Hilang sijil UPSR ?
Salinan sijil UPSR boleh didapatkan dari sekolah asal di mana peperiksaan UPSR diambil. KPM tidak menyediakan salinan untuk kehilangan sijil UPSR.
.
Hilang sijil PMR, SPM, LCE atau MCE ?
Jika seseorang calon telah hilangkan sijil asal keputusan peperiksaan PMR, LCE, SPM atau MCE, beliau boleh memohon salinannya di Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia samada,
(i) datang sendiri ke kaunter permohonan di alamat berikut:
Permohonan siap dalam tempoh satu jam bagi (i) sijil SPM tahun 1994 dan selepas (ii) sijil PMR tahun 1998 dan selepas, sijil dalam tahun-tahun yang lain mengambil masa yang lebih lama, tertakluk kepada sama ada calon menyediakan maklumat yang lengkap. Calon diingatkan untuk sediakan wang tunai RM10 bagi SETIAP salinan sijil yang dipohon.
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BLOK E 11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
PRESINT 1
62604 PUTRAJAYA
(UP: UNIT KECIL SIJIL)
TEL: 03-88843526 / 03-8884 3528 / 03-8884 3031
Waktu perkhidmatan :
Isnin – Khamis : 8.30 pagi – 4.30 ptg
Jumaat : 8.30 pagi – 12.00 t.hari 2.45 ptg – 4.30 ptg
(ii) Permohonan melalui pos :
(Permohonan ini akan mengambil masa selama dua minggu)
Muat turun borang di bawah, lengkapkan SEMUA maklumat dan pos ke alamat di atas.
Download This File (PDF, 31KB)
Perlu diingatkan, calon perlu sediakan Wang Pos atau Money Order sebanyak RM10.00 untuk bayaran setiap salinan sijil atas nama Pengarah Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Cek persendirian tidak akan diterima.
Pemohonan perkhidmatan terjemahan sijil keputusan SPM, PMR dan penyemakan semula keputusan UPSR, PMR, SPM dan SPMU juga boleh diperolehi.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman ini:
Hilang sijil STPM ?
Salinan sijil STPM boleh dipohon daripada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan BORANG PERMOHONAN SALINAN SIJIL STPM. Bayaran RM50 dikenakan untuk salinan sijil. Calon juga boleh memohon penyata keputusan STPM sahaja dengan bayaran RM20. Maklumat lanjut sila baca di sini.
Maklumat pendidikan yang lain:-
http://myschoolchildren.com/category/education-news/


96 comments
see said:
1 March 2012 at 5:37 pm
if i direct go to putrajaya will I be able to get back another copy of my Sijil SPM in the same day also? tq
Admin said:
1 March 2012 at 6:23 pm
IF you prepare ALL documents they need + RM10 per certificate in cash, you will get those SPM on or after 1994 and PMR on or after 1998 certificates on the same day. (they promise 1 hour). Do not reach there too late, they need time to prepare your certificate/s.
see said:
2 March 2012 at 12:39 am
whats d documents that they need? IC, N FILL IN D FORM? APART FRM THIS WHAT ELSE? TQ
suhaiza bte sulaiman said:
9 May 2012 at 11:41 am
sijil saya hilang boleh dapat balik tak?
yati bte abdul yakin said:
12 June 2012 at 11:38 am
sijil spm tahun 2010 saya hilang . .boleh dapat balik? [ya]
MIRNA ADLIN BINTI ISHAK said:
12 June 2012 at 10:42 pm
rumah saya ter bakar pada 26.12.2009.sijil2 saya semuanya musnah.macam mana saya nak mohon.report polis asal bagi satu je bolehkan?
SITI said:
16 June 2012 at 2:36 am
salam…saya hilang sijil pmr, spm dan stam…nktye perlu setiap satu money order @ just satu money order tok 3 borang?
Admin said:
16 June 2012 at 9:09 am
Gunakan satu borang untuk satu peperiksaan sahaja @ 3 money order
p/s : Calon mesti rajin baca maklumat yang sudah sedia ada.
Lynn said:
7 July 2012 at 2:19 am
Saya student spm 2009.problem saya sekarang saya susah nak ambil sijil spm saya memandangkan sekolah saya di selangor dan saya pula tinggal di pulau pinang.saya nak tahu,boleh tak saya minta pihak sekolah pos sijil spm ke rumah?saya hanya bertanya memandangkan saya belum menghubungi sekolah saya untuk bertanya pasal hal ini.
Admin said:
7 July 2012 at 7:00 pm
Hubungi sekolah di Selangor dan mohon untuk hantar sijil SPM melalui pos laju
shamsiah binti kadinar said:
7 July 2012 at 12:12 pm
hilang sijil spm
razli bin kasdan said:
16 July 2012 at 12:22 pm
salam …pada 4 june 2012…saya ada buat permohonon tuntutan sijil pmr saya melalui pos laju…tetapi sehingga skrg saya tidak mendapat maklum balas…harap pihak tuan/puan dapat maklum kan saya secepat mungkin…tq
Admin said:
16 July 2012 at 1:06 pm
Hubungi nombor Tel: 03 – 88843526 / 3528 (U/P: UPMPD – UNIT KECIL SIJIL) dengan segera
Ryan said:
18 July 2012 at 1:50 pm
butir butir permohonan section 5 keputusan, ini hendak tulis apa?
michael damianus said:
27 July 2012 at 9:49 pm
saya kehilangan sijil spm di singapore.kalau saya buat pemohonan melalui pos apa perlu yg saya buat?
atika shafika said:
7 August 2012 at 12:55 am
salam, selain dr borang yg perlu diisi,bagaimana dengan salinan ic, atau dokumen2 lain diperlukan atau tdk?di sini tdk dinyatakn dengan lebih terang tentang maklumat yg diperlukan.terima kasih.
Admin said:
7 August 2012 at 2:08 pm
maklumat dokumen-dokumen yang diperlukan dinyatakan dalam borang permohonan.
LEE CHEE WEI said:
15 August 2012 at 10:34 pm
Saya hilang PMR sijil 2010,boleh dapat balik tak???
ROZAIMAH BINTI AZMAN said:
17 August 2012 at 11:35 am
HILANG SIJIL PMR
Nor Shawany said:
13 September 2012 at 4:56 pm
di borang ada tulis nombor giliran. macam mana kalau lupa nombor giliran ? masih boleh poskan borang tu ke ?
Admin said:
13 September 2012 at 6:18 pm
Ya.
Nor Shawany said:
13 September 2012 at 7:03 pm
Terima kasih Admin
Nor Shawany said:
14 September 2012 at 9:51 am
Kalau minta untuk pos borang tu, perlu ada surat sumpah ke ?
rachel anne a/p arunazan said:
14 September 2012 at 11:08 am
i lost my result so i want take back.
raudah said:
17 September 2012 at 7:02 pm
saya terlupa no angka giliran saya kalo saya tulis di borang mengunakan no pusat boleh atau tidak ???
Eric said:
19 October 2012 at 9:35 pm
Sijil tak hilang tapi Belum ambil sijil asal SPM tahun 2006. Sudah 6 tahun. Sekolah Tak Ada simpan lagi sijil asal. Macam mana? Boleh Tak isi borang permohonan di Atas Dan pergi ke putrajaya untuk dapatkannya dalam masa satu jam?
[ Boleh. Anggapkan sijil asal telah hilang dan mohon yang baru ]
MIRZA IZAAT said:
25 October 2012 at 5:33 am
saya ari2 dah pegi ambil salinan 2 kat putrajaya…pas2 yg 2 pon dah hilang….mcmmna bole amik lagi ke??
mdsyahir said:
11 November 2012 at 6:31 pm
boleh, tak ada masalah sebab diorang akan bagi salinan keputusan sahaja bukan sijil asal. Cuma kena bayar sahaja rm10 setiap salinan
ahmad mahadi b sulaiman said:
6 November 2012 at 11:54 am
salam….sya nk thu keputusan PMR hanya melalui atas talian boleh tk?
[ Tak mungkin buat masa ini. Boleh ketahui melalui SMS shj atau sekolah asal ]
robotrosak said:
11 November 2012 at 2:54 am
Assalammualaikum..
Kalau lupa nombor giliran mcm mana?
Biarkan kosong?
[ ya ]
Noor Syafinaz said:
12 November 2012 at 4:20 pm
saya nak tanya kalau sijil asal yang hilang boleh dapat balik dalam masa sebelum sebulan tak? sebab saya nak guna untuk posting kerja… sijil SPM yang asal..
mdsyahir said:
14 November 2012 at 4:42 pm
insya’Allah dapat. lagi bagus pergi direct. 1 jam sudah siap. tapi nanti diorang tak bagi sijil asal, hanya salinan tetapi salinan tu boleh di guna untuk temu duga atau sebagainya.
azizul said:
18 November 2012 at 5:13 am
salam tuan admin..saya nak tanya,,biasanya sekolah akan simpan tak sijil spm yg da lama2..???sy pelajar spm 2008 dan belum mengambilnya lagi…
Admin said:
19 November 2012 at 6:53 am
Biasanya sijil ASAL PMR, SPM tidak akan dibuang (tanya diri sampai hati tak?). Dapat tak mencari balik sijil 2008 terpulang kepada ‘efficiency’ sekolah
cyn said:
19 November 2012 at 9:53 am
mcm mana plak klau slip muet hilang???blh jga ke?
miros46 said:
21 November 2012 at 1:47 pm
mcmana kalau kita mintak org lain ambilkan sijil kita di lembaga peperiksaan..boleh tak?
[ tulis satu surat kuasa kepada org yang tolong ambil sijil ]
Suh Jen said:
23 November 2012 at 10:24 am
Salam.
Kalau hilang sijil STPM, juga guna cara ini untuk memohon?
yin said:
25 November 2012 at 9:31 am
i lost my cert for pmr , may i know can i get it on the same day if i go to putrajaya to reprint?! & wat is the document that i ned to prepare?!
mdsyahir said:
25 November 2012 at 10:01 pm
if u go direct, yes you can get it within one hour, and you just need to fill a form, bring ur ic, remmber what type of exam you taken and what year, and some money, rm10 per copy
izatul fazwani binti shaadi said:
6 December 2012 at 9:59 am
saya nak tanye lah klu sijil saye hilang waktu pindah randah cm mane sya nak ambik semula erk..
Liz said:
7 December 2012 at 9:47 am
Sy kurang faham ttg wang pos.
Rm10 tu bagi kat siapa?
-> baca arahan di atas
ABDULLAH BIN MAT AJI@ ISMAIL said:
7 December 2012 at 10:29 pm
SIJIL PMR SAYA TELAH HILANG DAN SAYA INGIN MENYAMBUNG UNTUK MENGAMBIL SPM
asrul said:
10 December 2012 at 11:04 am
thanks admin….good info
prem said:
10 December 2012 at 8:17 pm
Sijil UPSR tahun peperiksaan ialah 1989 saya hilang macam mana saya nak dapat kan.
Khoo said:
13 December 2012 at 12:42 am
Sijil SRP saya Sudah hilang.saya berada p.pinang tetapi saya tidak dapat angkat cuti.saya nak Tanya saya boleh dapat online print sijil SRP saya?
Admin said:
14 December 2012 at 4:50 pm
Sijil Rasmi keputusan peperiksaan tidak disediakan online print. Hanya 2 cara seperti dinyatakan di atas.
Nandani a/p Govindaraju said:
16 December 2012 at 10:12 pm
selamat sejathra admin,saya yang nama di atas ingin cetak semula keputusan peperiksaan (SPM) saya.saya duduk pada tahun 2003.bolehkah saya dapatkan keputusan tersebut?terima kasih admin…
nadia said:
16 December 2012 at 10:59 pm
salam, sy dh buat permohonan sijil pmr melalui pos pd 22 nov 2012…tetapi sudah 3 minggu sy masih tak dpt jawapan dari permohonan saya itu…tq
Weena said:
17 December 2012 at 2:09 pm
Sy punya sijil PMR hilang. Jadi sy nak salinan sijil tersebut. Adakah saya hanya perlu isi borang saja untuk memohon sijil tersebut.?? Dan bayar RM10 sekali
Afix said:
20 December 2012 at 12:32 pm
saya dah lengkapkan borang dan sertakan wang pos rm50 seperti yang diminta dalam borang dan sediakan semua dokumen yang dikehendaki dengan lengkap. saya telah pos borang permohonan dan segalanya pada 20 November yang lepas… sampai hari ni masih belum ada respon… bagaimana jalan penyelesaiannya?
-> Tel: TEL: 03-88843526 / 03-8884 3528 / 03-8884 3031
Nadia said:
21 December 2012 at 7:13 pm
kalau sijil UPSR hilang boleh tuntut juga tak? UPSR tahun 2001. mohon respons. terima kasih.
ariff said:
27 December 2012 at 8:12 pm
saye nyer slip pmr baru dpt seminggu da hilang -.- , da boleh pegi amik ke ?
amalina natasha said:
31 December 2012 at 9:54 pm
assalamulikum…..saya nak tanya,berapa hari salinan sijil spm akan sampai kpd saya berapa hari agak2????
fae said:
5 January 2013 at 1:09 am
kalau ambik kat sekolah boleh jer kan’
alie said:
15 January 2013 at 10:49 pm
sijil pmr sy dah hilang.. sekolah sy pun dah lama tutup. boleh sy mohon balik dengan cara pos?
azlin ali said:
17 January 2013 at 10:08 pm
Saya berasal dari Miri, Sarawak. Anak saya menduduki UPSR dalam tahun 2009. Slip keputusan anak saya telah hilang. Saya ingin memindahkan anak saya ke sekolah lain tapi pihak sekolah tempat anak saya belajar masa ini meminta salinan UPSR sebelum permohonan dapat diluluskan. Bagaimanakah caranya hendak mendapatkan salinan slip tersebut? Bolehkah saya meminta salinan tersebut di sekolah rendah tempat anak saya belajar dulu? Terima kasih.
Admin 1 said:
18 January 2013 at 2:56 pm
Salinan slip UPSR boleh didapatkan dari sekolah asal Peperiksaan UPSR diambil. KPM tidak menyediakan salinan untuk kehilangan sijil UPSR.
Ina said:
19 January 2013 at 5:29 pm
Saya kehilangan sijil keputusan spm paper julai . Saya tak ingat tahun yg saya ambil paper julai tu dan tak ingat no giliran saya…mohon bantuan…sebelum saya submit permohonan ke putrajaya.terima Kasih.
dayang puun said:
24 January 2013 at 11:22 pm
saya belum pernah menuntut keputusan spm saya sejak tahun 1987,,dimana kah tempat untuk menuntutnya.
Ratha said:
25 January 2013 at 9:05 pm
Salam, saya telah menghilangkan sijil upsr, dan sijil pmr saya tak tuntut dari sekolah lama saya. Cuma ambil slip print sahaja. Apa patut saya buat untuk mendapat sijil originally. Tahun 91 upsr, tahun 95 pmr. Sekiranya saya turun kl, bolehkah saya mengambil terus. Dengan ini saya mengharap untuk mendapat jawapan dengan tuan/puan. Sekian terima kasih.
Hartini bt Abdullah said:
31 January 2013 at 6:27 pm
Kpd yg berkenaan,
Sy.nm di atas telah kehilangan sijil stpm dan sijil ijazah. Sy sdar kehilangan itu slps sy bpindah rumah. Mcm mn utk sy dptkan salinan tersebut?
–> Sijil STPM boleh rujuk maklumat di atas. Sijil ijazah sila berhubung dengan Uni asal.
rosmawati said:
22 February 2013 at 3:52 pm
bagaimana kalau sijil spm ulangan bagi kertas julai (bm dan maths) telah hilang. tahun ambik exam dalam tahun 2001.sijil tu masih boleh dapat tak?
aeen said:
22 February 2013 at 4:48 pm
Salam,
Untuk menghantar borang permohanan ini perlu menggunakan poslaju ataupun pos setem?
@
Either one. You pay more for the speed.
Admin 1 said:
22 February 2013 at 9:58 pm
@ Either one. you pay more for the speed
Dyana said:
25 February 2013 at 1:55 pm
Saya dah hilangkan sijil spm. kalau pakai post kena sediakan surat sumpah or report polis ke?
Hara said:
1 March 2013 at 12:02 am
Wang pos saya bayar atas nama Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Boleh ke? Hurm
Admin 1 said:
1 March 2013 at 1:52 pm
Boleh. Yang lengkap ialah Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
shahrul said:
1 March 2013 at 12:39 am
sy nak tnye berapa lama sijil spm akan disimpan oleh pihak sekolah sementara mnggu pelajar mengambil sijil spm tersebut?
Admin 1 said:
1 March 2013 at 2:01 pm
3 tahun
LEKSMIY A/P LEKSHMANAN said:
6 March 2013 at 2:13 pm
Tuan/Puan . sijil PMR dan UPSR saya hilang boleh saya dapat copy.
Terima kasih
Sahara Mohd Ali said:
13 March 2013 at 4:22 pm
Saya hilang sijil PMR dan SPM serentak semasa pergi interview dan tertinggal dalam bas. Saya menduduki PMR pd 1993 dan SPM pd 1995. Apa dokumen yg diperlukan utk apply secara pos dan bagaiman kalau x ingat angka giliran ?
Pls reply soonest bcos i need to documents.
Tks
lela said:
13 March 2013 at 7:30 pm
abang sy di johor hilang sijil pmr….memandangkan sy skrg bekerja di KL, boleh tak sy ambilkn sijil pmr untuk abang saya di putrajaya? apa dokumen2 yg perlu saya bawa?
chong said:
22 March 2013 at 6:48 am
kalau mohon semula, sijil itu Sama dgn Yang asal itu tak? terima kasih..
muhammad zulfadli said:
26 March 2013 at 12:17 am
saya terlupa angka giliran spm 2009..cam mana saya nk mendapat kn balik no angka giliran tersebut
p/s:sijil spm saya hilang
Admin 2 said:
26 March 2013 at 7:34 pm
sekolah asal mempunyai rekod angka giliran pelajar, mohon bantuan SU Peperiksaan sekolah asal
Hazmi said:
27 March 2013 at 9:58 pm
saya pelajar spm tahun 2008. tapi saya tak pernah ambil sijil asal spm. kena ambil kat putrajaya ke?
@
Ambil dari sekolah asal. jika sek telah lupuskan sijil itu, mohon salinan dari KPM.
Hazmi said:
29 March 2013 at 1:19 am
Okay terima kasih admin…tapi nak tanya satu perkara lagi lah, betul ke sijil asal akan dilupuskan selepas 3 tahun?
Admin 1 said:
29 March 2013 at 9:34 am
Sekolah berhak melupuskannya selepas 3 tahun
cher said:
9 April 2013 at 9:40 pm
saya spm tahun 2009, tetapi saya masih tak ambil sijil spm di sekolah. jadi boleh lagi ke saya tuntut di sekolah sebab dah lama sgt. atau saya kena ke jpn atau ppd utk claim
@
cuba ambil dari sekolah dahulu, sijil asal biasanya tidak dibuang
amalina said:
10 April 2013 at 11:08 am
salam..saya nak tanya..dekat permohonan online penerapan ke degree ke uitm kalau saya tersalah isi angka giliran spm adakah permohonan saya akan ditolak?
AJAY said:
18 April 2013 at 2:51 pm
hello.sijil spm 2001 dn sijil pmr 1999 hilang.kalau begitu lama,masi bole dptkan balik?
Admin 1 said:
19 April 2013 at 12:57 pm
Salinan sijil SPM 2001, PMR 1999 siap dalam satu jam jika datang ke kaunter. Maklumat di atas.
KIMI said:
21 April 2013 at 11:53 pm
SALAM..Saya nak tanya,saya ada ambil spm ulangan..tapi sijil belum ambil dah 3 tahun..nak ambil sijil tu kat mana ya??dan apa saya patut buat nak dapat sijil ulangan saya tu..
Admin 1 said:
22 April 2013 at 8:39 pm
ambil di JPN terdekat dengan tempat SPM ulangan itu diambil.
Macam mana sibuk pun jangan buat tak peduli tentang sijil (apa jua jenis) peperiksaan.
Mungkin tak diperlukan pada suatu ketika tetapi kemudian bersusah-susah payah nak cari balik.
Sijil peperiksaan tak kurang pentingnya dari Kad pengenalan.
ELLYA said:
25 April 2013 at 1:47 am
nak tanya,sijil SPM saya taun 2007 hilang.selain dari pos borang permohonan ni,dekat mana lagi yang boleh ambil sijil SPM ni di area pulau pinang? JPN?
Admin 1 said:
25 April 2013 at 9:30 am
Hanya ada 3 cara.
1. Ambil sijil asal dari sekolah di mana SPM itu diambil.
2. Ambil salinan sijil SPM dari kaunter di Putrajaya. (tidak dapat diambil dari JPN)
3. Mohon salinan sijil melalui pos.
Sila baca maklumat di atas.
zamri said:
25 April 2013 at 3:30 am
anak saye sijil upsr hilang,sy dah pegi ke sekolah lame nye.tetapi pihak sekolah cakap takde..camne tu?
erisha said:
26 April 2013 at 11:01 am
salam sejahtera..saya hendak memohon slip keputusan SPMU 2009..tapi saya tidak ingat no angka giliran..jadi bagaimana saya hendak memohon??
Admin 1 said:
26 April 2013 at 6:56 pm
tidak perlu angka giliran. soalan ini telah dijawab
rania said:
27 April 2013 at 3:52 pm
fail sijil2 saya hilang sijil pmr ngn spm saya dah buat tpi mcm mna nk buat sijil stpm??nk hantar dkat mna dan mcm mna?
mohamed faliq bin mohd yusof said:
29 April 2013 at 12:14 am
salam
saya nak tanya
boleh kah kalau saya datang putrajaya ambil kan salinan keputusan spm kawan saya?
kerana dia belajar di terengganu dan susah nak ulang alik dan mahukan segera
kerana secara pos yabg tertera di atas memerlukan 2minggu
mohon pihak tuan puan beri jawapan.
terima kasih
Admin 1 said:
29 April 2013 at 9:58 pm
Rakan kamu perlu tulis satu surat kuasa dan fax atau scan dan email kepada kamu.
Kandungan surat kuasa :
Kepada sesiapa yang berkenaan,
Saya yang bernama ………………. no. KP. ……………. dengan ini memberi kuasa kepada …………………. no. KP. ……………….. untuk mengambil salinan keputusan SPM bagi pihak saya.
Sekian terima kasih,
Yang benar,
__________________________
(Nama : )
Tarikh : ___________________________
Boleh tulis dengan tangan, (tak perlu taip) tandatangan surat ini dan fax.
raja fitree said:
9 May 2013 at 3:06 am
saya nak tanya,apabila sudah selesai pos borang berserta wang pos RM10 bagi satu salinan,adakah pihak lembaga peperiksaan akan pos salinan sijil ke alamat surat menyurat yang diberi atau akan dipos ke alamat sekolah yang diberi?atau pun,adakah pihak lembaga peperiksaan akan menghantar melalui faks ke sekolah saya???boleh terangkan sedikit tentang kaedah salinan sijil akan diberi kepada saya..terima kasih
Admin 1 said:
9 May 2013 at 7:04 pm
Diposkan ke 6) ALAMAT POS di dalam borang permohonan.
TADDY BINTI OSMAN said:
11 May 2013 at 12:26 am
Sijil saya hilang macam mana saya nak sijil itu balik ?
NOR AZIRA AZREEN said:
17 May 2013 at 5:57 pm
Salam,keputusan UPSR 2007 saya telah hilang.Bolehkah saya mendapatkan semula di sekolah lama pada tahun 2013.Persoalannya sekarang adakah keputusan UPSR ASAL saya masih terdapat di sana setelah sekian lama..