pegawai Teknologi Makanan, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, Penolong Pegawai Makmal Filem

Gred  C29,  C32,  C38

Pembantu Meteorologi, Pembantu Makmal, Pembantu Geosains, Pembantu Makmal Filem

Gred  C22,  C26

 

4.  Perkhidmatan Pendidikan

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Guru Sekolah, Guru Bahasa, Guru, Besar, Penolong Kanan, Pengetua

Gred  DG29,  DG32,  DG34,  DG38,  DG41,  DG44, DG48,  DG52,  DG54

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi, Pensyarah Maktab/Institusi Pengajian Tinggi

Gred  DH29,  DH31/32,  DH33/34,  DH41/42, DH43/44,  DH47/48,  DH51/52,  DH53/54

Pensyarah dan Penolong Pensyarah UiTM

Gred  DM29,  DM32,  DM34,  DM41,  DM45/46, DM51/52,  DM53/54

 

5.  Perkhidmatan Ekonomi

Pegawai Ehwal Ekonomi, Pegawai Latihan, Perangkawan

Gred  E41,  E44,  E48,  E52,  E54

Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi, Penolong Pegawai Latihan, Penolong Pegawai Perangkaan

Gred  E29,  E32,  E38

Pembantu Ehwal Ekonomi, Pembantu Pegawai Latihan, Pembantu Perangkaan, Pengajar Kraf

Gred  E22,  E26

 

 

6.  Perkhidmatan Sistem Maklumat

Pegawai Teknologi Maklumat

Gred  F41,  F44,  F48,  F52,  F54

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Gred  F29,  F32,  F38

Juruteknik Komputer

Gred  FT22,  FT26

 

7.  Perkhidmatan Pertanian

Pegawai Pertanian, Pegawai Perikanan, Pegawai Veterinar, Pemelihara Hutan, Pegawai Hidupan Liar, Pengurus Taman/Ladang, Pegawai Rancangan Tanah

Gred  G41,  G44,  G48,  G52,  G54

Penolong Pegawai Pertanian, Penolong Pegawai Perikanan, Penolong Pegawai Veterinar, Penolong Pemelihara Hutan, Penolong Pegawai Hidupan Liar, Penolong Pengurus Taman/Ladang, Penolong Pegawai Rancangan Tanah

Gred  G29/G30,  G32,  G36

Pembantu Perikanan, Pembantu Veterinar, Renjer Hutan, Pengajar Membalak, Pembantu Taman/Ladang, Penyelia Rancangan Tanah

Gred  G22,  G26

Pengawas Hutan, Pembantu Hidupan Liar

Gred  G11,  G14,  G22, G26

 

=======””========””===========

Rujuk di sini untuk kes kenaikan pangkat

Jadual Gaji Minimum Maksimum Mulai 01.07.2016, Gred A – H

Sambung ke bhgn II (Gred Gaji J – N)

Comments: 6

  1. Bidang kemahiran pada bidang hospitaliti dan kelayakan saya Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4. berapa kadar gaji dan tempat yang harus sy pergi

    @
    apakah Gred gaji dan tangga anda?

    • Gred sekarang DG34 dan tahun depan saya akan dapat DG42,gaji sekarang DG34 ialah RM4851.69(Gaji Pokok).Berapakah gaji saya nanti untuk DG42 tahun depan?Terima kasih

Please share to benefit others by clicking the share buttons bar (top or bottom)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *